Syria mengalami kekurangan katil akibat kes kecemasan dan penularan wabak H1N1. |
DAMSYIK - SYRIA. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengedarkan vaksin H1N1 selepas sekurang-kurangnya 19 orang dilaporkan maut akibat dijangkiti virus itu di wilayah tengah Hama.
Menurut laporan - Press TV, Menteri Kesihatan Syria, Saad al- Nayef berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 40 individu lain berada di bawah pemerhatian.
“Semua petugas di hospital diarahkan mengambil vaksin H1N1 sejak peningkatan wabak berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Pemindahan Penyakit Kronik Kanaz Sheikh berkata, 80 peratus daripada individu dijangkiti penyakit itu berusia antara 15 dan 50 dengan 60 peratus daripadanya adalah wanita.
“Kementerian Kesihatan menerima 100,000 vaksin dari Rusia. Keadaan ini amat membimbangkan kerana pesakit sukar dipindahkan ke hospital lain kerana kekurangan katil dan ubat-ubatan,” katanya.
Kali pertama H1N1 dikesan di negara itu adalah pada 2009 ketika krisis perang saudara mula tercetus.
No comments:
Post a Comment