Thursday, 8 September 2016

100,000 kehilangan kediaman di Syria

KHAMIS, 8 SEPTEMBER 2016 @ 11:37 AM

BEIRUT: Pertempuran sengit antara tentera kerajaan dan pejuang pembebasan di Hama di tengah Syria menyebabkan 100,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dalam masa lapan hari antara lewat Ogos dan awal September.


Foto ini disediakan oleh Pusat Media Syria (SPC) memaparkan orang awam meninggalkan bandar Suran, di wilayah Hama, Syria pada Khamis 1 September, 2016. - Foto AP


Awal bulan ini, pejuang mara ke utara di Hama, mengejutkan tentera kerajaan dan mengusir mereka dari kawasan yang ditawan sekitar ibu negeri wilayah itu, juga digelar Hama, termasuk pangkalan tentera, bandar dan kampung berhampiran lebuh raya ke Damsyik.

Pertempuran, diketuai kumpulan Jund al-Aqsa, dan turut membabitkan beberapa unit Tentera Pembebasan Syria, melancarkan beberapa pengeboman yang meragut berpuluh nyawa.

Peperangan dan pengeboman dari udara menyebabkan puluhan ribu penduduk melarikan diri mencari perlindungan, mencetuskan gelombang terbaru mangsa yang kehilangan tempat tinggal, sebahagian corak yang menyebabkan hampir separuh penduduk negara itu hilang rumah sejak perang bermula pada 2011.

Dalam kemas kini pada Selasa lalu, Pejabat bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berkata perangkaan dari kumpulan penyelaras kem menunjukkan hampir separuh daripada penduduk yang tiada rumah dari Hama tiba di Idlib.

 Sementara yang lain menuju ke arah bandar raya Hama yang dikawal kerajaan, menyaksikan empat masjid dijadikan tempat perlindungan sementara, kata OCHA. Puluhan sekolah di kawasan pedalaman Hama juga dijadikan pusat perlindungan.

Kekurangan pusat perlindungan bermakna ramai keluarga yang kehilangan kediaman tidur di tempat terbuka seperti di ruang letak kereta di Idlib.

 Kebanyakannya lari meninggalkan bandar dan kampung di kawasan dikawal kerajaan apabila pejuang mula mara kerana bimbang dengan tindak balas ganas tentera kerajaan, menurut aktivis dari Hama, Ahmad al-Ahmad. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190849

Pemerhati kimia 'terganggu' serangan gas klorin di Aleppo

KHAMIS, 8 SEPTEMBER 2016 @ 7:04 AM

BEBERAPA lelaki bernafas dengan topeng oksigen di dalam sebuah hospital di Aleppo, Syria. - Foto AP

THE HAGUE: Pemantau senjata kimia dunia berkata hari ini ia agak 'terganggu' dengan dakwaan penggunaan bahan kimia toksik di Aleppo selepas berpuluh orang terpaksa dirawat kerana masalah pernafasan di bandar pertempuran utama Syria itu.

 "Kami agak terganggu dengan dakwaan terbaru penggunaan bahan kimia toksik di Aleppo. Dakwaan seperti itu diambil secara serius.

 Penggunaan senjata kimia oleh sesiapa, di mana saja dan apa juga keadaan tidak dapat diterima," kata Ketua Pengarah Pertubuhan Larangan Senjata Kimia, Ahmet Uzumcu.

Pemantau Hak Asasi Manusia (SOHR) berkata, lebih 70 orang mengalami sesak nafas semalam selepas helikopter rejim menggugurkan bom tong di daerah ditawan pemberontak itu.

SOHR berkata, bom itu menyebabkan penduduk terpaksa mendapat rawatan, menambah kebanyakan yang terjejas adalah orang awam.

Pusat Media Aleppo milik pembangkang berkata dalam Twitter, kejiranan Sukkari menjadi sasaran serangan gas klorin. Ketua SOHR, Rami Abdel Rahman gagal mengesahkan dakwaan itu, namun tiada siapa terbunuh dalam serangan terbabit. Seorang penduduk Sukkari berkata, "bau amat kuat" memenuhi kejiranan itu selepas ia diserang bom tong dan dia serta yang lain menghadapi kesukaran bernafas. -AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190775

100,000 kehilangan kediaman di Syria

DUNIA KHAMIS, 8 SEPTEMBER 2016 @ 11:37 AM


BEIRUT: Pertempuran sengit antara tentera kerajaan dan pejuang pembebasan di Hama di tengah Syria menyebabkan 100,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dalam masa lapan hari antara lewat Ogos dan awal September.

Awal bulan ini, pejuang mara ke utara di Hama, mengejutkan tentera kerajaan dan mengusir mereka dari kawasan yang ditawan sekitar ibu negeri wilayah itu, juga digelar Hama, termasuk pangkalan tentera, bandar dan kampung berhampiran lebuh raya ke Damsyik.

Pertempuran, diketuai kumpulan Jund al-Aqsa, dan turut membabitkan beberapa unit Tentera Pembebasan Syria, melancarkan beberapa pengeboman yang meragut berpuluh nyawa.

Peperangan dan pengeboman dari udara menyebabkan puluhan ribu penduduk melarikan diri mencari perlindungan, mencetuskan gelombang terbaru mangsa yang kehilangan tempat tinggal, sebahagian corak yang menyebabkan hampir separuh penduduk negara itu hilang rumah sejak perang bermula pada 2011.

Dalam kemas kini pada Selasa lalu, Pejabat bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berkata perangkaan dari kumpulan penyelaras kem menunjukkan hampir separuh daripada penduduk yang tiada rumah dari Hama tiba di Idlib.

 Sementara yang lain menuju ke arah bandar raya Hama yang dikawal kerajaan, menyaksikan empat masjid dijadikan tempat perlindungan sementara, kata OCHA.

Puluhan sekolah di kawasan pedalaman Hama juga dijadikan pusat perlindungan. Kekurangan pusat perlindungan bermakna ramai keluarga yang kehilangan kediaman tidur di tempat terbuka seperti di ruang letak kereta di Idlib.

Kebanyakannya lari meninggalkan bandar dan kampung di kawasan dikawal kerajaan apabila pejuang mula mara kerana bimbang dengan tindak balas ganas tentera kerajaan, menurut aktivis dari Hama, Ahmad al-Ahmad. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190849

Tentera Syria serang guna bom klorin


80 cedera, penduduk tempatan alami kesukaran bernafas
08 September 2016 1:16 AM

Syria conflict: Government helicopters 'drop chlorine' on Aleppo

PENDUDUK terpaksa memakai topeng oksigen untuk bernafas selepas terkena serangan bom yang mengandungi klorin di sebuah hospital tempatan di Aleppo, Syria, baru-baru ini. AGENSI

ALEPPO 7 Sept. - Sekurang-kurangnya 80 orang cedera selepas terkena serangan bom yang mengandungi klorin oleh tentera Syria di pinggir bandar Aleppo kelmarin.
Daily Mail melaporkan, daripada jumlah itu, 37 yang cedera adalah kanak-kanak.
Sementara itu, BBC News yang memetik kenyataan beberapa orang pekerja bantuan kecemasan sukarela pula me­laporkan, ramai penduduk mengakui sukar untuk bernafas selepas serangan yang berlaku di kawasan Sukari itu.
Ketika laporan tersebut masih belum dapat disahkan kebenarannya, satu siasatan yang diketuai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengakui dakwaan serangan bom klorin berkenaan.
Hasil siasatan yang dijalankan mendapati, tentera Syria dipercayai telah menggunakan klorin dalam sekurang-kurangnya dua kejadian se­rangan sebelum ini, namun dinafikan oleh tentera Syria.
Dalam pada itu, seorang pekerja penyelamat untuk pa­sukan Pertahanan Awam Syria, Ibrahim Alhaj memberitahu, pihaknya menemukan empat silinder klorin di tempat kejadian selepas serangan terbabit.
Satu rakaman video terma­suk yang menunjukkan beberapa orang kanak-kanak terpaksa menggunakan topeng oksigen untuk bernafas akibat serangan itu kemudian dimuat naik ke dalam laman Facebook.
Walaupun klorin merupakan bahan kimia yang biasa digunakan dalam industri kimia, namun penggunaan klorin sebagai senjata telah dilarang oleh Konvensyen Senjata-Senjata Kimia sebelum ini.
Semalam, PBB mendakwa, orang awam yang terperangkap dalam situasi perang di Syria kini berdepan serangan yang dianggap semakin kejam.
Laporan itu juga menyebut, seramai 600,000 penduduk Syria kini hidup dalam kepu­ngan dengan separuh daripadanya masih ‘terperangkap’ di Aleppo.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tentera-syria-serang-guna-bom-klorin-1.379857#sthash.yFPBxl7a.dpuf