Gencatan senjata berterusan di Aleppo, tiada bantuan perubatan, makanan - Luar Negara - Utusan Online:
REUTERS | 23 Oktober 2016 2:20 AM
BEIRUT 23 Okt. - Keadaan masih lagi aman di timur bandar Aleppo, utara Syria selepas gencatan senjata yang masuk hari ketiga, namun demikian belum ada sebarang penghantaran bantuan makanan serta perubatan setakat ini masuk ke kawasan itu.
Menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, tidak ada sebarang serangan udara oleh tentera Syria mahupun Rusia sebaliknya keadaan sangat tenang tidak seperti selalu yang hiruk pikuk dengan bunyi senjata dan ledakan bom.
“Namun setakat ini, belum ada sebarang bantuan perubatan serta makanan tiba,” katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berharap agar mereka dapat menjalankan pemindahan perubatan pertama dari timur bandar Aleppo selepas mendapat kelulusan semua pihak yang berperang di Syria.
Ketua kumpulan petugas kemanusiaan PBB untuk Syria, Jan Egeland berkata, gencatan senjata yang dilaksanakan kelmarin berkemungkinan dilanjutkan sehingga empat hari.
“Kami percaya telah mendapat lampu hijau daripada Rusia dan tentera kerajaan Syria serta kumpulan pemberontak bersenjata,” kata Egeland.
PBB mungkin dapat melaksanakan beratus-ratus pemindahan termasuklah pesakit dan keluarga mereka selain melakukan bantuan kemanusiaan seperti bekalan ubat-ubatan serta makanan kepada 250,000 penduduk di timur Aleppo. - REUTERS
'via Blog this'