Wednesday 28 May 2014

Norway tahan tiga suspek bantu ISIL


OSLO 27 Mei - Norway menahan tiga orang yang disyaki membantu sebuah kumpulan yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda dalam pertempuran di Syria, termasuk dua individu yang didakwa menyertai kumpulan militan, menurut kenyataan polis hari ini.
Suspek merupakan dua lelaki warganegara Yugoslavia dan seorang lagi berasal dari Somalia dilaporkan menimbulkan ancaman kepada Norway dan sekutunya, lapor Perkhidmatan Keselamatan Polis dalam kenyataan itu.
"Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan dua daripada tiga tertuduh didakwa terlibat sebagai anggota militan dalam Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) di Syria," jelas kenyataan berkenaan.
Bagaimanapun, pihak polis tidak menentukan dakwaan terhadap individu ketiga, namun tiga suspek itu dituduh memberi bantuan kewangan dan barangan kepada ISIL. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140528/lu_09/Norway-tahan-tiga-suspek-bantu-ISIL#ixzz32xbQxLWa
© Utusan Melayu (M) Bhd