Tuesday, 18 February 2014
Maafkan kami atas kelewatan ini...
Dengan izin Allah swt, Misi Kemanusiaan ke 3 AP ke Syria kali ini telah berjaya menembusi masuk ke Kem Pelarian Yarmouk di Damsyik, Syria. Misi ini juga turut disertai oleh wartawan BH dan TV Hijrah.
Kawasan ini adalah di antara kawasan yang paling teruk terkesan daripada dengan tragedi yang berlaku di Syria sejak Mac 2011 lagi.
Kebanyakan rumah tempat mereka berteduh runtuh akibat bedilan bom dan peluru. Mereka hidup dalam kesejukan kerana tidak mempunyai bekalan elektrik yang terputus buat sekian lama.
Mereka hidup dalam keadaan berlapar sejak terkepung di dalam kem pelarian ini sejak 8 bulan yang lalu. Mereka mungkin 'terjumpa' dengan makanan asasi seperti roti hanya setiap 3 atau 4 atau 5 hari sekali.
Ada sahaja yang mati kebuluran pada setiap hari, bahkan pernah berlaku kematian seramai 46 orang dalam satu hari akibat kelaparan dan kesejukan musim dingin baru-baru ini.
Anak-anak juga tidak punyai tenaga dan suara untuk menangis dan mati di dalam pelukan ibu bapanya yang tidak boleh berbuat apa-apa.
Bayi-bayi yang kecil juga tidak dapat meminum susu ibu mereka yang kekeringan akibat kebuluran tanpa bekalan makanan.
Saudaraku...
Ingati mereka dalam doamu.
Jangan biarkan mereka kebuluran !
Teruskan menyumbang melalui apa jua cara.
Atau dengan melalui :
https://www.facebook.com/
SEBARKAN !
Ya Allah.....
Entah kenapa secara tiba-tiba dada ini menjadi sebak dan kelopak mata menjadi pemurah dengan titisan air hangat apabila memikir situasi anak kecil ini....
Wartawan CNN, Hala Gorani berkongsikan foto seorang anak kecil yang berumur 4 tahun yang ditemui oleh petugas PBB ketika anak kecil ini menyeberangi gurun yang kontang di Syria selepas kehilangan ahli keluarganya.
Hala Gorani berkata bahawa pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjumpai Marwan yang sedang melintasi padang pasir bersendirian dan kesepian selepas terpisah daripada keluarganya yang melarikan diri daripada tragedi di Syria.
Doakan yang terbaik untuk anak ini dan keluarganya...
Sumber foto :
https://www.facebook.com/
FSA tukar ketua tentera baharu
BEIRUT 17 Feb. - Tentera Pembebasan Syria (FSA) berkata, kumpulan itu telah memecat Ketua Turus Tenteranya, Jeneral Selim Idriss (gambar) ekoran kegagalan yang sering dihadapi oleh pasukan tersebut dalam pertempuran menentang tentera Presiden Bashar Al-Assad.
Dalam satu rakaman video di internet, kumpulan FSA berkata, majlis ketenteraan FSA memutuskan untuk menggantikan Selim dengan Brigadier Jeneral Abdel al-Ilah al-Bachir.
Jurucakap FSA, Kolonel Qassem Saadeddine berkata, keputusan itu dibuat untuk menyusun semula struktur pasukan itu.
Selim yang dilantik pada Disember 2012 dikritik kerana beberapa kali gagal di medan perang. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140218/lu_05/FSA-tukar-ketua-tentera-baharu#ixzz2tdOrXdeg
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)