Tuesday, 16 July 2013

# Rejim Assad bertindak kejam apabila membakar tiga lelaki di Al-Shiekh Meskeen, Daraa, Syria.

Bukan berniat untuk mengaibkan, tetapi supaya dunia tidak terus membisu atas apa yang berlaku di Syria!

# Rejim Assad bertindak kejam apabila membakar tiga lelaki di Al-Shiekh Meskeen, Daraa, Syria.

Allahhummanshur Ikhwanal Muslimiina Fii Mishr Fii Falestin Fii Suriah Fii Pakistan Fii Afganistan Fii Iraq Fii Burma Fii Palestin Fii Somalia
Allahumamaj Al Mursi Fi Amanika W Iyadzika
Allahhummanshut Ikhwanal Muslimina Fii Kuli Makan Wafi Kulli Zaman...Amin

‪#‎KOLARPUTIH‬

Bahan kimia militan dijumpai

Bahan kimia militan dijumpai
Penggunaan senjata kimia menyebabkan ribuan rakyat Syria menjadi mangsa keracunan.
ALEPPO - SYRIA. Tentera Syria dilaporkan menjumpai sejenis ejen toksik sewaktu menggeledah sebuah kilang yang beroperasi di bawah pengawasan pihak luar, kelmarin.

Dipetik PressTV, jurucakap ketenteraan berkata, bahan kimia itu ditemui di bandar Joubar dan dipercayai digunakan untuk membuat peluru mortar.

Sejak bulan lalu, tentera rejim dan militan Takfiri saling tuduh-menuduh membabitkan penggunaan senjata kimia dalam konflik berterusan untuk menjatuhkan kerajaan Presiden Basar Al Assad.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, turut mendakwa, militan dibantu pihak luar di Syria telah menggunakan senjata kimia terbabit.

Washington bagaimanapun, menggugurkan dakwaan itu dengan mengatakan serangan senjata kimia itu telah dilakukan oleh tentera rejim.

Hasbunallah Wa Ni'mal Wakeel


Tangisan si kecil ini bisa menceritakan segala-galanya, tapi mungkin kerana sudah terlalu banyak bukti kekejaman Basyar yang menjadi 'santapan' mata kita sampai kita sudah tidak terasa apa-apa. Semoga kita tidak pernah melupakan mereka dalam setiap doa-doa kita. Hasbunallah Wa Ni'mal Wakeel

tentera taghut mengebom perkampungan Mughara


Ketika menanti azan maghrib berkumandang, menanti untuk berbuka, ketika inilah tentera-tentera taghut mengebom perkampungan Mughara. Berdoalah... Allah Maha Adil. Setiap kezaliman pasti berbalas. Sudah terlampau banyak kejahatan yang dilakukan Basyar dan sekutu-sekutunya.

SUBHANALLAH


Wajah mujahideen yang syahid di Syria. Cita-cita tertinggi. InsyaAllah

Anak kecil di Syria..

Anak kecil di Syria... kadangkala mereka seolah-olah tidak wujud di muka bumi ini bagi sesetengah orang islam. Orang islam yang mengaku saudaranya tetapi tidak pernah kisah dengan apa yang berlaku kepada saudaranya. Orang islam yang hanya memikirkan kebahagiaan diri tanpa memikirkan bagaimana untuk membuat mereka yang menderita merasa bahagia... ALLAHU RABBI

Jangan lupakan kami dalam titipan doa kalian

Assalamualaikum. Selamat pagi Malaysia, Indonesia. Kami anak-anak Kafranbel. Kami anak-anak Idlib, dan kami adalah anak-anak Syria. Kami juga punya mimpi sebagaimana kanak-kanak lain di dunia. Impian kami hanya impian biasa...untuk hidup sederhana tanpa Basyar Assad. Untuk ke sekolah. Untuk bermain bersama kawan-kawan. Untuk hidup bersama ibu dan ayah. Kami perlukan kasih sayang bukan kezaliman. Kerana kami juga makhluk Tuhan. Punya hati. Punya perasaan. Bantu kami mencapai mimpi-mimpi kami. Jangan lupakan kami dalam titipan doa kalian. 

Saksikan luahan hati mereka, pasti air mata anda akan jatuh berderai...

Ini adalah Homs. Dan ini adalah kisah anak-anak Homs pada 1 Ramadhan 1434h. Mereka hanya mampu membayangkan makanan-makanan lazat yang pernah dinikmati sebelum ini. Kini, tiada makanan, tiada minuman...sehingga adakalanya mereka menangis kerana kelaparan sehingga tertidur. Namun mereka tetap yakin. Mereka pasti akan menang akhirnya. Dan mereka mempunyai Allah yang akan terus melindungi mereka.

Saksikan luahan hati mereka, pasti air mata anda akan jatuh berderai...
http://www.youtube.com/watch?v=I_gcaAxxIoo&feature=youtu.be

Hasbunallah Wa Ni'mal Wakeel.

Bidding farewell to his little child

Simply this is Syria, and these are where the Syrian kids live.