Thursday, 6 August 2015

Kumpulan IS Campak Gay Dari Bangunan Tinggi


Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2015 9:36 AM

KUMPULAN militan Negara Islam (IS) bertindak mencampak seorang lelaki yang didakwa gay dari sebuah bangunan tertinggi di utara Iraq sebagai hukuman.
Hukuman itu dilakukan di depan penduduk tempatan termasuk kanak-kanak selepas penerangan mengenainya dilakukan oleh wakil kumpulan berkenaan.
Ketika hukuman dijalankan, tangan lelaki yang didakwa gay itu diikat ke belakang manakala matanya ditutup, sebelum dicampak oleh tiga ahli kumpulan IS.
Tidak cukup dengan itu, IS turut mendakwa akan mengesan lelaki yang mengamalkan gay di kawasan yang telah dijajah mereka untuk dihukum.
Hukuman yang dipercayai dijalankan pada bulan lalu itu baru dedahkan kepada umum menerusi laman sosial kumpulan berkenaan.
Selain di Iraq hukuman sama terhadap gay turut dilakukan IS di Syria.
Menerusi video yang dimuat naik ke laman sosial mendapati, penduduk turut bersorak apabila hukuman dijalankan terhadap mangsa.

Turki akan mula perangi IS dalam wilayah Syria - Menteri Luar

RABU, 5 OGOS 2015 @ 5:30 PM




MEVLUT Cavusoglu, ketika menemui Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry di Malaysia. - Foto Reuters


 KUALA LUMPUR: Turki akan mula memerangi kumpulan IS dalam wilayah utara Syria, kata Menteri Luarnya, Mevlut Cavusoglu, ketika menemui Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry di Malaysia. "Kini kami sedang melatih dan memperlengkapkan pihak pembangkang (Syria) sederhana bersama AS dan kami akan mula memerangi puak Daesh tidak lama lagi," kata Cavusoglu kepada pemberita pada permulaan mesyuarat dengan Kerry, menggunakan akronim Arab bagi merujuk kumpulan IS. "Selepas itu keadaan akan menjadi lebih selamat untuk pembangkang sederhana yang memerangi Daesh," katanya. Kedua-dua mereka bertemu di sebuah hotel di sini di luar mesyuarat keselamatan serantau yang dihoskan ASEAN. Washington sudah lama menggesa sekutunya Turki untuk meningkatkan peperangan terhadap IS, iaitu sesuatu yang Ankara keberatan melakukan sehinggalah baru-baru ini. Pendirian itu bagaimanapun berubah apabila serangan maut di wilayah Turki yang dikatakan dilakukan oleh IS. Sejak itu, Turki melancarkan beberapa siri serangan udara yang didakwa menyasarkan kedudukan militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) di utara Iraq serta militan IS. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/72575