Thursday, 5 June 2014
Seramai 13 kanak-kanak terbunuh pada 3 Jun 2014 sahaja.
Syria | Seramai 13 kanak-kanak terbunuh pada 3 Jun 2014 sahaja.
Sehingga bilakah dunia akan terus membisu terhadap kekejaman rejim laknat Assad ini?
Apa yang kita lakukan selain diam membisu? Adakah sukar untuk berkongsi cerita terkini ini? [Ph]
Kredit: IKRAM for SYRIA • i4s
Facebook: https://www.facebook.com/ ikram4syria —
Sehingga bilakah dunia akan terus membisu terhadap kekejaman rejim laknat Assad ini?
Apa yang kita lakukan selain diam membisu? Adakah sukar untuk berkongsi cerita terkini ini? [Ph]
Kredit: IKRAM for SYRIA • i4s
Facebook: https://www.facebook.com/
Bashar al-Assad kekal Presiden Syria
Bashar al-Assad |
Speaker Parlimen mengumumkan bahawa 1,319,723 menyokong Assad untuk meraih kira-kira 88.7 peratus undi.
Pilihan raya itu diadakan bermula jam 7 pagi waktu tempatan kelmarin dan tamat pada jam 7 malam.
Jawatankuasa Kehakiman Tertinggi yang memantau perjalanan pilihan raya itu kemudiannya mengumumkan masa mengundi dilanjutkan selama lima jam sehingga tengah malam yang menyaksikan kehadiran "jumlah pengundi ramai". - Agensi
Rakyat Malaysia maut di Syria
KUALA LUMPUR 4 Jun - Seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai Abu Faz, 20-an, yang berjuang di Syria, dikenal pasti telah terkorban akibat terkena tembakan baru-baru ini dalam satu pertempuran dengan pihak tentera negara itu.
Difahamkan, Abu Faz adalah antara sejumlah rakyat negara ini yang ke Syria untuk bersama-sama berjuang dengan puak pemberontak menentang tentera Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Sumber keselamatan memberitahu, Abu Faz telah ke negara berkenaan bersama-sama seorang bekas pemuzik sebuah kumpulan rock terkenal tanah air pada 1990-an sejak tahun lalu.
Abu Faz bagaimanapun terkorban akibat ditembak penembak tepat dalam satu pertempuran pada 11 Mei lalu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Utusan Malaysia sebelum ini mendedahkan, puluhan rakyat Malaysia dikatakan pergi ke Syria sejak dua tahun lalu atas nama jihad bagi membantu umat Islam di negara bergolak itu.
Turut menyertainya adalah seorang 'ustaz' dan seorang bekas pemuzik sebuah kumpulan terkenal tanah air.
Akhbar ini turut mendedahkan satu laporan eksklusif tentang seorang pemuda, Ahmad Tarmimi Maliki, 26, yang terkorban setelah menjadi pengebom berani mati dalam serangan di Ibu Pejabat Skuad Emas Pasukan Taktik dan Senjata Khas (SWAT) di daerah Al-Anbar, Iraq pada 26 Mei lalu.
Siasatan polis percaya sebahagian mereka mempunyai kaitan dengan 10 individu dipercayai ahli kumpulan militan yang ditahan polis dalam operasi khas di Kedah dan Selangor, April lalu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140605/je_05/Rakyat-Malaysia-maut-di-Syria#ixzz33iTb5ND3
© Utusan Melayu (M) Bhd
3 kes militan bakal dibicara serentak
KUALA LUMPUR 4 Jun - Kes-kes membabitkan tuduhan memberi sokongan kepada aktiviti pengganas di Taiping, Perak dan Port Dickson, Negeri Sembilan akan dibicarakan bersama satu lagi kes serupa di Mahkamah Tinggi di sini.
Permohonan rasmi bagi membicarakan tiga kes tersebut yang melibatkan empat tertuduh akan dikemukakan oleh pihak pendakwaan pada 20 Jun ini di Mahkamah Tinggi di sini sewaktu sebutan semula kes-kes terbabit.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad kepada Hakim Kamardin Hashim hari ini semasa sebutan kes terhadap suri rumah, Azizah Md. Yusof.
Azizah, 54, sebelum itu mengaku tidak bersalah di hadapan hakim tersebut atas dua tuduhan memberi sokongan terhadap berlakunya perbuatan pengganas melalui laman sosial Facebook.
Pengakuan tersebut dibuat selepas hampir dua minggu wanita itu yang diwakili peguam bela, KC Suzanalena Salleh, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini.
Ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 23 Mei lalu, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada ibu lima anak itu.
Mengikut pertuduhan, Azizah didakwa memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas melalui laman sosial Facebook bernama Wan Jah dan Azizah Yusof.
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukannya di Bahagian E8, Cawangan Khas, Tingkat 24, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini kira-kira pukul 2 petang, 24 April lalu.
Bagi kes di Mahkamah Majistret Taiping, penganggur, Mohd. Hafiz Zahri Suparyatnoh, 28, didakwa dengan pengetahuan telah memberi sokongan kepada kumpulan pengganas yang dikenali sebagai The Islamic State Of Iraq and Syam (ISIS).
Seorang lagi penganggur, Mohd. Armie Fatihah Mohamad Hashim, 22, didakwa menggalakkan perlakuan dan perbuatan keganasan dengan niat untuk memajukan suatu ideologi dan perbuatan itu dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di Syria.
Kedua-dua mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di Kampung Air Jernih, Ijok di antara pukul 10 pagi, 4 April dan 12.30 tengah hari, 6 April lalu.
Di Mahkamah Majistret Port Dickson pula, Mohd. Khairil Mi, 27, didakwa menggalakkan keganasan untuk memajukan ideologi dengan niat mengugut orang awam di Syria.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah inap desa di No. 36, Jalan 1 1/2, Taman Intan Perdana, Port Dickson antara pukul 10 malam, 1 November dan 3 petang, 3 November 2013.
Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 130J(1)(b), 130J dan 130G(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak lebih 30 tahun dan denda.
Mana-mana harta yang telah digunakan atau diniatkan digunakan bagi kesalahan itu juga boleh dirampas oleh pihak berkuasa.
Sementara itu, Suzanalena memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan agar anak guamnya itu dibenarkan bebas dengan jaminan.
Beliau turut menyatakan akan memfailkan bantahan terhadap permohonan pihak pendakwaan untuk kesemua kes tersebut dibicarakan bersama.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140605/ma_04/3-kes-militan-bakal-dibicara-serentak#ixzz33iPfrOj7
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)