Sunday 7 December 2014

IS tawan pangkalan udara tentera Syria


DEIR EZZOR, Syria 7 Dis. - Kumpulan militan Negara Islam (IS) berjaya menawan sebahagian pangkalan udara utama di timur Syria dalam pertempuran sengit pada Sabtu lalu, kata sebuah kumpulan pemerhati.
“IS melancarkan serangan waktu subuh ke atas lapangan terbang tentera Deir Ezzor dan memasuki beberapa kawasan selepas pertempuran sengit tercetus di antara kumpulan militan IS dan pasukan rejim Syria,” kata Badan Pemerhati Hak Asasi Syria.
Jumaat lalu, kumpulan pemerhati yang berpangkalan di Britain itu berkata, kumpulan militan tersebut kini semakin menghampiri kawasan pangkalan utama serta semakin menguasai kawasan ketumbukan tentera. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/is-tawan-pangkalan-udara-tentera-syria-1.33416#sthash.rTis0mNj.dpuf

Australia Isytihar Bandar Raqqa Di Syria Kawasan Larangan


Diterbitkan: Khamis, 4 Disember 2014 7:43 PM
Gambar tidak bertarikh yang disiarkan pada 30 Jun lalu menunjukan pejuang militan IS melakukan perarakan di Raqqa, utara Syria.

SYDNEY: Australia pada Khamis mengisytiharkan bandar Raqqa di Syria sebagai kawasan larangan daripada dikunjungi rakyatnya, menerusi undang-undang baru menangani keganasan bagi menyekat pejuang jihad ke bandar itu.
Kerajaan Australia pada pertengahan Oktober lalu menetapkan pelan rancangan untuk menghalang warganegaranya daripada berkunjung ke kawasan panas itu yang terlibat dengan aktiviti keganasan, berikutan bilangan pejuang warga asing yang menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) semakin bertambah.
Seramai 70 warganegaranya dipercayai telah pun berkunjung ke kawasan itu.
Di bawah undang-undang baharu berkenaan, sesiapa yang berkunjung ke kawasan yang disenaraikan itu akan berdepan dengan hukuman penjara maksimum 10 tahun.
"Di bawah peruntukan dalam undang-undang pejuang asing kita, saya pada hari ini mengisytiharkan bahawa wilayah al-Raqqa sebagai kawasan yang disenaraikan mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan," kata Menteri Luar, Julie Bishop di Parlimen.
"Pengumuman ini menjadikan satu kesalahan bagi mana-mana rakyat Australia yang memasuki atau berada di wilayah al-Raqqa tanpa sebarang sebab yang dibenarkan. Mereka akan berdepan dengan penalti sehingga 10 tahun penjara," katanya.
Bishop berkata, setakat ini sebanyak 75 pasport telah dibatalkan dan tidak meluluskan permohonan 10 pasport bagi melarang rakyatnya daripada berkunjung ke zon konflik itu.
Terdahulu, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata, dianggarkan 100 rakyatnya turut menyokong pejuang itu dengan merekrut dan mendapatkan dana untuk aktiviti keganasan itu. - AFP

Nasib pelarian Syria tidak terbela

Lebih 1.1 juta pelarian Syria kini mendapatkan perlindungan di kem penempatan sementara di Lubnan. Foto: AFP
Lebih 1.1 juta pelarian Syria kini mendapatkan perlindungan di kem penempatan sementara di Lubnan. Foto: AFP

LONDON - UNITED KINGDOM. Badan hak asasi manusia, Amnesty International menyelar masyarakat antarabangsa kerana didakwa gagal untuk melindungi jutaan pelarian Syria.

Susulan daripada itu, Ketua Hak Pelarian dan Migran, Sherif Elsayed-Ali menggesa semua pihak supaya menyediakan lebih banyak penempatan semula kepada golongan tersebut yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik berlarutan di Syria sejak lebih tiga tahun lalu.

"Kekurangan jumlah penempatan semula yang ditawarkan negara antarabangsa adalah benar-benar mengejutkan. Ketika ini, hampir 380,000 pelarian memerlukan tempat perlindungan, namun nasib kebanyakan daripada mereka masih tidak terbela sehingga kini.

"Kegagalan negara 'kaya' untuk meringankan beban kumpulan pelarian itu telah meletakkan tekanan yang besar kepada negara jiran Syria," jelasnya dipetik Press TV.

Bagi mengatasi masalah itu, Amnesty bertindak mengumumkan pelan penempatan semula melibatkan 5 peratus pelarian Syria menjelang akhir 2015.

Awal minggu lalu, Program Makanan Dunia turut mengumumkan bahawa mereka terpaksa menggantung bantuan makanan kepada 1.7 juta pelarian kerana berdepan krisis pembiayaan berikutan tidak mendapat bantuan daripada masyarakat antarabangsa.

Menurut laporan statistik, kira-kira 3.8 juta pelarian Syria kini mendapatkan perlindungan di Turki, Lubnan, Iraq, Jordan dan Mesir manakala hanya 1.7 peratus daripada mereka ditawarkan tempat perlindungan di negara lain.