Thursday 7 April 2016

250 penduduk 'hilang' serangan IS di timur Damsyik

KHAMIS, 7 APRIL 2016 @ 3:54 PM




TENTERA Syria meronda di bandar al-Qaryatain daripada ancaman Kumpulan IS. - Foto fail AFP DAMSYIK: Kira-kira 250 orang awam Syria dikhuatiri diculik selepas satu serangan yang dilancarkan militan Kumpulan Negara Islam (IS) ke atas kilang simen di timur Damsyik. "Kami tidak lagi berhubung dengan ahli keluarga kami sejak tengah hari Isnin (kelmarin) selepas serangan anggota IS ke atas kilang," kata seorang penduduk di Pekan Dmeir, 50 kilometer di timur Damsyik. Pengurusan kilang berkenaan berkata, seramai 250 kakitangan tidak boleh dihubungi sejak Isnin lalu. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/141489

3 cedera di Turki terkena bedilan roket dilancar dari Syria


ISTANBUL 7 April - Sebanyak tiga orang cedera di Turki akibat terkena beberapa bedilan roket yang dilancarkan dari sebuah kawasan di Syria yang dikuasai kumpulan militan IS hari ini yang mengenai sebuah bandar di kawasan bersempadan dengan Syria.
Agensi berita Dogan melaporkan, bedilan roket itu mendarat di bandar Kilis dan mengenai sebuah bangunan yang digunakan pelarian Syria dan mencederakan dua rakyat Syria. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/3-cedera-di-turki-terkena-bedilan-roket-dilancar-dari-syria-1.217626#sthash.kI6NXJdo.dpuf

250 orang awam Syria dikhuatiri diculik IS


DAMSYIK 7 April - Sekurang-kurangnya 250 orang awam Syria dikhuatiri diculik selepas satu serangan dilakukan oleh kumpulan militan IS ke atas sebuah kilang simen di timur Damsyik, kata penduduk tempatan kepada AFP hari ini.
“Kami masih tidak dapat menghubungi ahli keluarga sejak tengah hari Isnin lalu selepas satu serangan oleh kumpulan militan IS ke atas sebuah kilang,” kata seorang penduduk bandar Dmeir yang terletak 50 kilometer di timur Damsyik.
“Kami tiada maklumat mengenai di mana mereka berada,” kata penduduk itu lagi.
Seorang pegawai tadbir di kilang itu berkata, 250 pekerjanya tidak dapat dihubungi sejak Isnin. - AFP

Sebuah lagi pesawat tentera Syria ditembak jatuh


Tentera penentang dan orang awam melihat bangkai jet pejuang Syria

Tentera penentang dan orang awam melihat bangkai jet pejuang Syria yang ditembak jatuh di Talat al-Iss, Aleppo, Syria. - Reuters.
BEIRUT 6 April – Kumpulan penentang Syria menembak jatuh sebuah jet pejuang tentera Syria dan menahan juruterbangnya, semalam di kawasan berdekatan Aleppo dalam kejadian yang menyaksikan dua jet pejuang tentera Syria berjaya ditembak jatuh oleh kumpulan penentang dalam tempoh sebulan.
Jet berkenaan ditembak jatuh di kawasan pergunungan Talat al-Iss di selatan bandar Aleppo, kawasan yang teruk dibedil jet pejuang Syria dan Rusia setelah berjaya menawannya daripada kumpulan sekutu rangkaian militan al-Qaeda, baru-baru ini, walaupun perjanjian gencatan senjata sedang berlangsung.
Tentera Syria melaporkan, jet berkenaan ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu penangkis pesawat, namun kumpulan penentang memaklumkan bahawa jet itu ditembak jatuh menggunakan meriam penangkis pesawat.
Kumpulan penentang yang disokong barat dan golongan Sunni, amat berhati-hati menggunakan senjata seperti peluru berpandu penangkis pesawat kerana bimbang ia jatuh ke tangan kumpulan konservatif.
Kerajaan Syria sebelum ini memberitahu bahawa sebuah peluru berpandu penangkis pesawat telah digunakan untuk menembak jatuh jet pejuang tentera Syria di barat Syria pada Mac lalu.
Sementara itu, Barisan Al-Nusra menyiarkan rakaman video rangka jet berkenaan yang ditemui di sebuah kawasan terbuka, dan rakaman video itu turut menunjukkan juruterbangnya yang dikenali sebagai Khaled Saeed ditahan di lokasi lain.
Khaled berkata, dia ditugaskan melancarkan pengeboman di kawasan berkenaan sebelum pesawatnya terkena tembakan senjata penangkis pesawat.
Dalam kenyataan berasingan menerusi Twitter, kumpulan Ahrar al-Sham mengaku bertanggungjawab menembak jatuh pesawat berkenaan.
Kerajaan Syria pula memberitahu bahawa jet berkenaan sedang dalam misi meninjau ketika ia ditembak jatuh dan juruterbangnya terselamat dan usaha sedang dijalankan untuk mencari dan menyelamatkannya. – Reuters
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/sebuah-lagi-pesawat-tentera-syria-ditembak-jatuh-1.217426#sthash.xASJM0xC.dpuf