2 DISEMBER 2015
PARIS - Perang mulut antara Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin masih berterusan selepas seminggu insiden pesawat Moscow, Su-24 ditembak jatuh di sempadan Syria.
Dalam satu kenyataan, Erdogan menyatakan beliau sedia meletak jawatan jika dakwaan bahawa Ankara terlibat dengan urus niaga minyak dengan kumpulan militan IS adalah sahih.
"Kami tidak pernah terlibat dalam urusan jual beli minyak dengan mana-mana kumpulan militan.
"Saya sedia berundur dari tampuk pemerintahan negara jika tuduhan yang dilemparkan Rusia itu benar," tegasnya dalam satu sidang media ketika Sidang Kemuncak Iklim PBB, kelmarin.
Terdahulu, Putin mendakwa IS menjalankan urus niaga minyak mereka melalui Turki selepas Ahli Parlimen Iraq, Mowaffak al-Rubaie mendedahkan kumpulan militan tersebut berjaya meraih keuntungan lebih AS$800 juta (RM3.4 bilion) hasil jualan bahan bakar tersebut melalui pasaran gelap di Ankara sejak lapan bulan lalu.
"Kami percaya tindakan menembak jatuh pesawat Moscow tersebut kerana mereka mahu melindungi talian bekalan minyak di wilayah Turki.
"Rusia menerima banyak maklumat tambahan yang mengesahkan bahawa bekalan minyak tersebut diangkut pada skala industri ke negara terbabit," katanya dalam satu sidang media berasingan.
Putin turut menyifatkan tindakan Ankara menembak jatuh pesawat pejuang mereka sebagai satu 'kesilapan besar' dan kempen jenayah.
Dalam perkembangan lain, kira-kira 1,250 trak yang membawa pelbagai jenis produk dan barangan dari Turki dilaporkan terkandas di sempadan selepas ia dilarang memasuki Rusia sejak empat hari lalu.
Pengarah Urusan Pertubuhan Penghantaran Antarabangsa Turki (UND), Fatih Sener berkata, sekatan itu telah menyebabkan mereka terpaksa mencari laluan alternatif.
"Azerbaijan telah membuka sempadan negara mereka untuk kami.
"Kesemua trak tersebut akan menuju ke Asia Tengah melalui jalan tersebut yang sebenarnya menelan kos jauh lebih tinggi," jelasnya. - Press T
V