Pihak pemberontak melancarkan serangan ke atas sebuah hospital pada pagi Isnin. |
BEIRUT - LEBANON. Seramai 40 anggota pemberontak dan 32 askar kerajaan Syria dilaporkan terbunuh dalam serangan ke atas sebuah hospital yang ditawan oleh anggota pemberontak, hari ini.
Laporan AFP mengatakan terdapat sejumlah 250 orang ditawan, termasuk 150 askar dan pegawai atasan tentera Syria sebelum serangan dilancarkan.
Sebelum ini, Presiden, Bashar al-Assad berikrar akan menyelamatkan askarnya dan orang awam yang terperangkap selepas pihak pemberontak menguasai bandar Jisr al-Shughur sejak dua minggu lalu.
Difahamkan, serangan ke atas hospital berkenaan disertai oleh rangkaian Al-Qaeda, Al-Nusra Front.
Perang saudara di Syria yang bermula pada Mac 2011 kini sudah mengorbankan lebih 220,000 nyawa.