Thursday, 29 August 2013

Aleppo, Syria



Admin melihat banyak page-page yang mengambil gambar ini dari sumber mereka kemudian menyiarkan untuk tatapan pengunjung mereka dan memberitahu status di Aleppo. Mereka hanya copy dan paste tanpa selidik terlebih dahulu. Hijau kawasan yang dikuasai oleh mujahiddin manakala merah pula kawasan yang dikuasai oleh rejim.

Untuk pengetahuan semua, gambar yang disebarkan sebelum ini adalah tidak benar sama sekali. Admin telah membuat sedikit pembetulan pada gambar berkenaan.

Kawasan-kawasan berikut masih dikuasai oleh rejim.
1. Akademi Tentera
2. Pusat Penyelidikan Tentera
3. Kem Artileri
4. Bangunan Risikan
5. Kem tentera al-Muhlab
6. Bangunan Risikan
7. Hospital al-Kindi (dijadikan berek tentera)
8. Aleppo Central Prison
9. Nubool dan Zahraa (kawasan majoriti syiah). Selepas membebaskan lapangan terbang Ming, sebahagian mujahiddin mara ke kawasan ini. Hizbullah berkumpul dikawasan ini.
10. Safira (kubu kuat terakhir rejim)
11. Lapangan terbang tentera Kweirs

Kesemua kawasan ini masih dikuasai oleh rejim. Jika benar kawasan ini telah dibebaskan, sudah pasti kita akan melihat para mujahiddin maraikan kemenangan mereka, pelbagai kenyataan akan dikeluarkan. Bahkan Aleppo Media Centre juga tidak mengeluarkan peta sebegini rupa.

Al-Raqqah, Syria



ISIS merampas botol-botol arak yang disimpan di dalam sebuah kilang.  Bagus!!!

PBB beri amaran kepada AS

PBB beri amaran kepada ASKanak-kanak turut menjadi korban serangan senjata kimia pada minggu lalu. Foto: REX

GENEVA - SWITZERLAND - Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Lakhdar Brahimi, semalam memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa sebarang tindakan ketenteraan ke atas Syria perlu mendapat kelulusan Majlis Keselamatan PBB.
"Di bawah undang-undang antarabangsa, sebarang tindakan ketenteraan mesti dibuat hanya selepas diputuskan Majlis Keselamatan. Saya harap AS memahami dengan jelas berhubung perkara ini," katanya ketika sidang media di Geneva.

Kenyataan tegas itu dikeluarkan selepas AS dan sekutunya, kelmarin mempertimbangkan untuk melancarkan tindakan ketenteraan ke atas Syria kononnya sebagai tindak balas terhadap serangan gas beracun yang meragut ratusan nyawa di negara terbabit.

Sementara itu, Rusia dan China turut meningkatkan amaran mereka serta mengecam sebarang campur tangan ketenteraan Barat di Syria yang didakwa akan mengakibatkan 'bencana' lebih buruk di rantau tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar di Moscow, Alexander Lukashevich menggesa masyarakat antarabangsa supaya tidak tersilap langkah dan mematuhi undang-undang antarabangsa dalam menangani krisis di Syria.

"Usaha untuk melangkaui Majlis Keselamatan sebenarnya adalah satu lagi alasan remeh untuk campur tangan tentera di negara bergolak itu dan ia sebenarnya akan memberi kesan lebih buruk di Timur Tengah," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, kumpulan pemeriksa PBB dilaporkan menjalankan pemeriksaan di lokasi kedua di pinggir Damsyik yang disyaki menjadi sasaran serangan senjata kimia pada minggu lalu.

Difahamkan, kumpulan tersebut yang tiba di kawasan Ghouta Timur turut mendapat perlindungan Tentera Pembebasan Syria (FSA).

Minggu lalu, Badan Amal Perubatan Medicins Sans Frontieres mendedahkan 3,600 pesakit yang dirawat di tiga hospital di Damsyik menunjukkan simptom keracunan gas agen saraf.

Menurut laporan dipetik Reuters, sehingga kini, kerajaan dan FSA saling menuding jari dan menuduh antara satu sama lain sebagai dalang bertanggungjawab melancarkan serangan senjata kimia tersebut.

Laporan PBB mendedahkan kira-kira 100,000 terbunuh manakala 1.7 menjadi pelarian akibat konflik berterusan di negara itu sejak lebih dua tahun lalu.

TERKINI



Dilaporkan mujahidin Syria daripada Liwa' Abu Bakar r.a telah berjaya mencipta roket yang boleh mencecah jarak antara 3-5 km dengan kuasa ledakan yang sama dengan meriam bersaiz 130'. Roket ini dipercayai mampu memusnahkan lebih banyak kereta-kereta kebal rejim.

Roket yang dinamakan 'Bakr' sempena nama Sahabat Agung Abu Bakar r,a ini dihasilkan ditengah-tengah kepungan hebat rejim terhadap bandar ini disebuah kilang yang terpaksa dirahsiakan lokasinya.

Link video : http://www.youtube.com/watch?v=P3lp_XGxkME
 —

20 jenazah kanak-kanak Syria belum dikenal pasti

DAMSYIK 28 Ogos - Kira-kira 20 jenazah kanak-kanak yang maut dalam serangan gas beracun oleh tentera Syria, minggu lalu, masih belum dituntut dan dikenal pasti selepas seluruh ahli keluarga mereka dipercayai turut maut dalam serangan tersebut.
Berikutan itu, kakitangan hospital di timur negara ini terpaksa merujuk mangsa-mangsa tidak berdosa itu menggunakan nombor dengan seorang bayi berusia sebulan dikenali sebagai 'nombor 14'.
Dalam kejadian Rabu lalu, kira-kira 600 mangsa gas saraf dikejarkan ke hospital di bandar Arbin itu selepas serangan di pinggir bandar Damsyik tersebut menyebabkan lebih 1,300 orang maut.
Menurut ITV News, Humam Husari, seorang pembuat filem bebas, telah menemu bual seorang sukarelawan paramedik yang bekerja di kawasan Ghouta, pinggir Damsyik itu.
"Di hospital ini, kami telah menerima kira-kira 600 mangsa yang terkena serangan gas beracun dengan 110 kematian telah didaftarkan, manakala 35 lagi belum didaftarkan.
"Bagi mangsa wanita pula, kebanyakannya kami telah kenal pasti dan hanya tinggal beberapa orang sahaja lagi yang belum dapat dikenal pasti," katanya.
Sementara itu, Humam turut melawat sebuah kilang pakaian berhampiran yang kini telah menukar operasinya untuk mengeluarkan topeng gas ekoran bimbang dengan serangan senjata kimia terbaharu.
Seorang lelaki di kilang terbabit, Abu Ibrahim berkata, mereka mendapat nasihat doktor dalam pembuatan topeng gas itu.
"Mungkin tidak 100 peratus topeng gas keluaran kami boleh menyelamatkan penduduk, tetapi sekurang-kurangnya 70 hingga 60 peratus ia dapat membantu orang ramai mengelak daripada bahaya," ujarnya kepada Humam. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130829/lu_04/20-jenazah-kanak-kanak-Syria-belum-dikenal-pasti#ixzz2dMIbpU00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Adik Assad dalang senjata kimia - Israel


Kapal pengangkut pesawat Charles de Gaulle milik Perancis yang dikuasakan tenaga nuklear, dilihat di Pelabuhan Toulon, di Laut Mediterranean, semalam. Presiden Perancis, Francois Hollande berkata, pihaknya bersedia 'menghukum' dalang serangan gas saraf di Syria. - REUTERS
LONDON 28 Ogos - Sebuah saluran televisyen Israel mendakwa, adik kepada Presiden Bashar al-Assad menjadi dalang dalam serangan senjata kimia yang mengorbankan lebih 1,300 rakyat Syria termasuk kanak-kanak, baru-baru ini.
Maher al-Assad, komander kepada 10,000 tentera Pengawal Republikan dan Divisyen Armor Keempat Syria merupakan tokoh utama dalam perang saudara di negara itu sejak dua setengah tahun lalu.
Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang ditakuti dalam kerajaan Syria dan tidak muncul di khalayak umum sejak lebih setahun lalu.
Malah, Maher pernah dilaporkan menembak penunjuk perasaan tanpa senjata semasa kebangkitan rakyat yang bermula pada 2011.
Laporan berita The Channel 2 mendakwa, serangan itu telah dilancarkan dari pangkalan Divisyen Armor Keempat Syria di selatan Damsyik.
Bagaimanapun, Syria dengan tegas menafikan penggunaan gas saraf dalam serangan itu.
Dalam perkembangan berasingan, Presiden Perancis, Francois Hollande semalam berikrar untuk ‘menghukum’ kerajaan Syria yang menjadi suspek utama serangan kimia di Damsyik dan meningkatkan sokongan ketenteraan kepada kumpulan penentang kerajaan.
“Perancis telah bersedia untuk menghukum mereka yang membuat keputusan dengan menggunakan senjata kimia terhadap mangsa yang tidak bersalah,’’ katanya dalam satu ucapan yang disiarkan televisyen negara ini sambil menuding jari kepada Assad.
Hollande pada Khamis ini dijadualkan mengadakan pertemuan dengan ketua kumpulan utama penentang kerajaan yang menyalahkan kerajaan Syria dalam serangan tersebut.
Sementara itu, Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata, sebarang tindakan ke atas Damsyik akan dirancang bagi menghalang penggunaan senjata kimia bukan sahaja di Syria, tetapi di seluruh dunia.
Selepas mengumumkan Parlimen Britain akan dipanggil semula esok bagi membincangkan tentang sebarang tindakan kemungkinan, Cameron menyifatkan penggunaan senjata kimia sebagai ‘tidak dapat dimaafkan dari segi moral’.
- AFP/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130829/lu_02/Adik-Assad-dalang-senjata-kimia---Israel#ixzz2dMHWyQaZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

syahidah...

berdoalah untuk mereka disyria

Misi menyelamatkan Bashar.

Tentera Turki akan menyerang Syria

Sama-sama kita nantikan pengesahan dari Al-Jazeera News, berkenaan Tentera Turki akan menyerang Syria. Berita esok InsyaAllah.

Sumber dari Ikhwanul Muslimin

Tentera Fisabillillah (Bangkitlah Wahai Umat Islam)

STATISTIK SYUHADA' SERANGAN SENJATA KIMIA




Berikut adalah statistik syuhada' yang gugur syahid dalam serangan senjata kimia oleh rejim Rabu yang lalu di Dimasyq :

Saqba: 100
Kafar Batna: 100
Douma: 150
Hamouria: 300
Ourbin: 63 (30 Kanak-Kanak, 16 Wanita, 17 lelaki)
Jisren: 16 (3 Kanak-Kanak)
Zamalka: 400
Ain tarma: 75
Marj: Tidak dapat dipastikan lagi

Ini adalah bukti video :

http://youtu.be/D46mpYaKmPg
http://youtu.be/YO7jQPX5jPA
http://youtu.be/1zrsbS4ll1Q
http://youtu.be/cxm-quhCLvI
http://youtu.be/lg8whAkw66I
http://youtu.be/Nqpa3oDxFCw
http://youtu.be/-JIUIO4fHog
http://youtu.be/Ad5c5ZoEuXU
http://youtu.be/Sih6ITUio4k
http://youtu.be/-RL8l0jHXlA
http://youtu.be/pRi1ge7qaXU
http://youtu.be/YwS3-DOD8HE
http://youtu.be/jxToUczwBoE
http://youtu.be/KfrueA_JVw8
http://youtu.be/fnLr0UPvcEo
http://youtu.be/29eadNcm15k
http://youtu.be/VVCPTWFsP_w
 

Mereka juga bangkit membantah serangan kimia di Ghoutah, Damsyik tempoh hari.

HOLLAND
Mereka juga bangkit membantah serangan kimia di Ghoutah, Damsyik tempoh hari. RESPECT

Syria akan menjadi kuburan bagi tentera-tentera salib!!!

Peta NATO menunjukkan Amerika Syarikat, UK dan tentera Perancis yang berada berdekatan dengan Syria. Sudah tentu, ini tidak termasuk pangkalan rahsia dan lokasi mereka. Syria akan menjadi kuburan bagi tentera-tentera salib!!!

syria berdarah

Ini adalah anak-anak Syria yang mengajar dunia erti ketabahan dan semangat juang yang tak pernah pudar. Semoga Allah memelihara mereka dari keburukan Bashar al-Assad.

Masya Allah

Masya Allah 

Anak kecil yang comel. Gambar ini hanya menjadi kenangan buat kita. Anak kecil ini, ibunya dan juga bapanya telah terkorban semasa serangan senjata kimia tempoh hari.

Biar gambar ini berbicara

Mujahidin FSA menemukan banyak mayat anak-anak selepas serangan senjata kimia..

Laa ilaha illa Allah..

Mujahidin FSA menemukan banyak mayat anak-anak selepas serangan senjata kimia.. Anak-anak di dalam video ini mencoba untuk melarikan diri dari serangan senjata kimia yang diledakkan bersama bom, malangnya di tengah jalan mereka sudah tidak mampu lagi untuk bernafas akibat menghirup gas kimia dan menjadi korban..

Hasbunallah Wa Ni'mal Wakil...

LINK: http://www.youtube.com/watch?v=WHU-KA0iP3k&feature=youtu.be

Tiga Negara Diperintah Dajjal Sudah Bergabung- mai baca sat!

Isu sebenar yg berlaku di Syria..

Kedatangan Ulama' (Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni Syiria) di UKM, menerangkn keadaan saudara kita di sana..

Syeikh mengatakan ada 3 sebab negara Syiria lebih DIUTAMAKAN dari Palestine untuk jihad:

1)Beliau mengatakan keadaan di Syiria lebih teruk dari Palestine.. Umat Islam telah ramai dibunuh dgn kejam.. Banding dgn Palestine, walau bertahun2 telah dijajah dizalimi, IBARAT kematian rakyat palastine 60 ribu org pad tempoh 60 tahun..

Tapi di Syiria.. 60 ribu yg telah TERKORBAN dgn HANYA TEMPOH 2 TAHUN kekejaman berlaku.. tapi itu baru yang diwar2kn.. yang ditulis.. tapi disebaliknya ada lagi kematian yang tidak direkod berpuluh2 ribu lagi kematian..

2) Sebab telah keluarnya fatwa dari ulama-ulama seluruh dunia, mereka berdasarkn Quran dan Sunnah melihat keutamaan negara Syiria tu yg istimewa.. di mana bumi Syiria adalah bumi Dimasyh: tempat Nabi Isa akan turun nanti, Syam Syiria.. dan Imam Mahdi mengikut dalil al-Quran..

3) Jadi jihad di negara Syiria kerana bantu syiria ibarat bantu Palestine.. tapi isu di Syiria ramai org tak tahu brbanding dgn Palestine.. di Syiria tidak dibenarkan diwar2kan sgala mklumat, tiada media..tidak benarkan bantuan masuk pun.

Kata sheikh, "tiada satu pun masjid di syiria yg tidak dibom!", masjid dihina..orang Syiah mencabuli wanita ahli sunnah di dalam masjid.

Di Syiria tiada Hospital untuk bantu orang Sunnah.. jika mereka dibom,mereka dibiarkn macam tu je..kesakitan hingga mati. si emak tak boleh tolong dan akan rahsiakn kematian ahli keluarganya, jika tidak akan ditangkap dan dibunuh juga..

SYIAH buat kekejaman sebab dia berpegang bahawa halal darah ahli sunnah wal jamaah.. mereka percaya jika dapat sembelih ahli sunnah, darahnya di bumi ni..akan dapat bangkitkn ketua mereka nanti iaitu: al Masih ad Dajal laknatullah!!!

*jadi Ulama TU PESAN: , mereka taknak bantuan hanya duit sebab bukan boleh bawa masuk di syiria, bukan hanya doa kita2 je.. tapi beliau PESAN: sampaikanlah kepada yg lain.. ambil tahu cakna tentang negara Syiria, agar semua tahu dan brsatu..

*Beliau PESAN LAGI: Pilihlah PEMIMPIN yg BENAR2 NAK BAWA ISLAM UNTUK NEGARA.. kerana pemimpin yang benar2 kepada Islam je yg boleh prcaya.. yg lain tiada membawa kpd Islam yg sbenar..

Sementara itu Prof. Dr. Yusuf Qardhawi  beberapa bulan lalu menyatakan seperti berikut;

Prof. Dr. Yusuf Qardhawi berpandangan, mereka yang telah menunaikan ibadat haji dan umrah wajar bagi mereka menggunakan wang tersebut untuk didermakan kepada saudara seagama di Syria yang amat memerlukan waktu ini.

Berdasarkan aulawiyat (keutamaan), menurut beliau situasi yang terdesak waktu ini di Syria dan di seluruh dunia menyaksikan umat Islam ditekan dan dizalimi memerlukan kepada keprihatinan dan pertolongan. Melainkan mereka yang buat pertama kali menunaikan ibadat haji kerana ia merupakan kefardhuan bagi setiap muslim sekali dalam seumur hidup.

Menurut Syeikh Qardhawi, beberapa kaedah yang digariskan oleh Islam perlu dinilai iaitu:

Pertama: Allah tidak akan menerima amalan sunat hingga ditunaikan amalan fardhu. Contohnya, setiap mereka yang mengerjakan umrah tanpa mengeluarkan zakat sebagai contoh, maka umrahnya ditolak oleh Allah.

Keutamaan mengeluarkan harta bagi mengerjakan umrah ialah perlu dibersihkan terlebih dahulu hartanya dengan kefardhuan zakat.

Kedua: Allah tidak akan menerima amalan sunat yang menjurus kepada perbuatan yang haram kerana menyelamatkan dosa dari yang haram perlu didahulukan berbanding memperoleh pahala dari amalan sunat.

Ketiga: Pintu kebaikan yang dikurniakan oleh Allah amat luas maka jangan disempitkannya kerana mereka yang mengerjakan haji secara berulang kali akan menutup peluang saudara Islam lain yang masih belum berkesempatan menunaikan ibadat ini.

Justeru, dua kesimpulan yang dibuat kepada mereka yang melakukan ibadat haji berulang kali:

1) Dapat menggunakan wang tersebut bagi membantu umat Islam yang kesusahan yang amat memerlukan bantuan.

2) Memberikan peluang kepada saudara Islam lain yang masih belum menunaikannya


Fakta wasukalu

Selama tempoh sekitar 70 tahun Zionis menjajah bumi Palestin, mereka telah membunuh sekitar 30 ribu umat Islam Palestin. Manakala rejim Syiah Nusairi (era Bashar) di Syria pula, dalam tempoh 2 tahun sahaja telah membunuh lebih daripada 50 ribu umat Islam Syria.

Jika dicampur jumlah mangsa tragedi Hama pada tahun 1982 (era Hafeez Asad) yang mengorbankan lebih 46 ribu umat Islam, maka jumlah keseluruhan umat Islam yang dibunuh Syiah di Syria ialah 96 ribu orang sejak tahun 1982 iaitu tempoh masa yang lebih singkat iaitu 30 tahun sahaja. 

Kesimpulannya Syiah membunuh ASWJ dengan purata 3200 orang setahun selama 30 tahun manakala yahudi zionis Israel membunuh ASWJ dengan purata 428 orang setahun selama 70 tahun.

Perkara yang perlu kita fikirkan untuk mengaitkan Israel, AS, Negara Syiah Iran, Iraq dan Syria
1. Penyerahan Bukit Golan kepada israel
2. Penyiaran empat rangkaian agama Iran dari stesen di Israel
3. Peranan Amerika menyerahkan Iraq kepada kepimpinan Syiah
4. Kaitan yahudi Israel dengan yahudi iran. 70.000 yahudi Iran telah berpindah ke Israel selepas
    kejayaan revolusi Islam di Iran.
5. Darah yahudi dalam tubuh ahmadinejad
6. Sejarah syiah menurut ASWJ - Hasil tipu daya oleh seorang yahudi yaman. Syiah diasaskan oleh Abdullah Ibnu Saba' seorang Yahudi dari San'a Yaman.
7. Lihat peta di bawah. Dengan penyerahan Iraq kepada pemerintahan Syiah bermakna tiga negara dikuasai syiah seolah-olah bercantum dalam peta. Jika benar andaian gua bahawa syiah adalah proksi yahudi Israel bermakna keempat-empat negara dajjal sudah bergabung (saling bersambung) berdasarkan kedudukan peta politik.
8. dan kaitan Syam sebagai lokasi perang akhir zaman dan lokasi turun nabi Isa di akhir zaman. baca kisahnya di blog ini. akan disiarkan nanti. In Syaa Allah.

Walaupun Syam/Syria bukan tanah suci umat Islam seperti BaitulMuqadis namun ia adalah bumi ambiya di mana letaknya makam para ambiya seperti Nabi Nuh AS di Kerak dan makam nabi Sulaiman AS di Sarfah. ASWJ Syria juga perlu dibantu seperti mana bantuan kita kepada Palestine.

Ingat yahudi ingat syiah, 
Amerika, Israel, Iran, Iraq, Syria, dan Lebanon adalah sekutu

Memang haram jadah. Syiah di Malaysia macam mana?
Apabila mereka berkembang, adakah ASWJ akan turut dimusuhi dan dibunuh?
sumber

Menara Isa Tempat turun Nabi Isa di Masjid Jami' Damsyik, Syria

Dalam entri bertajuk Tiga negara diperintah dajjal telah bergabung yang disiarkan pada 19.12.2012, gua telah menjanjikan kisah turunnya nabi Isa. Seperti yang dijanjikan dengan izin Allah gua berjaya merangkumkan kisah turunnya nabi Isa dari pelbagai sumber. Alhamdulillah!

“Ketika Allah telah mengutus al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara putih di sebelah timur Damsyiq dengan mengenakan dua buah pakaian yang dicelup dengan waras dan za’faran, dan kedua telapak tangannya diletakkannya di sayap dua Malaikat; bila ia menundukkan kepala maka menurunlah rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara. Maka tidak ada orang kafirpun yang mencium nafasnya kecuali pasti meninggal dunia, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lalu Isa mencari Dajjal hingga menjumpainya dipintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal. Kemudian Isa datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi oleh Allah dari Dajjal, lalu Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka tentang derajat mereka di Syurga. “

Menara Nabi Isa iaitu menara yang dimaksudkan 

Masjid Jami' Damsyik atau Masjid Umayyad atau Masjid Umawi  yang menempatkan menara Nabi Isa
Ibnu Katsir berkata, “Inilah yang termasyhur mengenai tempat turunnya Isa, iaitu di menara putih bahagian timur Damsyiq. Dan dalam beberapa kitab ada mengatakan baginda turun di menara putih sebelah timur masjid Jami’ Damsyiq, dan ini rupanya pendapat yang lebih terpelihara. Oleh kerana di Damsyiq tidak ada menara di bahagian timur selain di sebelah Masjid Jami’ Umawi di Damsyiq sebelah timur. Inilah pendapat yang lebih sesuai kerana baginda turun ketika sedang dibacakan iqamat untuk solat, lalu imam kaum Muslimin berkata kepada baginda, “Wahai Ruh Allah, majulah untuk mengimami solat.” Kemudian baginda menjawab, “Anda saja yang maju menjadi imam, karena iqamat tadi dibacakan untuk Anda.” Dan dalam satu riwayat dikatakan bahawa Nabi Isa berkata, “Sebahagian Anda merupakan amir (pemimpin) bagi sebahagian yang lain, sebagai penghormatan dari Allah SWT untuk umat ini.”

Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam’an bahawa Rasulullah bersabda tentang Nabi Isa, mafhumnya:

“Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.”

Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa akan turun di Syam (Syria), bahkan juga di Damsyik, iaitu di sisi menara sebelah timur. Beliau akan turun pada waktu fajar. Ibnu Katsir ada berkata: “Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenal di sebelah timurnya kecuali yang berada disamping masjid jamik Amawi, iaitu di sebelah timur Damsyik.” Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada tahun 741 hijrah. Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar menara masjid tersebut. Besar kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:

“Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun nanti, untuk mengenalinya orangnya sedang dan kulitnya putih kemerah-merahan. Dia memakai pakaian yang kuning. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Dia akan mengajak orang kepada Islam.

Pada zamannya juga nanti dia akan menghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan Dajal pada zamannya, bahkan di tangannya. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik. Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa a.s. wafat dan disembahyangkan oleh kaum muslimin.”

Muhammad s.a.w adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi sesudahnya. Turunnya Nabi Isa pada akhir zaman akan menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam bererti menyerahkan segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, beriman dengan semua Rasul, berserah kepada Allah dan taat dengan sebenar-benar taat. Itu semua sebenarnya sudah dianjurkan oleh agama-agama langit semenjak zaman Nabi Ibrahim, selaku bapa nabi-nabi, sampai kepada Muhammad s.a.w selaku nabi terakhir.

Isa a.s. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah. Beliau dahulu sudah ada membawa syariat kepada umatnya tiba-tiba beliau diangkat ke langit. Nanti di akhir zaman beliau akan turun lagi dengan izin Allah tetapi bukan membawa agama atau syariat baru. Beliau datang nanti untuk menguatkan agama Islam.

Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal:

“Ya Rasulullah, ke mana orang-orang Arab ketika itu?”

Rasulullah s.a.w menjawab, mafhumnya:

“Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu).

“Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Isa a.s sambil memegang bahu Imam itu berkata: “Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau.” Maka sembahyanglah mereka semua di belakang Imam tadi.

“Selesai solat, Isa a.s berkata kepada semua jemaah: “Bukakan pintu itu.” Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata. ”Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajal itu lari terbirit-birit kerana ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajal itu.

“Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu. Mereka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan pandai bercakap atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud termasuklah dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya. Termasuk juga satu pokok berduri (disebut pokok Yahudi), jika mereka bersembunyi di bawahnya, pokok itu akan berkata: “Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi, mafhumnya:

“Dajal akan berada di dunia selama empat puluh tahun. Satu tahun lamanya seperti setengah tahun, terkadang seperti satu bulan. Satu bulan seperti satu minggu. Dan pada hari yang terakhir terasa sekejap sahaja. Pagi-pagi kamu berada di pintu masuk kota Madinah (Madinah pada zaman Rasul), sampai kamu di pintu yang lain hari pun masuk waktu malam.”

Mendengar yang demikian ada yang bertanya:

“Bagaimana kami mengerjakan solat dalam waktu yang begitu singkat ya Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab yang mafhumnya:

“Ukur sajalah jaraknya dan bandingkan dengan waktu yang panjang sekarang ini.”

Rasulullah s.a.w berkata, mafhumnya:

“Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan bijaksana dan adil. Beliau akan menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan membunuh semua babi. Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak perlu membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada orang yang berhak menerimanya.

“Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling cemburu, dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk Allah. Sehingga ada anak perempuan yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu tidak menerkamnya, begitu juga kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan ketika itu nanti tidak ada pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada yang disembah selain Allah.

“Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali semua miliknya. Bumi mengeluarkan cahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga manusia akan memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya.”

Ibnu Katsir berkata: “Abdul Rahman Al-Muharibiy berkata: “Sebaiknya hadis ini dijadikan untuk mendidik saja. Hadis ini tidak sahih tetapi banyak hadis lain yang hampir sama maksudnya dengannya.

Di antaranya ada diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:

“Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan sehingga batu tempat mereka bersembunyi pun akan berkata: “Wahai orang muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”

Menurut riwayat, bumi nanti akan mengeluarkan segala khazanah kekayaannya, iaitu pada zaman Nabi Isa. Pada waktu itu dunia dalam keadaan makmur dan harta melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat.

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:

“Sudah hampir masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan membunuh Dajal, membunuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika itu melimpah ruah. Ketika itu nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian alam.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, dari Ibnu Mas’ud, dari Rasulullah s.a.w, mafhumnya:

“Pada malam aku diisrak mikrajkan, aku telah berjumpa dengan Ibrahim, Musa dan Isa a.s. Mereka membincangkan hari kiamat dengan menanyakan permasalahannya kepada Ibrahim.

Tetapi beliau hanya menjawab:

“Tidak ada pengetahuanku tentang hari kiamat. Cuba kalian tanya kepada Musa.”

Mereka tanya Nabi Musa tetapi beliau juga hanya menjawab:

“Aku tidak tahu tentang kiamat. Cuba kalian tanyakan kepada Isa.”

“Mereka tanyakan kepada Isa kemudian beliau berkata:

“Sebenarnya tidak ada yang mengetahui masalah ini kecuali Allah. Menurut yang dijanjikan Allah kepadaku, Dajal nanti muncul sedangkan di tanganku ada dua sabit (alat pemotong). Sebaik saja Dajal itu melihat aku, dia pun hancur seperti hancurnya timah yang terkena panas. Allah akan membinasakannya, begitu juga orang-orang kafir lainnya. Sehingga batu dan pokok kayu nanti akan ikut berkata: “Wahai orang muslim, di bawahku ada orang kafir bersembunyi, marilah dan bunuhlah dia.”

Kata Nabi Isa lagi:

“Setelah Allah SWT membinasakan mereka, orang-orang muslim pulang ke rumah mereka masing-masing. Dalam keadaan demikian keluar pula Yakjuj dan Makjuj, yakni bertebaran dari segenap penjuru. Kerana banyaknya Yakjuj dan Makjuj itu, maka semua kampung dan tempat tidak ada yang tidak dipijak oleh mereka. Mereka memakan semua makanan yang ada dan meminum semua air. Setelah habis makanan dan buah-buahan, daun-daunan pun habis mereka makan. Air sungai dan tasik semua habis mereka minum.”

Tambah beliau lagi:

“Orang-orang mukmin ketika itu tidak tahan melihat ulah Yakjuj dan Makjuj itu sehingga mereka memohon kepada Allah supaya dibinasakan binatang itu. Berkat doa mereka itu, Yakjuj dan Makjuj itu mati semua. Sekarang timbul masalah yang cukup besar lagi, yakni bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di mana-mana. Di mana-mana seluruh dunia terasa bau bangkai. Akhirnya Allah SWT menurunkan hujan lebat sehingga bangkai-bangkai itu hanyut ke sungai dan kemudian hanyut ke laut.”

Diriwayatkan oleh Ismail bin Ishak, Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:

“Belum terjadi kiamat sebelum Isa bin Maryam berjalan di udara untuk mengerjakan Haji dan Umrah, atau sehinga Allah SWT menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi sahabatnya. Nabi Isa a.s dan kelompok Ashabul Kahfi akan berjalan untuk mengerjakan haji kerana mereka selama ini belum mati dan belum pernah mengerjakan haji.”

Sebelum ini sudah diterangkan riwayat dari Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s akan memimpin dunia nanti selama 40 tahun. Namun demikian disebutkan dalam sahih Muslim, dari Abdullah bin Amr bahawa Nabi Isa akan berada di dunia selama 7 tahun. Pendapat yang lebih kuat ialah yang mengatakan 40 tahun. Menurut Ibnu Katsir kedua-dua pendapat itu sama-sama benar. Maksudnya kata beliau Nabi Isa a.s diangkat ke langit pada usia 33 tahun, kemudian turun nanti ke dunia selamaa 7 tahun lagi, yakni sebelum beliau diwafatkan Allah SWT. Setelah tujuh tahun memimpin dunia, Nabi Isa wafat. Maka umur Nabi Isa secara keseluruhannya 40 tahun. Wallahu A’lam.

Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub dalam hadis sahih, Yakjuj dan Makjuj akan keluar pada zaman Nabi Isa. Kemudian Allah SWT memusnahkannya berkat doa Nabi Isa pada satu malam. Ada juga disebutkan dalam hadis bahawa Nabi Isa akan mengerjakan haji setelah turun nanti. Muhammad bin Ka’ab Al-Quraiziy berkata, Ashabul Kahfi akan menjadi sahabat Nabi Isa a.s nanti dan mereka akan sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi Isa akan wafat di Madinah. Beliau akan disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan berdekatan dengan makam Rasulullah s.a.w.

Menurut riwayat, Isa bin Maryam akan dimakamkan bersebelahan dengan kuburan Nabi Muhammad s.a.w, kuburan Abu Bakar dan Umar. Bererti kuburan Nabi Isa a.s merupakan kuburan yang keempat.- Wallahu'aklam.. -- Suntingan daripada pelbagai sumber internet termasuk blog Jalan Ke Syurga
..............................................
Dengan itu sahlah bahawa Syria juga penting dalam sudut agama Islam. Bantuan kepada ASWJ  Syria patut dihulur sebagaimana pemberian bantuan ke Palestine. Semoga artikel ini membuka hati tuan-tuan untuk turut menderma kepada ASWJ Syria.  In Syaa Allah.

Kerajaan Negeri Selangor akan merangka perbincang segera bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi membenarkan semua masjid di Selangor membuka tabung ‘Kemanusiaan Rakyat Syria’ sebagai usaha meringankan bebanan umat Islam Syria. Perbincangan ini akan diwakili oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman.
sumber

Perang Akhir Zaman Bermula di Aleppo - huraian hadis

Perang Akhir Zaman Bermula di Aleppo



Telah bersabda Rasulullah SAW; "Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s." (HR. Muslim dari Sayidina Abu Hurairah R.A)




Sabda Rasullullah s.a.w: "Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut lalu kaum Rom telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Dalam hadis diatas digambarkan terdapat terdapat satu persepakatan antara kaum Muslimin dan bangsa Roman sekarang ini dikenali eropah dan pakatan ketenteraan mereka dikenali sebagai NATO. Kaum Muslimin di ajak bersama-sama dengan pakatan mereka untuk menentang musuh yang menjadi ancaman kepada mereka dan juga kaum muslimin. Ternyata pakatan eropah ini sudah mempunyai rancangan tersendiri iaitu mereka hanya ingin memperalatkan kaum muslimin bagi mencapai tujuan mereka. Mereka memberi bantuan persenjataan dan ketenteraan kepada kaum mujahidin kaum muslimin tetapi apabila kemenangan dicapai oleh mujahidin mereka mendakwa sebenarnya yang menang adalah pakatan salib.


Pakatan Salib Yang Dinaungi Knight Templer
Terdapat banyak sekali koleksi hadis-hadis berkenaan siri peperangan seumpama Armagedddon ataupun Peperangan Dunia ke-3 yang disabdakan Rasullullah s.a.w sebahagiannya digelar 'Hadis-hadis Fitan'. Imam Muslim membawa dalam penyusunan Sahih hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (r.) berkaitan dengan penaklukkan Konstantinopel (Istanbul sekarang):

Abu Hurairah melaporkan bahawa Nabi saw bersabda: "Pernahkah anda mendengar tentang sebuah bandar sebahagian yang berada di tanah dan sebahagian yang terletak di tepi laut?" Mereka berkata, "Ya, Wahai Rasulullah".Dia berkata: Hari Kiamat tidak akan berlaku sehingga sampai 70.000 dari keturunan Ishak dalam serangan itu. Ketika mereka datang ke sana, mereka akan turun dan tidak akan berperang dengan senjata dan tidak pula mereka melemparkan tombak apapun. Mereka akan berkata, "Tidak ada yang berhak disembah (sahaja) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar", dan satu setengah dari itu akan jatuh ... dan kemudian mereka akan mengatakan itu untuk kedua kalinya, "Tidak ada yang berhak disembah (sahaja) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar", dan bantuan akan diberikan kepada mereka, dan mereka akan memasukinya, dan mereka akan mengumpul dan membahagikan harta rampasan ketika pembawa berita akan datang kepada mereka, berkata, "Dajjal telah muncul ", sehingga mereka akan meninggalkan segala sesuatu dan kembali. (ke Syam)

Tentang "Bani Ishaq" (Anak-anak Ishak) disebutkan dalam hadis ini, Ibnu Katsir menulis dalam bukunya "an-Nihayah fil Fitan-wal-Malaahim", melalui "Ashraat kita-Saa'ah"Yusuf bin Abdullah al-Waabil :

Hal ini menunjukkan bahawa ar-Room (di Rom, yang bererti Eropah) akan menjadi Muslim pada akhir waktu, dan mungkin penaklukan Konstantinopel (Istanbul) akan melalui tangan-tangan mereka, sebagai hadis tersebut telah menyatakan, bahawa 70,000 dari Bani Ishaq dalam serangan itu.

Dan Ibnu Khatsir juga menunjukkan dalam perkara yang sama bahawa "ar-Room" (Rom ) adalah dari keturunan al-ees, putra Ishaq (Isaac) bin Ibrahim, Khalil (alaihis salaam). Dan dalam hadis lain dalam Shahih Muslim, yang lebih menjelaskan, dilaporkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda:

Hari Kiamat tidak akan datang sampai Rom akan mendarat di al-A'maaq atau dalam Dabiq. Suatu tentera yang terdiri daripada (tentera) terbaik dari orang-orang di bumi pada waktu itu akan datang dari Madinah (untuk melawan mereka). Ketika mereka akan menetapkan diri dalam barisan, maka Rom akan berkata: "Jangan berdiri di antara kami dan mereka (umat Islam) yang mengambil tahanan dari antara kita, marilah kita bertarung dengan mereka", dan Muslim akan berkata: "Sebenarnya, dengan izin Allah, kita tidak akan mendapatkan selain daripada anda dan dari saudara-saudara kami yang mungkin anda melawan mereka ". Mereka kemudian akan berperang dan sepertiga (bahagian) tentera akan melarikan diri, yang Allah tidak akan mengampuninya. Sepertiga (sebahagian daripada tentera).

Mereka akan menerima syahid yang terbaik di sisi Allah itu, akan dibunuh dan ketiga yang tidak pernah menerima keadilan akan menang dan mereka akan penakluk Konstantinopel. Dan ketika mereka akan sibuk dalam membahagikan barang rampasan perang (di antara mereka sendiri) selepas menggantung pedang mereka pada pohon-pohon zaitun, Iblis akan menangis: Dajjal telah terjadi di antara keluarga anda. Mereka kemudian akan meninggalkan (untuk kembali ke Syria), tetapi akan menjadi sia-sia. Dan ketika mereka kembali ke Syria, ia ( Dajjal ) akan keluar saat mereka akan masih mempersiapkan diri untuk pertempuran menyusun kedudukan.

Pada saat itu, ketika umat Islam akan mempunyai kelimpahan kekayaan, emas dan perak, kaum Muslim akan sangat diremehkan, lemah dan tak berdaya. Negara-negara musuh akan mengundang satu sama lain untuk menerkam mereka seumpama orang lapar mengundang satu sama lain untuk makanan. Para sahabat r.a. bertanya dengan bimbang mengucapkan, "Wahai Nabi Allah! Apakah kita akan sangat sedikit jumlahnya?" Nabi Muhammad saw menjawab: "Tidak, kamu dalam bilangan yang besar seumpama buih di lautan, terlihat di mana-mana mata boleh mencapai Tapi kamu akan dapat ditawan oleh 'wahn' ..!" Para sahabat r.a. bertanya, "Wahai Nabi Allah! Apa itu 'wahn' Baginda saw menjawab: "Cinta dunia dan takut mati!" Anda akan bergandingan tangan dengan kumpulan Kristian dan perang dengan yang lain.

Anda akan mendapatkan kemenangan. Pada masa itu, anda akan hadir dalam dataran pergunungan besar dengan banyak pohon. Sementara itu, orang-orang Kristian akan menaikkan salib dan merujuk kemenangan itu. Pada masa ini, seorang Muslim akan menjadi marah, dan akan menarik salib ke bawah, di mana, orang-orang Kristian akan bersatu untuk melanggar semua perjanjian dengan orang-orang Muslim. Orang Kristian akan menuntut beberapa orang yang mereka inginkan, di mana kaum Muslimin akan menjawab: "Demi Allah Mereka adalah saudara kami. Kami tidak akan akan menyerahkan .. " Ini akan memulakan perang. Muslim sepertiga akan melarikan diri. Pertaubatan mereka tidak akan diterima. Sepertiga akan dibunuh. Mereka akan menjadi 'syahid' yang terbaik di sisi Allah. Sisanya satu pertiga akan mendapatkan kemenangan, sampai, di bawah pimpinan Imam Mahdi, mereka akan berperang melawan kafir.. (HR Ibnu Majah) petunjukzaman
sumber

Damsyik nafi guna senjata kimia bunuh rakyatnya sendiri

ANGGOTA penentang yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria mengiringi kenderaan PBB di pinggir bandar raya Damsyik semalam.

DAMSYIK - Duta Syria ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menuduh pihak penentang menggunakan senjata kimia untuk mendesak kuasa asing mengambil tindakan ketenteraan ke atas rejim Presiden Bashar Al-Assad.

"Banyak bukti cenderung membuktikan pemerintah Syria tidak bersalah dan dilempar dengan tuduhan-tuduhan palsu," kata Duta Syria ke PBB, Bashar Al-Jaafari.

Beliau berkata, terdapat bukti menunjukkan kumpulan penentang menggunakan senjata kimia untuk mengheret tentera asing supaya menceroboh Syria.

Bashar menuduh Barat dan Turki membenarkan kumpulan pengganas membina sebuah makmal senjata kimia di wilayah Turki dengan bahan-bahan disediakan oleh Turki, Arab Saudi dan Qatar.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) bersedia mengambil tindakan ketenteraan terhadap Syria sebagai tindak balas serangan senjata kimia pada minggu lalu.

Serangan gas beracun berkenaan dipercayai mengorbankan lebih 1,300 orang di pinggir bandar raya ini.

AS bersama Britan menyatakan bahawa rejim Bashar melancarkan serangan kimia ke kubu-kubu kumpulan penentang kerana hanya rejim Bashar yang berkemampuan untuk melakukannya.

Dalam pada itu Rusia memindahkan seramai 116 rakyatnya dan sebahagian warganegara dari negara-negara bekas Kesatuan Soviet dengan dua pesawat milik Kementerian Hal Ehwal Kecemasan negara itu.

Mereka meninggalkan Syria kerana bimbang dengan konflik yang semakin meruncing di negara itu.

Kumpulan tersebut diterbangkan dari bandar pelabuhan Latakia di Syria.

Pesawat kargo Ilyushin-76 yang membawa pulang 89 orang tiba di lapangan terbang Domodedovo, Moscow lewat kelmarin.

Jurucakap kementerian berkenaan, Irina Rossius dalam satu kenyataan di laman web kementerian itu berkata, seramai 75 orang daripada 89 penumpang adalah rakyat Rusia.

"Kebanyakan mereka ialah wanita dan kanak-kanak," kata Rossius.

Pesawat kedua, Ilyushin-62 tiba di Latakia semalam dan kembali ke Moscow beberapa jam berikutnya dengan membawa 27 rakyat Rusia.

Dalam perkembangan berkaitan Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon berkata, pasukan pakar kimia badan dunia itu memerlukan masa keseluruhan empat hari untuk melengkapkan siasatan berhubung dakwaan serangan senjata kimia di Damsyik.

Menurut Ki-moon, pasukan tersebut menamatkan hari kedua siasatan itu di sebuah lokasi di pinggir bandar raya ini semalam.

"Biarlah mereka melengkapkan siasatan dalam tempoh empat hari," kata Ki-moon. "kami akan menganalisis penemuan tersebut secara saintifik sebelum menghantar laporan kepada Majlis Keselamatan," katanya.

Komen tersebut dibuat ketika AS dan sekutu-sekutunya bersiap sedia untuk menyerang Syria. - Agensi



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0829&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2dIygqDhp
Hakcipta terpelihara