Saturday, 3 May 2014

Selepas bedil sekolah, rejim Assad serang pasar

Selepas bedil sekolah, rejim Assad serang pasar
Anggota Briged Islam Aleppo dan Ahrah al-Sham menolak pesawat MIG ke ruang penyimpanan.
3 Mei 2014  ALEPPO - SYRIA. Pesawat rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad semalam terus bertindak kejam menyerang pasar sehari selepas rejim itu membedil sebuah sekolah kelmarin.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Antarabangsa bagi Sria berpangkalan di Britain melaporkan, serangan terbabit mengorbankan 33 penduduk awam.

“Pesawat tempur rejim melepaskan bom barrel di pasar Halak.  Kejadian itu menyebabkan orang ramai lari bertempiaran,” kata seorang aktivis Abu Faisal.

Menurutnya, kejadian itu juga menyebabkan dua bangunan berhampiran ranap dan beberapa yang lain terbakar.

Sementara itu, Tentera Pembebasan Syrai (FSA) mendedahkan video menunjukkan pasukan mereka merampas sebuah pesawat pejuang rejim di utara Aleppo pada April tahun lalu.

Rakaman turut memaparkan, sekumpulan ahli sayap FSA dari Briged  Islam Aleppo dan Ahrah al-Sham memandu pesawat MIG buatan Rusia itu di  lapangan terbang tentera di Jaarah.

Difahamkan, pesawat berkenaan tersadai di lapangan terbang tersebut akibat kehabisan minyak.  - Al Arabiya

90 tahanan sel kecil


Raihaniah (Turki): “Saya benar-benar seperti mati hidup semula,” kata lelaki mahu dikenali sebagai Hassan, 30, yang dipenjara selama setahun oleh tentera pimpinan Presiden Syria Bashar al Assad.
Mungkin ada yang berpendapat setahun tempoh singkat, namun penjara tentera Bashar bukan sekadar bilik kurungan, sebaliknya lebih kepada pusat penyeksaan.
Hassan berkata, sepanjang setahun dia ditahan bermula Mei 2012 di sebuah penjara di Damsyik, dia ditempatkan di dalam sel berukuran cuma 5 x 5 meter, namun dikongsi bersama 90 tahanan.
“Sel tahanan kami terletak di bawah tanah yang pengaliran udara amat teruk.
Kami sentiasa kepanasan dan di siang hari peluh bertakung di lantai sel hingga ke paras buku lali atau tiga sentimeter.
“Akibatnya, beberapa tahanan terutama yang berusia 50 tahun ke atas mati kerana kelemasan dan dehidrasi,” kata bekas akauntan itu kini berlindung di sini, namun masih aktif membantu rakyat negaranya yang tertindas.
Menurutnya, akibat jumlah tahanan ramai sedangkan ruang sel terlalu kecil, semua tahanan terpaksa berdiri dan keadaan itu menyebabkan dia sakit tulang belakang dirasai sampai sekarang.
“Kini saya terpaksa memakai bengkung bagi mengurangkan kesakitan yang dirasai sepanjang masa, malah saya juga tidak boleh berdiri lurus, sebaliknya perlu mengendurkan sedikit posisi tubuh saya,” katanya sambil menunjukkan bengkung dipakainya.
Ditanya mengapa dia ditahan, Hassan berkata, dia memang terbabit secara aktif dalam gerakan menentang rejim Bashar sejak pemimpin berfahaman Syiah itu mula menekan rakyat yang majoritinya mengikut fahaman Sunnah.
Bagaimanapun, pada Mei 2012 dia ditahan dalam satu sekatan jalan raya selepas pihak berkuasa menemui beberapa laras senjata api dan peluru dalam but keretanya.
“Sepatutnya, hukuman untuk saya ialah penjara seumur hidup atau hukuman mati, tetapi Allah menentukan segala-gala kerana nama saya termasuk dalam senarai mereka yang diampunkan.
“Pembebasan beramai-ramai itu dilakukan Bashar Mei tahun lalu dalam usaha menunjukkan kepada dunia dia pemimpin baik selepas dikutuk di peringkat antarabangsa berikutan kezalimannya,” katanya.
Seorang lagi bekas tahanan Bashar ialah penuntut universiti mahu dikenali sebagai Muhammad, 24, yang sebelum ini menuntut dalam jurusan kejuruteraan awam di Universiti Homs.
Menurutnya, Homs yang kini 90 peratus lumpuh akibat bedilan senjata dan dentuman bom dihuni majoriti penduduk berfahaman Sunnah dan mereka antara kawasan paling teruk dianiaya sejak konflik tercetus Mac 2011 hingga kini.
Foto
KESAN parut di kaki Hassan akibat didera.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/03

18 maut termasuk 11 kanak-kanak di Syria


HAMA, Syria 2 Mei - Seramai 18 orang maut termasuk 11 kanak-kanak dalam dua letupan bom yang melibatkan dua buah kenderaan di tengah-tengah bandar Syria semalam.
Agensi berita tempatan SANA berkata, letupan bom itu berlaku di bandar Jibrin dan Al-Humeiri dan menyalahkan serangan itu dilakukan oleh pengganas.
Pengarah Pusat Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman yang berpangkalan di Syria berkata, kedua-dua bandar-bandar yang disasarkan diduduki penduduk majoriti berfahaman Alawi, yang turut di anuti Presiden Bashar al-Assad. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140503/lu_02/18-maut-termasuk-11-kanak-kanak-di-Syria#ixzz30bGsI8oq
© Utusan Melayu (M) Bhd