Saturday 31 May 2014

2,000 korban serangan udara


Jumlah kematian itu akibat serangan bom tong dan serangan udara lain di kawasan yang dikuasai kumpulan penentang didedahkan empat hari sebelum pilihan raya presiden pada 3 Jun ini yang dijangka dimenangi Bashar al-Assad.
“Bermula Januari lalu hingga 29 Mei, 1,963 orang awam terbunuh akibat serangan bom tong dan serangan udara lain.
Mereka termasuk 5678 kanak-kanak dan 283 wanita,” kata Kumpulan Pemerhati Untuk Hak Asasi Manusia Syria.
Penguasaan terhadap bandar Aleppo, bekas hab komersial Syria terbahagi kepada dua sejak kumpulan pemisah melancarkan serangan pada Julai 2012.
Pesawat tentera yang setia kepada Bashar juga menyasarkan bandar dan kampung berhampiran yang dikuasai kumpulan penentang.
Serangan udara itu bermula pertengahan Disember dan diperhebatkan pada Januari dengan helikopter rejim menggugurkan bom tong di kawasan yang dikuasai pemisah, menyebabkan ribuan penduduk meninggalkan kediaman masing-masing.
Penggunaan bom tong itu diselar masyarakat antarabangsa.
Tong atau bekas bom itu dimuatkan dengan ratusan kilogram bahan letupan dan serpihan besi yang bertujuan memberi impak kemusnahan yang besar.
Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Februari lalu mendesak agar segala bentuk serangan ke atas orang awam di Syria termasuk penggunaan bom tong di kawasan penempatan dihentikan serta-merta.
Pada Mac, pemerhati hak asasi berkata, mereka menggunakan imej satelit untuk mengenal pasti sekurang-kurangnya 340 kawasan yang dikuasai pejuang di Aleppo yang musnah dalam tempoh antara awal November tahun lepas hingga 20 Februari lalu.
Kebanyakan kawasan yang musnah berpunca daripada serangan bom tong yang konsisten.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 162,000 orang terbunuh akibatr pertempuran dan pengeboman sejak krisis bersenjata Syria bermula tiga tahun lalu sementara separuh daripada 22.4 juta penduduk meninggalkan negara itu atau merempat di bahagian lain Syria.
Foto
SEKUMPULAM penduduk memeriksa mayat mangsa serangan udara terbaru tentera Syria di kampung Ras al-Ain di wilayah Hasakah, semalam.

Pemerhati berkata, 3.5 juta daripada mereka yang melarikan diri kini berada di kawasan yang tidak boleh dijejaki oleh pekerja bantuan.

- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/31