Saturday, 13 September 2014

31,500 sertai IS


Perangkaan itu melebihi anggaran 10,000 anggota sebelum ini. 
Di kalangan mereka yang berjuang di Syria, 15,000 adalah warga asing termasuk 2,000 warga Barat yang menyertai IS. 

Jumlah berkenaan didedahkan sehari selepas Presiden Barrack Obama berikrar meluaskan operasi menentang IS dalam rancangan yang mungkin menyaksikan serangan udara baru ke atas kumpulan itu di Syria, peningkatan serangan di Iraq dan bantuan tambahan untuk tentera Iraq.
Foto
GAMBAR fail menunjukkan anggota IS berarak di Raqqa, Syria, selepas menawan bandar itu beberapa bulan lalu.

Jurucakap CIA, Ryan Trapani dalam satu kenyataan menyebut anggaran berkenaan adalah berdasarkan semakan terbaru terhadap semua sumber laporan perisikan dari Mei hingga Ogos tahun ini.

“Jumlah terbaru ini menunjukkan peningkatan keanggotaan kerana proses merekrut anggota baru yang giat dijalankan sejak Jun lalu berikutan kejayaan di medan perang dan pengisytiharan penubuhan khalifah yang dilakukan IS,” katanya 

Pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) menyuarakan kebimbangan mengenai kehadiran pejuang asing dikalangan warga Barat dalam kumpulan bersenjata Sunni itu kerana ia mewujudkan kemungkinan mereka akan melakukan serangan di Eropah dan AS apabila kembali dari Syria dan Iraq. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/13

Syria mahu sertai pakatan


“Keganasan tidak bermula di Syria hari ini.
Ia bermula empat tahun lalu apabila kebangkitan menentang kerajaan bermula.
“Kerana ia mangsa keganasan, maka adalah penting Syria ikut serta dalam pakatan itu,” kata Buthaina Shaaban, penasihat Presiden Bashar al-Assad semalam.
Dia berkata demikian sebagai mengulas langkah Amerika Syarikat membentuk pakatan untuk memerangi IS yang beroperasi di Syria dan Iraq.
Pakatan itu secara terang tidak mahu Damsyik menyertainya sementara Washington berkata, ia merancang serangan udara di Syria, menyasarkan IS, tetapi tidak akan bekerjasama dengan rejim Bashar.
Sekutu Bashar lain, termasuk Russia, China dan Iran, juga tidak dipelawa menyertai pakatan itu.
“Semua negara yang menyokong resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengecam IS mesti menjadi sebahagian daripada pakatan yang memerangi keganasan,” kata Buthaina.

- AFP
Foto
SEORANG askar Iraq memeriksa mayat anggota IS yang terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat di pinggir bandar Haditha, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/13

Serangan udara di Syria, 42 terkorban


BEIRUT 12 Sept. - Sekurang-kurangnya tujuh kanak-kanak adalah antara 42 orang yang terkorban dalam serangan udara yang dilancarkan tentera Syria di kawasan yang dikuasai pemberontak berhampiran Damsyik, semalam.
Pertubuhan Badan Pemantau Hak Asasi Manusia berkata, serangan itu menjadikan bandar Douma dan Ghouta di timur bandar ini sebagai sasaran.
Kumpulan pemantau berpangkalan di Britain itu menjangkakan angka korban akan terus meningkat dan ramai yang cedera dalam serangan itu.
Tentera Presiden Bashar al-Assad telah mengepung kubu pemberontak di Douma lebih setahun lalu dan beberapa minggu kebelakangan ini telah meningkatkan serangan ke atas kumpulan militan Negara Islam (IS) yang menguasai wilayah utara dan timur Syria. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140913/lu_09/Serangan-udara-di-Syria-42-terkorban#ixzz3D90yyMzp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki Malaysia bawa isteri, dua anak 'berperang' di Syria


SINGAPURA 12 Sept. - Seorang lelaki rakyat Malaysia kelahiran Pulau Pinang membawa keluarganya warga Singapura ke Syria untuk berjuang menyertai kumpulan militan dan jihad di negara itu.
Akhbar The Star melaporkan, isteri lelaki itu yang merupakan warga Singapura adalah seorang janda yang mempunyai seorang anak lelaki dan perempuan yang masing-masing berusia 18 dan 14 tahun.
Laporan yang memetik sumber berkata, lelaki itu membawa keluarganya ke Syria pada November tahun lalu tetapi mereka tidak tinggal bersama.
"Pihak berkuasa percaya lelaki itu menyertai kumpulan Jabhat Al-Nusra dan anak lelaki (anak tirinya) menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS)," katanya sumber kepada akhbar tersebut.
Menurut sumber itu, isteri lelaki itu pula bekerja sebagai tukang masak, manakala anak perempuan (anak tiri lelaki itu) mengajar kelas bahasa Inggeris kepada anak-anak anggota kumpulan militan di Syria.
Keluarga tersebut dipercayai berada di beberapa lokasi di Syria, dan kemungkinan tinggal di timur Hama, lokasi kumpulan militan ditubuhkan.
Pihak berkuasa cuba menyiasat mengapa mereka membuat keputusan untuk ke Syria, dan menurut sumber, pihak berkuasa percaya keputusan mereka itu mempunyai kaitan dengan bekas suami wanita tersebut.
Julai lalu, Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean, yang juga Menteri Dalam Negeri mendedahkan perkara itu di Parlimen dan menyatakan terdapat beberapa rakyat Singapura menyertai 12,000 warga asing mengambil bahagian dalam konflik bersenjata di Syria termasuk pasangan ibu bapa yang membawa bersama anak-anak mereka.
Seorang lagi lelaki, Haja Fakkurudden Usman Ali, 37, membawa isteri dan tiga anaknya berusia 2 hingga 11 tahun ke Syria.
Haja merupakan rakyat Singapura kelahiran India, kata Teo ketika mengumumkan kes tersebut pada Mac lalu.
Beliaumendedahkan beberapa orang rakyat Singapura merancang menyertai kumpulan pemberontak di Syria tetapi mereka berjaya ditahan sebelum berlepas dan sebahagian daripada mereka masih disiasat.
Akhbar The Star sebelum ini melaporkan lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah antara 40 rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan militan di Syria.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140913/lu_05/Lelaki-Malaysia-bawa-isteri-dua-anak-berperang-di-Syria#ixzz3D8zbzz00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

AS dapat sokongan lancar kempen agresif ke atas IS


KERRY bergambar bersama menteri-menteri luar negara Arab semasa sesi bergambar di Terminal Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah selepas menandatangani pakatan antara Amerika dan sepuluh negara Arab bagi menyelaras kempen ketenteraan ke atas IS, kelmarin. - REUTERS
JEDDAH 12 Sept. - Amerika Syarikat (AS) berjaya mendapatkan sokongan Perancis dan 10 negara Arab dalam kempennya untuk melancarkan serangan 'lebih agresif' ke atas kumpulan militan Negara Islam (IS).
Hasrat AS itu disokong 10 negara Arab yang bersetuju membentuk pakatan bagi menyelaraskan kempen ketenteraan menentang kumpulan IS, satu langkah besar dalam memberi sokongan serantau kepada rancangan Presiden Amerika, Barack Obama untuk menyerang kumpulan militan itu.
Pakatan itu disertai Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Iraq, Jordan dan Lebanon selepas satu pertemuan menteri-menteri luar negara Arab itu dengan Setiausaha Negara AS, John Kerry di sini.
Sementara itu, Presiden Perancis, Francois Hollande tiba di Baghdad, Iraq hari ini bagi menyatakan sokongannya kepada rakan sejawatnya, Fuad Masum dalam melaksanakan langkah serupa.
Perancis dilaporkan sudah bersedia untuk menyertai serangan udara ke atas kumpulan militan IS di Iraq, sekiranya diperlukan dan menganjurkan diadakan persidangan antarabangsa tentang Iraq pada 15 September ini.
Dalam pada itu, Agensi Perisikan Pusat (CIA) mendedahkan kira-kira 20,000 hingga 31,500 anggota IS kini berada di bumi Iraq dan Syria, jumlah yang lebih tinggi daripada anggaran sebelum ini iaitu 10,000 orang.
"Jumlah baharu ini menggambarkan peningkatan keahlian mereka (IS) kerana pengambilan keanggotaan yang lebih banyak dilakukan sejak Jun lalu ekoran kejayaan pertempuran dan pengumuman pembentukan kerajaan Khalifah, peningkatan aktiviti pertempuran dan ditambah dengan faktor risikan,'' kata jurucakap CIA, Ryan Trapani.
Bagaimanapun, Presiden Syria, Bashar al-Assad dan sekutu kuatnya, Rusia mengutuk rancangan Amerika untuk campur tangan di bumi Syria.
"Sebarang tindakan dalam apa juga bentuk tanpa mendapat kebenaran kerajaan Syria adalah merupakan satu serangan ke atas Syria," kata Menteri Hal Ehwal Perdamaian Nasional Syria, Ali Haidar.
Jurucakap kementerian luar Rusia berkata, tindakan satu pihak itu adalah satu 'perlanggaran mentah-mentah' ke atas undang-undang antarabangsa. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140913/lu_04/AS-dapat-sokongan-lancar-kempen-agresif-ke-atas-IS#ixzz3D8yb2XAX
© Utusan Melayu (M) Bhd