23 Mei 2013
AMMAN - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry, menggesa Presiden Syria, Bashar al-Assad komited dalam mencapai keamanan semula negara yang sedang bergolak itu.
Bercakap dalam sidang media dengan rakan sejawatannya, Nasser Judeh, Kerry berkata, persidangan yang bakal diadakan di Geneva bulan depan adalah bertujuan untuk menamatkan pertumpahan darah yang meragut puluhan ribu nyawa di Syria.
“Kami menyeru kepada Assad beliau juga perlu komited untuk mencapai keamanan bagi negaranya sendiri,” kata Kerry.
Kerry menambah, jika Assad tidak bersedia untuk mengadakan rundingan politik, AS dan negara lain akan berbincang bersama pembangkang dalam usaha membebaskan Syria dari terus bergolak.