BUENOS AIRES - ARGENTINA. Pihak berkuasa Argentina menahan enam warga Syria termasuk seorang kanak-kanak yang didakwa memasuki negara itu dengan menggunakan pasport palsu Greece, menurut jurucakap polis persekutuan, kelmarin.
"Kesemua mereka diberkas sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ezeiza, Khamis lalu dan turut didakwa memiliki dokumen palsu. Mereka memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa," katanya tanpa memberi butiran lanjut.
Difahamkan, kesemua mereka akan dihadapkan ke mahkamah pada Rabu ini manakala budak di bawah usia 18 tahun itu akan menjalani kaunseling psikologi.
Kira-kira tiga minggu lalu, lima lelaki warga Syria didakwa sanggup membayar AS$10,000 (RM42,000) seorang kepada sindiket untuk merentasi Brazil, Argentina dan Costa Rica, namun kesemua mereka ditahan di Honduras ketika sedang dalam perjalanan menuju ke Amerika Syarikat (AS).
Oktober lalu, pihak berkuasa Brazil memberkas lapan warga Iraq atas kesalahan memiliki pasport palsu Greece yang didakwa diperoleh di Turki. - Reuter
s