Thursday, 11 February 2016

Lebih 500 maut di Syria angkara rejim Bashar

RABU, 10 FEBRUARI 2016 @ 11:13 PM


WARGA tempatan memeriksa kawasan kediaman mereka yang musnah selepas diserang tentera rejim Presiden Bashar al-Assad. - Foto Reuters
BEIRUT: Lebih 500 orang, termasuk puluhan penduduk awam, terbunuh sejak rejim Presiden Bashar al-Assad melancarkan serangan besar-besaran dibantu Russia di wilayah Aleppo, awal bulan ini.
Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia (SOHR), yang bergantung kepada rangkaian sumber bagi mendapatkan perangkaan, berkata keseluruhan 506 termasuk 23 kanak-kanak terkorban dalam serangan udara Russia di Aleppo dan sekitarnya sejak operasi dilancarkan sejak 1 Februari lalu.
"Sekurang-kurangnya 143 militia prorejim, 274 pemisah dan pejuang asing dan 89 penduduk awam terbunuh sejak 1 Februari lalu hingga malam Selasa," kata pengarah SOHR, Rami Abdel Rahman.
Beliau berkata, 14 tentera Iran dan sekurang-kurangnya tiga anggota Hizbullah dari Lubnan maut dalam pertempuran bersama-sama tentera kerajaan.
Abdel Rahman menambah, lebih 100 pejuang asing, termasuk cawangan al-Qaeda di Syria, maut sejak serangan bermula.
Pertempuran semalam berlaku sekitar Tamura, utara Aleppo, dengan serangan udara Russia di beberapa kampung berhampiran, kata SOHR. - AFP

Pejuang Kurdish rampas pangkalan udara di utara Syria

KHAMIS, 11 FEBRUARI 2016 @ 10:37 AM



 BEIRUT: Pejuang Kurdish yang disokong pemberontak Arab merampas pangkalan udara strategik dan bandar bersebelahan di utara Syria daripada pemberontak antikerajaan pada pertempuran, semalam.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, Unit Perlindungan Rakyat (YPG) dan sekutu Arab mengusir kumpulan militan dan pejuang lain dari pangkalan tentera udara Minnigh dan bandar bersebelahan, bandar kedua Syria di utara, Aleppo.


Kejayaan itu hadir beberapa hari selepas pertempuran sengit yang menyaksikan angkatan YPG mara ke timur dari kubu kuat Kurdish, Afrin dan menawan beberapa kampung sebelum sampai ke Minnigh.


 "Akibat kekalahan di Minnigh, pejuang militan kehilangan satu-satunya lapangan tentera udara dalam wilayah Aleppo," kata Ketua pemerhati itu, Rami Abdel Rahman.

 Kumpulan pemerhati itu berkata, lebih 500 orang terbunuh sejak kerajaan mula melancarkan serangan pada 1 Februari. - AFP


FOTO dikeluarkan oleh agensi berita rasmi Syria, SANA memaparkan penduduk Syria berkumpul di jalan yang dilanda serangan, di Aleppo, Syria. - Foto AP  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/123258

Jelajah Syria Berdarah Oleh Kapten Ustaz Mohd Asri




KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..

2- Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3- Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria.

TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al–Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4- Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5- Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan.

Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid.

Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

10 hari 506 mati

Beirut: Serangan oleh rejim Bashar al-Assad yang disokong Russia, mengorbankan lebih 500 orang bulan ini..
Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, 506 orang terbunuh sejak rejim itu melancarkan serangan besar-besaran terhadap pemberontak di wilayah Aleppo pada 1 Februari lalu.
Ini termasuk 23 kanak-kanak yang mati dalam serangan udara Russia, kata kumpulan pemerhati yang berpusat di Britain itu.
Lebih 260,000 orang terbunuh dan separuh lagi rakyat negara itu terpaksa melarikan diri sejak konflik yang bermula pada 2011.
Sementara itu, puluhan ribu penduduk masih terkandas Aleppo, bandar kedua terbesar Syria yang masih dikepung walaupun rayuan dibuat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya membenarkan orang awam keluar.
Dalam pada itu, Turki yang sudah menerima 2.7 juta pelarian Syria enggan membenarkan kumpulan baru pelarian memasuki negaranya, sebaliknya hanya bersedia menawarkan bantuan kemanusiaan di seberang sempadan Syria.
Hanya orang yang cedera dibenarkan melintas sempadan Oncupinar, tempat kira-kira 30,000 pelarian berkumpul selepas melarikan diri dari serangan rejim Bashar dan tentera Syria di Aleppo.
Kebanyakannya tidur di dalam khemah atau tempat terbuka, berikutan khemah yang disediakan sudah penuh.
Menurut pegawai Turki, 10 rakyat Syria yang cedera dibawa ke hospital di Kilis, selepas pengeboman di bandar Azaz.
Mereka yang melarikan diri dari keganasan menceritakan mengenai kaganasan dan penderitaan yang dihadapi.
“Kanak-kanak mati kerana pengeboman, kelaparan dan kesejukkan. Mereka tinggal di jalan raya dan tidak mempunyai tempat tinggal,” kata Abdul Karim Bahloul di sempadan Turki.
Ancaman keselamatan akibat perang Syria dijangka menjadi agenda mesyuarat dua hari menteri pertahanan NATO di Brussels bermula Rabu, termasuk permintaan Turki untuk mendapatkan bantuan krisis pendatang dan tindak balas lebih tegas ke atas Russia.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2016 @ 8:24 AM


MAYAT bergelimpangan di sebuah hospital selepas serangan udara tentera pro-Syria di al-Saleheen, Aleppo, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/114048#sthash.hTjmXxuT.dpuf

Siapa president Checnya (Ramzan Kadyrov) sebenarnya dan apa tujuan penglibatannya dlm perang Syiria?



Zuhaimi Mustafa
Usah keliru dgn penyertaan tentera Checnya dlm perang Syiria. Usah keliru dgn penampilan president Checnya dgn imej islamiknya. Siapa president Checnya sebenarn...ya dan apa tujuan penglibatannya dlm perang Syiria ? Rupanya masih ramai yg belum jelas.
Ramzan Kadyrov adalah bekas mujahiddin yg memerangi tentera Russia di Checnya suatu masa dulu. Tapi akhirnya belot dgn menyertai Russia apabila dijanjikan dgn jawatan presiden spt sekarang ini. Ramzan Kadyrov juga turut memburu dan membunuh bekas rakan2 mujahiddinnya hingga kesaat ini. Sbg penjelasan, mujahiddin masih lagi meneruskan perjuangan menuntut pembebasan bumi Checnya... dan mereka adalah pejuang2 berani, legasi daripada imam Syamil (pengasas tarikat naqsyabandiah) yg terkenal dulu.

Jadi, penyertaan Checnya dlm konflik Syiria tidak sama sekali mewakili mujahiddin Chec. Mujahiddin Chec berjuang bersama rakyat Syiria sementara tentera Checnya berkomplot bersama2 Russia dan Assad. Utk pengetahuan Ramzan Kadyrov turut mengecam Turki yg menembak jatuh pesawat tempur Russia.

Ramzan Kadyrov mengingatkan aku kepada Mustafa Kamal Attaturk, si yahudi dunma yg menjadi president pertama Turki dulu....

Tulisan ringkas aku ini sbg menjawab mereka2 yg masih merestui tindakan syiah dan Russia dlm penyembelihan saudara2 kita di Syiria. Moga tak terus diperbodohkan oleh suara2 dajjal laknatullah...







300,000 penduduk terkepung di Aleppo

Berdepan kebuluran tanpa bekalan makanan

11 Februari 2016 12:10 AM

Kepulan asap tebal menyelubungi udara di bandar Anadan kira-kira-kira 10 kilometer dari bandar Nubul dan Zahraa di utara Aleppo akibat serangan udara tentera Syria pada 3 Februari lalu. REUTERS
GENEVA 10 Feb. - Kira-kira 300,000 penduduk Syria terkepung dan berdepan kebuluran berikutan tentera kerajaan mengepung bandar Aleppo sejak seminggu yang lalu, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menurut pihak berkuasa, dianggarkan antara 100,000 dan 150,000 orang awam di bandar kedua terbesar di Syria itu yang menempatkan kira-kira dua juta penduduk itu, akan melarikan diri sekiranya keadaan berterusan.
Menurut Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia, yang memantau keganasan dan aktivis berkata, serangan udara juga berterusan di Tal Rifaat, Anadan dan beberapa bandar lain di Aleppo.
Pasukan tentera dibantu sera­ngan udara Rusia dan kumpulan bersenjata dari Iran dan Lebanon telah melancarkan serangan besar-besaran di sekitar Aleppo, yang terbahagi antara tentera kerajaan dan pemberontak sejak konflik Syria meletus.
Persatuan Doktor Antarabangsa, Mahmoud Mustafa berkata, sekurang-kurangnya dua terkorban, manakala 30 yang lain ce­dera dalam serangan udara berhampiran Tal Rifaat dan perkampu­ngan berhampiran Azaz.
Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan berkata, di kawasan kediaman di tengah Damsyik, seorang pengebom berani mati meletupkan kenderaan yang dipandunya di kelab pegawai polis, semalam dan sebanyak lapan pegawai polis terkorban, manakala 20 yang lain cedera dalam serangan dipercayai dilancarkan kumpulan militan Negara Islam (IS). – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/300-000-penduduk-terkepung-di-aleppo-1.188862#sthash.EJoWMJRT.dpuf

409 pelarian maut di Laut Mediterranean awal tahun ini


Sebahagian pelarian Syria yang terkandas di Turki menunggu untuk menyeberangi Laut Mediteranean menuju ke Eropah. Agensi
LONDON 10 Feb. – Sebanyak 409 pelarian maut dalam tempoh enam minggu pertama tahun ini ketika cuba menyeberangi Laut Mediteranean dan jumlah itu meningkat 10 kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu, kata Organisasi Antarabangsa untuk Migrasi (IOM).
IOM melaporkan bilangan ketibaan pelarian kini bertambah sebanyak 76,000 dan jumlah korban meningkat kepada 409 dalam tempoh enam minggu pertama 2016 di Laut Mediterranean berbanding 69 orang dalam tempoh yang sama tahun lalu.
“Secara purata 2,000 pelarian tiba setiap hari iaitu hampir 10 kali ganda daripada purata ketibaan harian pada tahun lalu.
“Greece dijangka menerima satu juta pelarian sejak awal 2015 hingga bulan depan,” kata IOM dalam satu kenyataan seperti dilaporkan Al-Jazeera Online.
Lebih 1.1 juta orang pelarian dari Asia Barat, Asia dan Afrika tiba di pantai Eropah akhir tahun lepas dan kebanyakan mereka menuju ke Jerman.
Agensi Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pela­rian (UNHCR) berkata, sebahagian pelarian merupakan penduduk Syria yang melarikan diri daripada perang saudara di negara itu.
IOM melaporkan seramai 70,365 pelarian dan pendatang asing tiba melalui laut di Greece dan sebanyak 5,898 orang menuju ke Itali.
Seorang jurucakap IOM, Joel Millman berkata, pertubuhan itu menjangkakan bilangan penda­tang asing dan pelarian yang tiba di Eropah akan terus meningkat pada masa depan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/409-pelarian-maut-di-laut-mediterranean-awal-tahun-ini-1.188858#sthash.H9tWNtD6.dpuf

Polis Turki rampas bom 27kg



GAMBAR fail bertarikh 5 Februari menunjukkan pelarian Syria berjalan menuju ke arah sempadan Turki di pintu sempadan Bab al-Salam. - AGENSI


ANKARA – Pasukan keselamatan Turki merampas empat jaket yang digunakan pengebom bunuh diri dan sejumlah bahan letupan di dalam bagasi sekumpulan suspek dekat sempadan Syria, kata tentera Turki semalam.
“Antara barang yang ditemui di dalam dua buah beg termasuk bahan letupan seberat 12 dan 15 kilogram (kg) serta empat tali pinggang yang digunakan dalam serangan bunuh diri,” kata tentera Turki dalam satu kenyataan.
Tambah kenyataan itu lagi, satu kumpulan imigran terdiri daripada 34 orang termasuk empat lelaki, 10 wanita dan 20 kanak-kanak itu singgah di bandar Karkamis yang terletak di tenggara Turki dan bersempadan dengan Syria.
Tentera Turki tidak merujuk kepada sebarang kumpulan pengganas di dalam kenyataannya, namun Karkamis terletak dekat bandar Jerabalus di Syria yang kini dikuasai kumpulan militan Islamic State (IS).
Rampasan itu dibuat ketika kira-kira 30,000 rakyat Syria berkumpul di Oncupinar yang bersempadan dengan Turki iaitu sekitar 100 kilometer ke barat Karkamis selepas melarikan diri daripada serangan tentera Syria yang disokong Rusia di Aleppo.
Turki yang kini menjadi rumah buat 2.7 juta pelarian Syria, enggan membenarkan gelombang pelarian baharu memasuki negara itu, sebaliknya menyediakan bantuan kemanusiaan merentasi sempadan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin menggesa Turki membuka sempadannya kepada pelarian Syria yang membanjiri kem-kem kecemasan dengan sebahagian mereka termasuk wanita dan kanak-kanak terpaksa tidur di dalam khemah atau di kawasan terbuka.
Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus berkata bahawa ‘kes senario terburuk’ yang boleh dilihat ialah ketibaan 600,000 pelarian di sempadannya.
Polis Turki sentiasa berjaga-jaga dengan kehadiran militan di negara itu selepas beberapa siri serangan yang dilakukan IS.
Pada Januari lalu, 11 pelancong Jerman terbunuh dalam satu letupan di lokasi bersejarah Istanbul, manakala pada Oktober tahun lalu, serangan pengebom bunuh diri mengorbankan 103 nyawa di Ankara. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0211&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3zoSTZI81 
Hakcipta terpelihara 

Penduduk Aleppo bimbang bantuan makanan terputus


SEORANG lelaki menjual roti berjalan melintasi runtuhan sebuah bangunan di kejiranan al-Shaar yang dikuasai pemberontak di Aleppo, Syria semalam. REUTERS


ONCUPINAR, Turki – Beratus-ratus ribu rakyat akan terputus bekalan makanan jika tentera Syria terus mengepung kawasan-kawasan yang dikuasai pemberontak di bandar raya Aleppo, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu amarannya kelmarin.
Pihak tentera menyasarkan untuk menguasai semula sempadan Syria dengan Turki dan merampas Aleppo, kata penasihat kanan kepada Presiden Syria, Bashar Al-Assad kepada agensi berita Reuters.
Tambahnya, beliau tidak menjangkakan usaha diplomasi akan berjaya untuk menamatkan perang saudara di Syria ketika negara-negara asing mengekalkan sokongan kepada pemberontak.
Pasukan keselamatan Syria yang disokong serangan udara Rusia serta pejuang Hezbollah dari Iran dan Lebanon telah melancarkan serangan besar-besaran di kawasan luar bandar sekitar Aleppo yang kini sebahagiannya dikuasai kerajaan.
Perkembangan itu dianggap sebagai perubahan paling pen­ting dalam momentum perang saudara selama lima tahun di Syria yang telah mengorbankan lebih 250,000 orang dan menyebabkan 11 juta penduduk menjadi pelarian.
Sejak minggu lalu, pertempuran antara tentera Bashar dan pihak pemberontak sudah pun memusnahkan percubaan pertama rundingan damai yang diusahakan sejak dua tahun lalu.
PBB bimbang tindakan mengepung Aleppo akan memutuskan laluan terakhir yang digunakan oleh penduduk di bandar itu dan kawasan sekitarnya untuk mendapatkan makanan dan bantuan lain dari Turki.
“Seramai 300,000 orang masih berada di dalam bandar ini, mereka terputus bekalan bantuan kemanusiaan melainkan akses laluan sempadan boleh dirundingkan,” kata Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan PBB.
Jika kerajaan terus mengepung Aleppo, majlis tempatan di bandar itu menganggarkan bahawa kira-kira 100,000 hingga 150,000 penduduk akan me­larikan diri.
Aleppo dahulu merupakan bandar terbesar di Syria dan dihuni oleh dua juta penduduk. – REUTERS


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0211&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3zoS1ok1d 
Hakcipta terpelihara