BEIRUT 15 April - Satu serangan udara oleh tentera Syria di wilayah Hasakeh, yang dihuni majoriti etnik Kurdish, mengorbankan 16 orang di timur laut Syria, semalam
Menurut Ketua Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, sebuah pesawat menyasarkan kampung Haddad yang majoriti penduduknya dihuni etnik Kurdish menyebabkan 16 orang terbunuh termasuk tiga kanak-kanak dan dua wanita.
Rakaman video yang dimasukkan ke laman YouTube menunjukkan beberapa orang kanak-kanak dan wanita berlari menyelamatkan diri selepas berlaku serangan tersebut. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130415/lu_01/Serangan-udara-di-wilayah-Hasakeh-16-maut#ixzz2QUEmVr6u
© Utusan Melayu (M) Bhd