Friday, 8 November 2013

Jordan penjara doktor, pejuang

Jordan penjara doktor, pejuangDoktor antara yang dipenjarakan kerana membantu militan asing di Syria.

AMMAN - JORDAN . Mahkamah Jordan kelmarin menjatuhkan hukuman penjara terhadap seorang doktor dan pejuang jihad kerana menyokong Tentera Pembebasan Syria (FSA) yang disokong kumpulan militan asing di Syria.

Jurucakap hakim berkata, pejuang jihad di penjara lima tahun kerana menyusup masuk ke Syria untuk menjatuhkan rejim bersama anggota militan asing manakala doktor itu pula dipenjara setahun kerana memberi rawatan kepada kumpulan pejuang terbabit dua tahun lalu.

"Tertuduh didapati bersalah kerana melanggar perbuatan menyalahi prinsip negara," katanya, dipetik dari laporan AP.

Jordan merupakan antara negara sekutu kuat Presiden Bashar al-Assad selain Iran.

MA SHAA ALLAH

MA SHAA ALLAH

Perwira ini bertanggungjawab menjaga Depot simpanan senjata yang tersimpan sejumlah besar senjata yang disita dari beberapa operasi besar ke atas Rejim Assad dan sekutu-sekutunya.

Moga Allah memelihara dan mengurniakan kemenangan kepada mereka.
 

Bangunan perisikan Syria dibom

Bangunan perisikan Syria dibomSerangan nekad berhampiran bangunan Perisikan Tentera Udara di Sweida.

DAMSYIK - SYRIA . Sekurang-kurangnya lapan penduduk awam maut dan 41 tentera rejim parah selepas sebuah kereta tiba-tiba meletup di hadapan bangunan Perisikan Tentera Udara di Sweida, selatan Syria.

Pengarah Hak Asasi Manusia bagi Syria, Rami Abdel Rahman berkata, mangsa maut termasuk pemimpin kanan tentera Bashar al-Assad.

"Seorang pengebom nekad meletupkan diri di dalam sebuah kereta. Susulan letupan itu, satu pertempuran tercetus hingga membawa kepada puluhan maut di pinggir negara itu," katanya, dipetik dari laporan Al Arabiya.

Menurutnya, tentera kini mengepung kawasan terbabit bagi mengelakkan serangan dari merebak ke Damsyik.

Hanya bayi-bayi Syria yang akan kehilangan kaki sebelum mereka mula untuk berjalan.

SYRIA



Apa dosa ibu ini hingga dia dibunuh oleh Sniper Rejim Bashar? 'Dosanya' hanyalah kerana dia keluar mendapatkan sedikit makanan untuk keluarganya.

Tentera Bashar tawan semula Sbeineh

Beirut: Tentera yang mendapat bantuan pejuang Hizbullah Lubnan serta kumpulan militia prokerajaan semalam kembali menguasai daerah Sbeineh yang pernah menjadi kubu utama penentang Presiden Bashar al-Assad.
Pengarah Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia Rami Abdel Rahman berkata Sbeineh yang terletak di selatan Damsyik itu adalah kedudukan paling penting pejuang antikerajaan di pinggir ibu negara Syria itu.

“Semua laluan untuk menghantar bekalan kepada pejuang antikerajaan kini terputus,” katanya. Stesen kerajaan Syria turut melaporkan perkembangan sama. Penyampai berkata, tentera kerajaan kembali menguasai Sbeineh dan kampung Ghazalah yang terletak berhampiran selepas “merempuh kedudukan terakhir pengganas” di situ. Penawanan itu berlaku setahun selepas bandar berkenaan dikepung tentera, serta sembilan hari selepas pejuang antikerajaan digempur dalam usaha Damsyik memutuskan laluan bekalan mereka. Rami berkata, turut terbabit dalam serangan tentera Syria itu ialah Pasukan Pertahanan Kebangsaan dan Briged Abul Fadl al-Abbas.
“Keselamatan orang awam di Sbeineh kini mungkin terancam kerana pengalaman lalu menunjukkan tentera kerajaan akan membunuh mereka dan meletakkan kesalahan kepada pejuang,” katanya dalam satu kenyataan. - AFP
Foto
ANGGOTA Unit Perlindungan Rakyat Kurdis memeriksa senjata api berhampiran Ras al-Ain di Hasakah selepas menguasai bandar itu daripada pemberontak Islam, semalam.

Anak yang selamat dilahirkan di salah sebuah kem perlarian Syria..

Salam jumaat buat seluruh ummat Islam..semoga harini ada kemenangan islam...Ameen!!!! —

Mata berkaca menahan kesedihan..

Waktu solat tetap kedengaran alunan azan walaupon bunyi bom tidak berhenti..

Lelaki ini memungut lembaran-lembaran Al-Quran yang bertaburan di bawah timbunan bangunan yang runtuh.

Seusia ini sudah berniaga dengan menjual tisu demi mencari sesuap nasi.. Mampu kah kita menghadapi dugaan ini jika berada ditempatnya??

Bermandi darah tanpa mengira waktu.. jika yang syahid itu ayah kamu,pasti kamu akan merasai kehilangannya..

Mereka sentiasa ingat pada Tuhannya disaat hidup dan hampirnya kematian..

Walaupun alami kecederaan parah, Mujahid FSA ini masih mampu mengangkat jari telunjuknya.. MasyaAllah.. Mereka sentiasa ingat pada Tuhannya disaat hidup dan hampirnya kematian.. 

Semoga Allah merahmati mereka..

Dr Amjad Alhsna syahid setelah rumahnya dihujani mortar tentera assad di Homs. Turut terkorban adalah tunangnya. Beliau pernah ditangkap ketika permulaan revolusi. 

Semoga Allah merahmati mereka..

CINTA MEREKA TELAH KE SYURGA



Pasangan Hanan Adnan Shalash dan Kapten Hussein Numeiri, kedua-duanya telah syahid

Dia masih terlalu kecil...

Dia masih terlalu kecil... Tapi demi sebuah kehidupan di tengah-tengah bandar yang keseluruhannya hampir musnah, dia terpaksa.. terpaksa menjadi dewasa..

Biarlah gambar menceritakan penderitaannya...

Damascus, Syria

11 November, 1925 - Damascus, Syria
Dunia dikejutkan dengan berita pengeboman oleh Tentera kufar Perancis ke atas bandar yang sangat indah di bahagian timur Damascus. Jenayah ini dilakukan atas perintah General Sarrail (General Tentera Perancis). Pengeboman ini menyebabkan lebih 2000 nyawa terkorban dan seperti yang kita lihat digambar, masjid yang indah turut musnah.