Tuesday, 27 January 2015

Orang awam, anak kecil terus dibom


DAMASCUS - SYRIA. Orang awam hanya mampu melarikan diri, bersembunyi dan berdoa apabila jentera perang Bashar as-Assad membelah langit dan menjatuhkan bom.
 
Orang awam dan kanak-kanak terus menjadi mangsa serangan bertalu-talu dari rejim Assad. - Foto sumber AFP
Orang awam dan kanak-kanak terus menjadi mangsa serangan bertalu-talu dari rejim Assad. - Foto sumber AFP
Menurut Dailymail.co.uk, serangan udara terbaru yang menyaksikan letupan paling besar di sebuah penempatan awam telah mengorbankan tujuh orang, semalam.
 
Serangan udara setiap hari yang dilancarkan sejak kempen mengekang penyokong pro-demokrasi bermula pada 2011 sudah mengorbankan lebih 200,000 mangsa.
 
Menurut agensi berita Syria, serangan tersebut merupakan tindakbalas terhadap serangan roket yang dilancarkan pihak pemberontak.

Turki bina kem pelarian lebih besar


ANKARA 27 Jan. - Turki semalam membina kem pelarian yang besar bagi memuatkan ribuan penduduk Syria dari etnik Kurdis yang melarikan diri dari serangan oleh militan Negara Islam (IS) di bandar Kobani.
Menurut agensi pengurusan kecemasan Turki, kem yang terletak dengan bandar Suruc itu mampu menampung kira-kira 3,500 orang dan disediakan dengan pelbagai kemudahan termasuk dua buah hospital, tujuh buah klinik serta kemudahan lain untuk kegunaan pelarian,
Selain itu, kem tersebut turut menyediakan bilik darjah yang mampu memuatkan 10,000 murid-murid dari prasekolah sehingga sekolah tinggi. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/turki-bina-kem-pelarian-lebih-besar-1.52940#sthash.VlCzVWnd.dpuf