Friday, 2 October 2015

Pelarian Syria akan diberi penempatan, pendidikan dan pekerjaan sementara

zahid asean

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) bergambar bersama selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Peningkatan Fahaman Radikal dan Keganasan Melampau di Kuala Lumpur hari ini. - Foto FAUZI BAHARUDIN
KUALA LUMPUR 2 Okt. - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelarian Syria yang dibawa ke Malaysia akan diberi penempatan, pendidikan dan peluang pekerjaan sementara.
Menurut beliau, mereka juga akan diberi kad pengenalan khas yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan mirip kad pengenalan pekerja asing.
“Kita sokong cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kementerian Dalam Negeri akan membantu dari memudahkan cara,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Peningkatan Fahaman Radikal dan Keganasan Melampau (SAMMRRVE) di sini hari ini.
Semalam, Najib ketika berucap pada sesi perbahasan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York memberitahu, Malaysia bersetuju untuk menerima 3,000 orang pelarian perang dari Syria secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun akan datang. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pelarian-syria-akan-diberi-penempatan-pendidikan-dan-pekerjaan-sementara-1.141955#sthash.AF4AGwoM.dpuf

Malaysia setuju terima 3,000 pelarian perang Syria


NEW YORK 1 Okt. – Malaysia bersetuju untuk menerima 3,000 orang pelarian perang dari Syria yang dilanda konflik bagi menangani krisis pelarian negara Timur Tengah tersebut.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada sesi perbahasan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini hari ini berkata, mangsa-mangsa pelarian perang itu akan diambil secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Menurut Najib, satu bentuk penyelesaian antarabangsa baharu adalah diperlukan untuk menangani krisis migrasi dunia.
Beliau memberitahu negara-negara PBB bahawa masyarakat dunia tidak boleh memandang sahaja krisis di Syria itu tanpa berbuat apa-apa.
Dalam ucapannya, Najib juga mengutuk bahaya ideologi kumpulan pengganas Negara Islam (IS) yang turut terbabit dalam pertempuran, penyeksaan dan kekejaman di Syria dan Iraq serta berusaha menyebarkan dakyah jahatnya ke negara-negara Islam lain.
“Kita ialah sebuah dunia yang terdiri daripada negara-negara. Tetapi, konflik dan ancaman baharu yang membahayakan keamanan dan keselamatan kita kini sudah tidak lagi mengenal batas sempadan.
“Aktor bukan negara, misalnya IS, mengancam untuk memusnahkan negara-negara berdaulat,” katanya sambil menambah bahawa terdapat 39 orang rakyat Malaysia dikesan telah terjerumus dalam aktiviti militan IS di Syria manakala lebih 100 orang berjaya disekat daripada meninggalkan Malaysia untuk ke negara itu.
Sejak seminggu lalu, seramai 150 orang ketua negara dan kerajaan dunia berkumpul di ibu pejabat PBB di sini untuk perhimpunan tahunan yang kali ini bertemakan PBB Pada Usia 70: Haluan Masa Depan Keamanan, Keselamatan dan Hak Asasi Manusia.
Krisis di Syria adalah antara isu utama perbahasan Perhimpunan Agung PBB pada tahun ini. Perang sejak empat tahun lalu itu adalah pertembungan berebut kuasa antara tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad dengan puak yang menentangnya, termasuk kumpulan pengganas IS.
Media antarabangsa menganggarkan kira-kira 200,000 telah terbunuh dalam konflik berdarah tersebut manakala 11 juta rakyat negara itu kini menjadi orang pelarian. – UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/malaysia-setuju-terima-3-000-pelarian-perang-syria-1.141939#sthash.tFf10HR5.dpuf

Kapal bekalan Russia berlabuh di ISS



KAPAL kargo Progress M-29M berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada semalam.
MOSCOW: Kapal kargo angkasa Russia selamat berlabuh di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), membawa 2.5 tan bekalan termasuk udara dan bawang putih.
Progress M-29M berlepas dari Baikonur, Kazakhstan, malam tadi dan berlabuh di stesen angkasa itu sebelum jam 2 pagi waktu Moscow (7 pagi waktu Malaysia).
Pengawal Misi Russia dan NASA menyatakan misi berlangsung tanpa masalah.
Pelancaran kapal angkasa Progress April lalu berakhir dengan kegagalan dan misi bekalan AS pada Jun lalu juga gagal apabila roket Falcon 9 SpaceX berkecai sejurus selepas pelancaran.
Bekalan dalam kapal kargo itu termasuk limau gedang, oren, mustard dan bahan api. - AP

Russia terus bedil penentang Assad



GAMBAR yang diambail dari laman web pertahanan Russia menunjukkan kesan serangan oleh pesawat pejuang Russia. - Foto EPA
BEIRUT: Pesawat perang Russia melancarkan serangan baharu terhadap penentang Presiden Syria, Bashar al-Assad hari ini ketika Moscow dan Washington membincangkan bagaimana mengelak daripada bertembung.
Ia adalah hari kedua Russia melancarkan serangan di Syria yang dilakukan menjelang pertemuan antara Presiden Vladimir Putin dan rakan sejawatannya dari Perancis, Francois Hollande di Paris.
Kementerian Pertahanan Russia menyatakan tentera udaranya membedil lima sasaran kumpulan IS ketika pegawai pertahanan Barat menyuarakan kebimbangan bahawa tentera Moscow menyerang pihak pemberontak.
"Kami sudah menghalang pejuang IS daripada mewujudkan semula pos perintah di negeri Hama yang sudah dimusnahkan," kata jurucakap Kementerian Pertahanan Russia, Igor Konashenkov.
Menurut kementerian itu, kem latihan IS dan pos perintah di barat laut Idlib turut dibedil.
Putin pula menolak dakwaan bahawa orang awam terbunuh dalam serangan Russia dan menyifatkan laporan itu sebagai "peperangan maklumat".
Serangan udara itu dilancarkan ketika Russia membentangkan draf resolusi kepada Majlis Keselamatan PBB yang akan memerlukan kebenaran Damsyik untuk serangan terhadap IS di Syria.
Washington sebelum ini menolak resolusi sama dan tiada tarikh ditetapkan untuk undian resolusi baharu. - AFP

Trump ikrar halau migran Syria


Trump ikrar halau migran Syria

2 OKTOBER 2015
Trump ikrar halau migran Syria Donald Trump

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberitahu beliau akan menghantar kembali semua pelarian Syria yang telah diterima masuk ke negara itu jika terpilih sebagai pemimpin.

Trump membuat kenyataan itu semasa perhimpunan di New Hampshire kelmarin berkata, beliau bimbang migran mungkin boleh menyamar sebagai anggota kumpulan militan IS.

"Saya beri amaran kepada mereka yang datang ke nagara ini sebagai sebahagian daripada proses penghijrahan besar-besaran, jika saya menang, kesemua 200,000 pendatang akan dihantar pulang.

"Kami tidak akan terima kerana tidak tahu siapa mereka sebenarnya. Mereka mungkin masuk ke negara ini melalui kelemahan Presiden Barack Obama, tetapi sekali lagi saya tekankan mereka akan kembali ke negara asal jika Trump berjaya ke Rumah Putih," katanya. - Agensi

Rusia kata serang IS di Syria, tapi...


Rusia kata serang IS di Syria, tapi...

1 OKTOBER 2015
Rusia kata serang IS di Syria, tapi... Kanak-kanak terseksa akibat perang di Syria - Gambar hiasan

HOMS - SYRIA. Selepas 30 serangan udara sejak dimulakan semalam, kerajaan Rusia dituduh menyasarkan lokasi pemberontak kerajaan rejim Bashar al-Assad dan bukannya militan IS seperti yang digembar-gemburkan.

Menurut Sky News, berpuluh-puluh orang awam termasuk lima kanak-kanak maut dalam gelombang pertama serangan udara Rusia.

Pihak pemberontak yang mendapat bantuan daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) juga menjadi sasaran.

Moscow bagaimanapun sekeras-kerasnya menafikan dakwaan tersebut.

Sementara itu, Syrian National Council, sebuah kumpulan yang menentang rejim Assad mendakwa 36 orang maut dalam serangan udara Rusia di utara Homs.

Ketua kumpulan berkenaan, Khaled Khoja memberitahu tiada sebarang kehadiran militan IS di kawasan tersebut yang dibom sebanyak empat kali oleh Rusia semalam.

Ketika ini, kerajaan Perancis dan AS juga menyatakan keraguan mereka terhadap serangan udara Rusia.

Setiausaha Pertahanan AS, Ash Carter menuduh Rusia membuat serangan di kawasan yang bebas pengaruh militan IS.

Menteri Pertahanan Perancis, Jean-Yves Le Drian juga membuat tuduhan yang sama.

Jurucakap Kementerian Luar Rusia pula meyelar laporan-laporan luar dan menggelarkan ia sebagai 'perang maklumat' (information war).

Rusia memulakan serangan udaranya semalam selepas kerajaan rejim pimpinan Assad meminta bantuan Rusia.

Kira-kira 32 pesawat pejuang Rusia ditempatkan di bandar pelabuhan, Latakia dan dikawal oleh 1,700 anggota marin Rusia ketika ini.

Arab Saudi bidas serangan Rusia


GAMBAR yang dirakam tentera Rusia menunjukkan serangan udara Moscow di Syria kelmarin. - AFP


RIYADH – Arab Saudi mahu Rusia menghentikan operasi ketenteraannya di Syria, kata seorang diplomat negara berkenaan ekoran lokasi serangan Moscow tiada pejuang kumpulan militan Islamic State (IS).
Bercakap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York kelmarin, Abdallah Al-Mouallimi berkata: “Delegasi negara saya menyuarakan kebimbangan berkaitan operasi ketenteraan oleh Rusia di Homs dan Hama hari ini (kelmarin) kerana tiada militan IS di lokasi serangan. Serangan udara meragut nyawa yang tidak berdosa. Kami menuntut ia dihentikan serta-merta dan tidak lagi diulangi.”
“Kepada negara-negara yang mendakwa telah menyertai perang menentang IS baru-baru ini, mereka tidak boleh hanya memerangi kumpulan militan itu tetapi pada masa yang sama, turut menyokong keganasan rejim Presiden Bashar al-Assad di Syria,” tambahnya. Rusia melancarkan siri serangan udara pertamanya di Syria kelmarin dalam operasi ketenteraan yang didakwa Moscow bertujuan untuk menewaskan IS.
Barat, bagaimanapun, menuduh operasi ketenteraan itu bagi membantu Bashar menewaskan musuh-musuhnya. Syria merupakan sekutu paling rapat Rusia di Asia Barat.
Rusia baru-baru ini menempatkan 32 jet pejuang di Syria, kata beberapa pegawai Amerika Syarikat.
Armada itu termasuk empat pesawat pengebom Su-34 dan 12 jet Su-25 bersama 12 pesawat penyerang Su-24.
Semua pesawat itu ditempatkan di sebuah lapangan terbang kecil yang ditukar menjadi pangkalan hadapan operasi Rusia, di rantau Latakia, barat laut Syria.
Selain jet pejuang, Rusia menempatkan seramai 500 komando marinnya di pangkalan itu di samping 2,000 kakitangan tentera lain.
Moscow turut menghantar sejumlah kereta kebal, kereta perisai dan helikopter yang disokong beberapa pasukan meriam. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3nMkKHh5Z 
Hakcipta terpelihara