DAMSYIK- SYRIA. Presiden Syria, Bashar al-Assad mendakwa pihak lawan gagal menggulingkannya walaupun telah menggunakan semua ‘alat’ bagi memaksa presiden itu berundur.
Melalui media tempatan, beliau menolak konflik yang sedang berlaku di negara itu merupakan satu revolusi.
Sebaliknya, Assad menegaskan, apa yang berlaku adalah satu konspirasi barat dan beberapa negara Arab yang lain cuba untuk menjejaskan kestabilan negara.
“Negara-negara Barat kini bersubahat untuk menjatuhkan Syria menggunakan semua kuasa mereka kecuali tentera untuk campur tangan dalam hal ehwal Syria,” kata Assad.
Assad turut bersetuju dengan penggulingan Presiden Mesir, Mohamed Morsi sambil berkata, kejatuhan Morsi itu bermakna berakhirnya politik Islam di Mesir.
“Sesiapa yang menggunakan nama agama untuk kepentingan politik pasti akan jatuh,” tegas Assad merujuk kepada penggulingan Morsi.
Assad juga sekali lagi menegaskan beliau tidak akan berundur dan akan cuba mempertahankan jawatannya dalam pilihan raya presiden yang bakal diadakan tahun hadapan.