Wednesday, 7 March 2012

Kemelut Syria...akan hancur seperti Iraq ?



Pergolakan di Syria semakin meruncing.media-media barat dan Amerika banyak memaparkan kisah dan rancangan bagi membantu Syria.Terkini Presiden Obama telah mengarahkan agar tindakan "Unilateral" dilancarkan kononnya bagi membantu orang awam dalam perang saudara di Syria ini. Apakah benar rakyat Syria memerlukan bantuan tentera Amerika atau tentera Barat bagi membantu mereka ? Kongres Amerika semakin meneliti akan keperluan ini bagi memenuhi matlamat jangka panjang mereka untuk menguasai dunia.
Selepas Afghanistan dijajah, Iraq pula yang diranapkan mereka. Selepas itu negara di benua Afrika iaitu Libya pula dihancurkan. Satu persatu negara-negara yang mempunyai bilangan rakyat beragama Islam di kucar kacirkan termasuk Somalia yang nyata menunjukkan Amerika dan Barat gagal mengwujudkan keamanan.
Kenapa ?. Bagi ramai penganalisis politik menyatakan bahawa bukanlah keamanan matlamat mereka tetapi perniagaan. Perniagaan senjata,peralatan tentera serta hasrat untuk menguasai hasil bumi negara-negara tersebut sebagai langkah menguasai dunia dan manusia seluruhnya.

Banyak filem-filem mereka telah memberi gambaran tentang perkara ini. Kalau Amerika sanggup untuk menimbangkan bagi membantu menubuhkan sebuah negara lagi di rantau ini iaitu Baluchistan, kenapa ia tidak sanggup untuk menghancurkan sebuah negara lagi. Kedudukan strategik negara-negara ini di rantau Arab perlu dikuasai. Dimana pemimpin Islam kita yang berkuasa ? Baculkah mereka atau mereka lebih mencintai kehidupan dunia ini ?
Lihat saja kedudukan negara-negara tersebut dan lihatlah juga kedudukan Kaabah yang merupakan kiblat kita. Seandainya mereka berjaya menguasai laluan masuk ke Selat Hormuz maka Iran yang merupakan musuh ketat mereka akan tersepit dan perancangan strategik mereka selanjutnya pasti akan menjadi lebih mudah kerana seluruh jazirah Arab telah terkepung.
Wahai saudara-saudaraku TEBAS lah minda kita. Usah terpegun dengan berbagai slogan dan imbuhan dunia. Sedangkan kita sedang dikepung sebilangmasa dan dimana saja.Kuatkan jamaah kita,kuatkan Aqidah perjuangan kita biarpun kita lemah dari sudut persenjataan tetapi kita punyai apa yang mereka tiada yakni Allah dan SyurgaNya.
KISAH BENAR YANG BERLAKU DI DAMSYIK!!!
SELEPAS API DITERANGI KEATAS PENGEBUMIAN DAN SERANGAN DILAKUKAN KEATAS KUMPULAN YANG BERKABUNG..
SALAH SEORANG TENTERA TELAH MENYERANG SEORANG PEMUDA DAN MENJATUHKANNYA KEATAS TANAH DAN MULA MEMUKUL PEMUDA ITU.. DAN PEMUDA ITU BERKATA “ALLAHUAKBAR” MAKA ASKAR-ASKAR ITU TERUS MEMUKUL DAN BERKATA “ANA AKBAR YA ******(AKU LEBIH BESAR YA ******)”.. KEMUDIAN PEMUDA ITU BERKATA LAGI “ALLAHUAKBAR”..
MAKA ASKAR ITU BERKATA “AKU LEBIH BESAR WAHAI BINATANG”..DAN ASKAR ITU MEMUKULNYA DENGAN LEBIH KUAT DAN MENENDANGNYA DAN REMAJA ITU TERUS BERTAKBIR MEMBESARKAN ALLAHTAPI ASKAR ITU TIDAK PULA MELEPASKANNYA... BAHKAN ASKAR ITU TERUS MENGUTUK DAN MELAKNAT REMAJA ITU DENGAN BERKATA “AKU LEBIH BESAR…”
SALAH SEORANG PEMUDA TELAH MELIHAT BAHAWA ADA SEORANG TAWANAN YANG DILETAKKAN DI DALAM BAS!!!.. APA YANG TELAH BERLAKU DISANA???
DIDAPATI ADA ORANG YANG BERDIRI DIDALAM BAS ITU DAN MELETAKKAN SENJATANYA “RUSIA” DALAM KEADAAN MENEGAK KEATAS DAGU ORANG ITU.. DAN APABILA BAS ITU BERHENTI SECARA MENGEJUT ORANG RUSIA ITU PUN MELEPASKAN TEMBAKAN KEPADA MULUTNYA HINGGA KE KEPALANYA DAN TERCABUT KEPALA PEMUDA ISLAM ITU DENGAN OTAKNYA TERPERCIK HINGGA KE BUMBUNG BAS!!!!!
PEMANDU ITU BERHENTI DALAM KEADAAN TAKUT DAN BERKATA “ALLAHUAKBAR” DAN MEMBUKA PINTU BAS DAN BERTEMPIARANLAH ORANG RAMAI KELUAR DARI TEMPAT KEJADIAN!!!
CERITA INI PETIKAN DARIPADA KATA-KATA “SYEIKH SYIRIA SYEIKH ABDULKARIM ARRAFAIE’ DARIPADA SYEIKH DAN ULAMA2 DAMSYIK”
..........................
قصة حقيقية حدثت بدمشق !!

بعد اطلاق انار على التشييع وهجوم الامن والشبيحة على المشيعين ..
احد الجنود هجم على شاب و أوقعه على الارض وبدأ بضربه .. والشاب يقول "الله أكبر" فيضربه الجندي ويقول: انا اكبر يا ****** .. ثم الشاب يقول :الله أكبر .. فيقول الجندي: انا اكبر يا حيوان .. والجندي يضربه بقوة ويرفسه والشاب يكبّر ولا بأبى له ..والجندي يشتمه وينعت الشاب ويقول: انا اكبر..

اخد الشاب ووضعه بباص المعتقلين !!! .. ماذا حدث هناك؟؟

كان واقفاً في الباص وواضعاً سلاحه "الروسيّة" بوضعية عامودية مستنداً عليها بذقنه..
واذا بالباص يفرمل "كبس فرام" واذا بروسيته تطلق رصاصه تدخل ذفنه وفمه الى رأسه وتقذف بدماغه مع خوذته ب سقف الباص !!!!!!!

توقّف السائق مرتعباً وقال الله أكبر !! وفتح باب الباص وهرع الجميع الى الخارج هارباً من المنظر !!

هذه القصة بلسان الشيخ سارية عبدالكريم الرفاعي من شيوخ وعلماء دمشق