Tuesday, 22 October 2013

Anggota komando Afghan belot


ASADABAD 21 Okt. - Seorang anggota komando Afghanistan yang mendapat latihan dari Amerika Syarikat (AS) berpaling tadah dan menyertai rangkaian kumpulan militan Taliban.
Museeb Khan yang merupakan pegawai pasukan khas, dilapor melarikan sebuah kereta perisai yang penuh dengan senjata dan peluru di wilayah Kunar, timur Afghanistan, hari ini.
"Dia meninggalkan pangkalan dan memandu ke arah kampung asalnya untuk menyertai kumpulan Hezb-i-Islami," kata Gabenor Kunar, Shuja-Ul Mulk.
Insiden itu memberi tamparan besar kepada pembangunan pasukan elit di negara ini menjelang pengunduran tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dari Afghanistan pada hujung tahun depan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131022/lu_12/Anggota-komando-Afghan-belot#ixzz2iQWK3zep
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pelarian Syria di Turki kini melebihi 600,000 orang


ANKARA 22 Okt. - Jumlah pelarian Syria yang berada di Turki sudah melebihi 600,000 orang, dengan lebih daripada 400,000 tinggal di luar kem pelarian yang kebanyakannya dibina di bandar-bandar sempadan Turki.
"Hasil kajian yang kami jalankan sebelum cuti Hari Raya Aidiladha mendapati jumlah pelarian kini melebihi 600,000 orang,’’ kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Turki (AFAD), Mustafa Aydogdu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131022/lu_01/Pelarian-Syria-di-Turki-kini-melebihi-600000-orang#ixzz2iQUnbj57
© Utusan Melayu (M) Bhd 

inilah yang sebenarnya telah menimpa nasib umat Islam tercinta di bumi Syria..

Maafkan kami atas foto yang mungkin sebagian dari kita menganggapnya keras/menjijikkan..

Namun inilah yang sebenarnya telah menimpa nasib umat Islam tercinta di bumi Syria..

Foto ini diambil dari kota Homs yang dikepung rezim Syiah Assad. Saudara-saudari kita disana tidak mendapati makanan yang dapat dimakan hingga tidak sedikit yang mati kelaparan, untuk itu ulama Syria berfatwa membolehkan untuk memakan kucing dan anjing untuk bertahan hidup.

Hasbunallah wa Ni'mal Wakil..

Penduduk Mouadamiya merayu agar diselamatkan

Agensi
BEBERAPA pakar senjata kimia melawat seorang warga Syria yang menjadi mangsa serangan gas beracun di Mouadamiya.


DAMSYIK - Penduduk sebuah bandar di Syria yang dikepung tentera Presiden Bashar Al-Assad merayu kepada masyarakat dunia supaya "menyelamatkan kami daripada kematian" dalam sepucuk surat terbuka bagi menceritakan penderitaan dan kesengsaraan mereka.
Mereka berkata, beratus-ratus lelaki, wanita dan kanak-kanak di bandar berkenaan, Mouadamiya telah mati manakala ribuan yang lain cedera.
Terletak ke barat daya bandar raya ini, Mouadamiya ditawan pihak penentang Bashar, Tentera Pembebasan Syria (FSA) tahun lalu dengan pemerintah cuba untuk menguasai semula bandar berkenaan sejak daripada itu.
"Selama hampir setahun, Mouadamiya dikepung dengan bekalan makanan, elektrik, ubat, perkhidmatan telefon dan bahan api disekat," menurut kandungan surat itu yang disiarkan oleh kepimpinan penentang, Majlis Kebangsaan Syria (SNC) semalam.
"Kami diserang menggunakan roket, peluru meriam, bom napalm dan senjata kimia," tambahnya.
Menurut SNC, hampir 12,000 orang kini berdepan kebuluran dan kematian di Mouadamiya.
Sekitar 90 peratus bandar itu telah musnah manakala penduduk terpaksa memakan daun kayu untuk terus hidup.
Dalam perkembangan berkaitan, ketua kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Valerie Amos memberitahu pada minggu lalu bahawa walaupun pemerintah telah memindahkan 3,000 penduduk pada bulan ini, beribu-ribu orang masih terperangkap di Mouadamiya.
"Pasukan PBB tidak diberikan akses untuk memasuki bandar berkenaan," kata Amos.
Setakat ini, lebih 100,000 orang telah mati dalam perang saudara di Syria yang bermula dengan tunjuk perasaan terhadap pemerintahan empat dekad oleh keluarga Bashar. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1022&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2iPPsRfNK 
Hakcipta terpelihara