08/05/2013 4:41pm
DAMSYIK - Masalah gangguan akses internet di Syria masuk hari kedua hari ini dan agensi berita negara itu, SANA, melaporkan ia berpunca daripada kerosakan kabel gentian optik.
Perkhidmatan telefon kediaman di banyak wilayah di negara itu juga gagal berfungsi sejak Selasa lepas.
Firma-firma teknologi Amerika Syarikat telah melaporkan keadaan tersebut sejak Selasa lalu namun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai puncanya. Gangguan sebegitu pernah terjadi pada November 2012.
"Perkhidmatan internet dan telefon antara wilayah telah terputus petang Selasa lalu kerana kerosakan kabel gentian optik. Usaha sedang dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut dan menghidupkan semula perkhidmatan internet dan telefon," ujar SANA yang memetik laporan syarikat komunikasi.
Para aktivis yang sering menggunakan internet untuk melaporkan kes keganasan telah menuding jari kepada pihak berkuasa atas masalah tersebut.
"Malah peranti komunikasi satelit yang digunakan oleh banyak aktivis antirejim untuk mengelakkan pemantauan dilaporkan berfungsi dengan peralahan.
"Saya rasa ini adalah perancangan rejim untuk memulakan sesuatu serangan. Itulah yang sering terjadi apabila akses internet terganggu," ujar seorang aktivis Syria di biro Beirut, Lebanon.
Syria kini berada pada tangga ke-176 daripada 179 negara dalam senarai indeks kebebasan media yang dikeluarkan oleh pihak pemantau kebebasan media, Reporters Without Borders (RSF). - AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0508&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz2Sh179x4D
Hakcipta terpelihara