Tuesday, 25 June 2013

TERKINI



Dilaporkan bahawa masjid Syaikh Ahmad Asīr, masjid Bilal bin Rabah di Lubnan telah dibom oleh tentera Hizbu Syaitan.

Hal ini kerana, syaikh Asīr merupakan antara ulama' yang bangkit menentang kezaliman rejim Basyar dan Hizbu Syaitan.

Hizbu Syaitan semakin bermain kasar, dan ummah masih diam membisu.

TERKINI



Akhbar Islammemo melaporkan bahawa Hizbu Syaitan yang merupakan antara sekutu kuat rejim Basyar tekah memberi amaran keras kepada HAMAS.

Amaran keras tersebut membawa kepada ancaman untuk menghalau dan memerangi pemimpin HAMAS yang berada di Beirut, Lubnan. 

Ia adalah berikutan HAMAS memberi kata dua kepada Hizbu Syaitan agar keluar daripada bumi Syria ataupun mereka bakal berhadapan dengan mujahidin HAMAS.

#freesyria #pray4syria
 

Tidak ada lagi sayur dan buah-buahan segar..

Tidak ada lagi sayur dan buah-buahan segar..
Kini yang tertinggal hanya roti-roti yang terpaksa dijemur untuk dimakan..hanya di Syria. 

TERKINI



Dilaporkan rejim Basyar dan tentera Hizbu Syaitan melakukan sekali lagi penyembelihan besar-besaran di Talkalkh, pinggir Homs.

Penyembelihan besar-besaran tersebut dilakukan setelah mereka berjaya menguasai tiga lagi kawasan iaitu Til Syimāliy, Mahathah, dan Hayyu Gharbiy.

Dalam peristiwa menyedihkan tersebut dilaporkan 5 gugur syahid, 300 lelaki ditangkap dan 60 wanita ditangkap termasuk kanak-kanak.

Doakan rakyat Syria.

#freesyria #pray4syria

12 askar Lebanon terbunuh


Tentera Lebanon melepaskan tembakan ketika anggota perubatan memindahkan askar yang terkorban dalam pertempuran antara penyokong radikal pemimpin Salafi Sunah Sheik Ahmad al-Assir dan lelaki bersenjata Syiah di bandar Sidon, selatan Lebanon, kelmarin. - AGENSI
SIDON, Lebanon 24 Jun - Sekurang-kurangnya 12 orang askar Lebanon terbunuh dalam tempoh tidak sampai 24 jam ketika bertempur dengan penyokong radikal pemimpin Salafi Sunah di bandar Sidon, selatan Lebanon, hari ini.
Agensi Berita Kebangsaan Lebanon dan saksi melaporkan, pertempuran memuncak sehari selepas penyokong Sheikh Ahmad Al-Assir melepaskan tembakan di sebuah pusat pemeriksaan tentera.
Menurut saksi, tembakan dan letupan semakin kuat pada awal pagi ini di kawasan tumpuan pertempuran di sekitar kawasan kediaman Abra di pinggir timur Sidon.
"Kita boleh mendengar bunyi roket dan tembakan dilepaskan setiap minit dan pertempuran itu sangat sengit," kata seorang penduduk Abra kepada AFP.
Jurucakap tentera berkata, di samping itu 35 yang lain cedera, kebanyakannya orang awam.
Seorang pemimpin Salafi memberitahu AFP bahawa pengawal keselamatannya terbunuh, semalam ketika cuba ke kawasan pertempuran untuk berunding mengenai gencatan senjata.
Abang Assir pula berkata, pemimpin itu bersama penyokongnya berada di dalam Masjid Bilal Bin Rabah di mana Assir sedang mengajar.
"Terdapat usaha untuk membunuh kami semua, tetapi kami tetap bertahan sehingga sekarang,'' kata Amjad al-Assir.
Assir dan penyokongnya yang menarik ahli daripada mazhab-mazhab lain di seluruh negara, sering dituduh oleh tentera Lebanon kerana menyokong dan menutup mata terhadap kegiatan kumpulan pergerakan Hezbollah. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130625/lu_07/12-askar-Lebanon-terbunuh#ixzz2XB5CCSVF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Presiden Syria tidak akan letak jawatan


DAMSYIK 25 Jun - Presiden Syria, Bashar al-Assad tidak akan meletak jawatan pada satu persidangan damai yang dicadangkan di Geneva namun hanya akan membincangkan pembentukan satu kerajaan perpaduan nasional.
Menteri Luarnya, Walid al-Muallem dalam satu sidang media di sini semalam turut membidas keputusan penyokong pemberontak Syria bagi melengkapkan mereka dengan senjata dan menyifatkan ia hanya akan memanjangkan konflik yang telah masuk 28 bulan.
"Presiden Bashar al-Assad tidak akan meletak jawatan. Jika syarat anda (untuk rundingan di Geneva) adalah peletakan jawatan Presiden, maka jangan peduli untuk datang,’’ katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130625/lu_03/Presiden-Syria-tidak-akan-letak-jawatan#ixzz2XB49XCej
© Utusan Melayu (M) Bhd 

12 askar Lebanon maut bertempur dengan pengikut Sunnah

ASAP tebal naik ke udara semasa pertempuran antara tentera Lebanon dengan pengikut ulama Sunnah, Sheikh Ahmed Al-Assir, di Abra, selatan Lebanon semalam.- REUTERS


BEIRUT - Sekurang-kurangnya 12 askar terbunuh dalam tempoh kurang 24 jam melibatkan pertempuran antara tentera Lebanon dengan sebuah kumpulan radikal Sunnah di bandar Sidon, selatan negara ini, kata seorang jurucakap tentera semalam.
Kematian itu berlaku semasa askar menggempur penyokong ulama Wahbi, Sheikh Ahmad Al-Assir yang memusuhi pergerakan Hizbollah dan turut bersengketa dengan tentera Lebanon.
Saksi-saksi memberitahu, mereka mendengar bunyi tembakan dan bedilan meriam di kejiranan Abra di pinggir timur Sidon semalam.
"Pertempuran itu amat sengit, kami mendengar bunyi bedilan artileri dan tembakan selang beberapa minit," kata seorang penduduk Abra kepada agensi berita AFP.
Seorang jurucakap tentera memberitahu, sekurang-kurangnya 12 askar terbunuh manakala sumber perubatan pula melaporkan 35 orang awam cedera dalam pertempuran tersebut.
Dalam pada itu, seorang saudara lelaki Sheikh Ahmad memberitahu AFP bahawa ulama itu dan penyokongnya berlindung di Masjid Bilal Bin Rabah di Abra.
"Ada pihak yang ingin menghapuskan kami tetapi kami masih lagi berjuang," kata lelaki tersebut, Amjad Al-Assir kepada AFP melalui telefon.
"Sheikh Ahmad akan tinggal di dalam masjid sehingga ke titisan darah yang terakhir," jelasnya.
Pertempuran itu bermula pada petang Ahad apabila penyokong ulama itu melepaskan tembakan ke arah seorang tentera yang bertugas di Abra.
Sheikh Ahmad dan penyokongnya berulang kali menuduh tentera Lubnan memihak kepada Hizbollah dan tidak mempedulikan campur tangan mereka di Syria. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2XB291g5t 
Hakcipta terpelihara