Tuesday, 7 May 2013

China kecam serangan Israel ke atas Damsyik



Beijing: China semalam mengecam serangan udara Israel di Syria ketika Presiden Benjamin Netanyahu tiba di Shanghai untuk melakukan lawatan rasmi.

Jurucakap Kementerian Luar, China Hua Chunying berkata, Beijing membantah sebarang penggunaan kekerasan dan percaya kedaulatan sesebuah negara perlu dihormati.


“China menggesa semua pihak yang terbabit supaya menghalang diri daripada mengambil tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan,” katanya kepada media.


Kelmarin, tentera Israel menyerang beberapa lokasi di luar Damsyik dan dipercayai rejim Zionis itu menyasarkan senjata yang sedang dihantar kepada pertubuhan Hizbullah.


Serangan udara itu meningkatkan kebimbangan terhadap konflik yang setakat ini berusia 26 bulan mungkin merebak ke wilayah lebih luas.


Kenyataan rasmi itu dibuat ketika Netanyahu tiba untuk melakukan lawatan lima hari ke China dan bertemu dengan Presiden Xi Jinping serta Perdana Menteri, Li Keqiang di Beijing.

Ia adalah lawatan pertama dibuat Perdana Menteri Israel ke China sejak 2007 dan selepas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, melawat negara itu.


Mahmoud turut bertemu Xi dan Li dalam lawatan tiga hari itu.

Dia dijadual meninggalkan China hari ini dan tidak dijangka bertemu dengan Netantahu ketika di negara berkenaan. Serangan kelmarin adalah yang kedua dilaporkan berlaku dalam tempoh 48 jam.- AFP

Pemberontak Syria guna gas sarin?



GENEVA 6 Mei - Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa pemberontak Syria menggunakan agen gas sarin dalam konflik di negara tersebut.
Penyiasat hak asasi PBB, Carla del Ponte berkata, berdasarkan keterangan yang dikumpulkan, pemberontak didapati menggunakan senjata kimia.
''Kami perlu memperluaskan siasatan, menilai dan mengesahkan penemuan kami melalui keterangan saksi baharu, namun berdasarkan apa yang kami ada setakat ini, pemberontak didapati menggunakan agen gas sarin,'' katanya.
Beliau menegaskan bahawa Suruhanjaya Siasatan berhubung Syria yang diwakilinya, masih belum selesai melakukan siasatan menyeluruh.
''Suruhanjaya ini yang dijangka membentangkan penemuan terbaharu kami kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB dalam satu persidangan pada Jun ini, mungkin dapat mengumpul bukti kerajaan Syria juga menggunakan senjata kimia tersebut,'' katanya.
Di Ankara, pihak berkuasa Turki berkata, mereka kini menguji sampel darah penduduk Syria bagi menentukan sama ada mereka merupakan mangsa senjata kimia tersebut, kata sumber perubatan, hari ini.
''Sampel-sampel telah diambil daripada mereka yang cedera dalam pertempuran di Syria dan dibawa ke Turki.
''Keputusan ujian ini masih belum diketahui,'' kata sumber yang enggan dikenali itu.
Sarin merupakan gas saraf beracun yang dicipta oleh saintis Nazi pada 1930-an.
Simptom-simptom akibat penggunaan gas sarin adalah muntah, sakit kepala teruk, penglihatan kabur, sawan, masalah pernafasan dan pengsan yang boleh membawa maut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130507/lu_04/Pemberontak-Syria-guna-gas-sarin#ixzz2ScAnkVlz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

INILAH MUSLIM SURIA KORBAN SYI'AH - BANIYAS, SURIA

INILAH MUSLIM SURIA KORBAN SYI'AH - BANIYAS, SURIA

INILAH MUSLIM SURIA KORBAN SYI'AH - BANIYAS, SURIA

INILAH MUSLIM SURIA KORBAN SYI'AH - BANIYAS, SURIA

Syria akan balas serangan Israel



DERETAN kereta kebal Israel berada di Bukit Golan dekat sempada Syria semalam.


DAMSYIK - Syria akan membalas serangan Israel ke atas wilayahnya tetapi akan "memilih masa yang sesuai" dan mungkin bukan dalam waktu terdekat, kata seorang ahli politik negara itu semalam.
"Syria akan membalas keganasan Israel dan akan memilih waktu untuk bertindak," kata pegawai tersebut melalui telefon di sini.
"Serangan balas mungkin tidak akan dibuat pada waktu terdekat kerana Israel kini berada dalam keadaan berjaga-jaga," tambahnya.
Damsyik menuduh Israel melancarkan serangan udara terhadap tiga lokasi tentera dekat sini kelmarin, 48 jam selepas satu serangan Israel dilaporkan di negara itu.
Seorang pegawai kanan rejim Zionis berkata, serangan bertujuan memusnahkan bekalan senjata Iran yang disalurkan kepada kumpulan Hizbollah.
Iran dan Hizbollah merupakan sekutu kuat Presiden Syria, Bashar Al-Assad.
Terdahulu, Kumpulan Pemerhati Syria untuk Hak Asasi Manusia menyatakan, sekurang-kurangnya 15 askar Syria terbunuh dalam serangan udara tersebut.
"Berpuluh-puluh lagi askar Syria hilang selepas serangan udara dekat sini," kata pegawai badan pemerhati tersebut, Rami Abdel Rahman.
"Tiga lokasi yang diserang menempatkan sekitar 150 anggota tentera tetapi masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada semua askar tersebut berada di lokasi kejadian semasa serangan berlaku," tambahnya.
Serangan sebelum subuh itu merupakan yang kedua ke atas Syria oleh rejim Zionis dalam tempoh 48 jam.
Dalam pada itu Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon memberi amaran berhubung konflik di Syria yang kian meruncing.
"Setiausaha Agung PBB meminta semua pihak bertenang dan bertindak secara bertanggungjawab bagi mengelakkan konflik berbahaya daripada menjadi bertambah buruk," kata jurucakapnya, Martin Nesirky.
Lebih 70,000 orang terbunuh di Syria sejak rakyat negara itu bangkit menentang pemerintahan Bashar pada Mac 2011 kerana menuntut pembaharuan demokrasi dan kebebasan bersuara. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0507&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2SYKJ0RSP 
Hakcipta terpelihara