Bashar dijangka mendapat mandat pada pilihan raya ini. |
Pilihan raya presiden tetap diteruskan walaupun perang saudara di negara berkenaan masih berlarutan sejak tiga tahun lalu dan telah membunuh lebih 150,000 orang.
Difahamkan daripada laporan , beberapa jam sebelum pengumuman dibuat, lima orang terbunuh dalam satu serangan letupan peluru mortar berhampiran bangunan parlimen di tengah ibu negara.
Speaker Parlimen Mohammad al-Lahlam yang mengumumkan tarikh tersebut berkata, bagi rakyat Syria yang tinggal di luar negara, pengundian akan dibuat pada 28 Mei dan calon boleh mendaftar bermula semalam hingga 1 Mei.
"Proses pengundian akan berlaku dengan lebih adil dan bebas serta berada di bawah pengawasan kehakiman secara penuh,"katanya.
Bagaimanapun, pengumuman terbabit mendapat kritikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi amaran bahawa pilihan raya akan memberi kesan lebih buruk kepada resolusi konflik politik di Syria.
"Pilihan raya itu dilihat tidak padan dengan apa yang tersurat dan tersirat dalam kenyataan Geneva,"menurut Jurucakap PBB Stephanie Dujarric.