Sunday, 30 June 2013

MASIHKAH KITA INGAT?

Kami harapkan ummah tidak pernah melupai salah satu penyembelihan besar-besaran yang pernah dilakukan oleh rejim Basyar iaitu di Darayya.

Mayat-mayat bergelimpangan di pinggir sungai ini yang menyebabkan air sungai bertukar menjadi merah.

Moga kita tidak pernah lupa. #pray4syria #freesyria 

SYAIKH QARADHAWI MEMBIDAS BASYAR



Syaikh Yusuf Qaradhawi membidas tindakan rejim Basyar yang menghantar surat aduan dan mendesak PBB agar mengeluarkan waran tangkap kepada Syaikh Qaradhawi kerana mengeluarkan fatwa jihad di Syria.

Beliau membidas tindakan Basyar yang disifatkan sebagai pengecut tersebut di dalam khutbah Jumaat yang lalu di Doha.

Malahan, beliau sekali lagi menegaskan bahawa fatwa jihad di Syria tersebut adalah wajar kerana kezaliman yang dilakukan oleh rejim Basyar, Iran dan Hizbu Syaitan bersalahan dengan apa yang digariskan dalam agama Islam.
 

KENYATAAN PARTI POLITIK TENTANG ISU SYRIA



(KENYATAAN MEDIA RINGKAS PRESIDEN PAS)

“PAS AKAN BERSAMA DENGAN GERAKAN ISLAM ANTARABANGSA UNTUK MEMBANTU BAGI MERUNGKAI KONFLIK DI SYRIA”

1. Konflik berdarah dan kezaliman terhadap rakyat Syria yang telah bermula awal 2011 telah meragut puluhan ribu nyawa yang tidak berdosa. Sepanjang tempoh ini, berbagai inisiatif telah digerakkan oleh komuniti antarabangsa berbagai negara dan badan bukan kerajaan, malah oleh semua rakyat yang cintakan keamanan.

2. Parti Islam SeMalaysia (PAS) juga telah menyatakan sebelum ini bahawa semua kuasa asing yang mempunyai kepentingan strategik masing-masing itu untuk keluar dari negara yang sedang bergolak itu dan menyerahkan penyelesaiannya kepada rakyat Syria sendiri untuk menentukannya.

3. Sepanjang tempoh ini juga kepimpinan PAS selain dari mengadakan protes, telah juga mengambil tindakan tertentu bertemu dengan berbagai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi mencadangkan penyelesaian terhadap konflik yang semakin hari semakin buruk itu, selain dari membantu rakyat Syria yang berdepan dengan kesukaran dalam menguruskan kehidupan seharian mereka.

4. Saya juga telah menulis satu artikel bertajuk “Rakyat Syria Mangsa Kezaliman dan Kesilapan Negara Umat Islam” pada 25 Jun 2013 untuk menjelaskan kedudukan percaturan konflik ini secara menyeluruh supaya kita semua menyedari siapakah musuh sebenar kita.

5. Langkah terbaru pada bulan Julai ini yang akan diambil oleh PAS ialah memikul tanggungjawab untuk bersama-sama dengan pimpinan Gerakan Islam Antarabangsa terutamanya dari Sudan dan Turki bagi mengusahakan penyelelesaian ke peringkat yang lebih hampir.

6. PAS mengharapkan iringan sokongan doa dan harapan dari semua rakyat Malaysia khususnya dan masyarakat antarabangsa secara umumnya dalam mengambil langkah ini. Semoga usaha ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT.


Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
 

TERKINI



Dilaporkan kini semakin ramai muslimat Syria yang kebanyakannya adalah pelajar universiti, guru dan termasuk juga ibu-ibu muda telah mendaftarkan diri dan bergabung menjadi mujahidin-mujahidin Syria dalam menentang rejim Basyar dan kaum penceroboh dari Iran, Iraq, Lubnan dan sebagainya.

Doakan mereka. #pray4syria #freesyria
 

syria

SELAMAT PAGI SYRIA
Waktu Syria sekarang tepat jam 7.31 pagi dengan cuaca yang agak stabil iaitu 21 darjah celcius.

Mohon doa daripada semua, semoga Allah mengurniakan kemenangan buat rakyat Syria dan mujahidin keseluruhannya.

Gambar ini diambil di Jalan Am, Deir Zour.

#pray4syria #freesyria

TERKINI




Mujahidin melaporkan bahawa kira-kira 15 orang tentera Hizbu Syaitan terbunuh dalam pertempuran yang sedang berlaku di Homs.

Mereka akan terus berjuang sehingga mencapai kemenangan. Doakan mujahidin.

#freesyria #pray4syria

syria

 

DIMANA UMMAH?




Sehingga bila lagi bayi sekecil ini akan menjadi mangsa kerakusan rejim Basyar. Dalam waktu yang sama, umat Islam masih ada yang diam membisu.

Gambar ini diambil tadi di Hayyu Qathrajiy, Halab. Doakan mereka.

#freesyria #pray4syria

TERKINI




Sumber mujahidin memaklumkan bahawa tentera rejim dalam perancangan untuk menguasai wilayah Homs. Dan mereka dijangka akan menggempur kota tersebut.

Kepentingan Wilayah Homs :

1) Kedudukan geografi yang strategik. Kerana Homs berada di tengah-tengah dan menjadi pengantar kepada wilayah-wilayah lain.

2) Homs menjadi kawasan yang mengawal laluan bekalan utama ke wilayah-wilayah lain.

3) Tempat pengumpulan kebanyakan senjata mujahidin FSA.

Doakan mujahidin. #freesyria #pray4syria

pasang senjata sambil tutup mata.

pejuang pelapis

srikandi syria