Sunday, 11 May 2014

Eksklusif: Luahan hati Ustaz Mohd Lotfi


ROSLINDA HASHIM, NURUL FATIHAH SULAINI & MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
10 Mei 2014

Eksklusif: Luahan hati Ustaz Mohd Lotfi
Eksklusif: Luahan hati Ustaz Mohd Lotfi


Ustaz Mohd Lotfi
Rumah yang menjadi tempat berteduh dalam sebuah kebun kacang.
Ustaz Mohd Lotfi
Ustaz Mohd Lotfi (kiri)
KONFLIK di Syria bukan sahaja mendapat perhatian dunia, malah rakyat negara ini yang prihatin terhadap penindasan umat Islam. Namun pelbagai pandangan dilemparkan apabila rakyat negara ini memilih untuk berjuang bersama penduduk tempatan memerangi kezaliman.

Ada yang melabel mereka sebagai orang berjihad, dan syuhada, sementara setengah pihak menganggap mereka pemberontak serta terpengaruh dengan perjuangan militan.

Sinar Harian menghubungi Mohd Lotfi Ariffin, yang juga dipanggil Ustaz, yang kini berada di Syria bagi berkongsi pengalaman dan mendapatkan gambaran sebenar apa yang dicari sekumpulan rakyat Malaysia yang kini menghuni bumi Syam itu.

Beliau antara yang mengambil keputusan menyaksikan sendiri pergolakan yang berlaku, dan sehingga kini berdiri teguh sebagai benteng di negara bergolak itu.

SINAR HARIAN: Nama Ustaz antara disebut sebelum ini terlibat dalam aktiviti militan, gara-gara penahanan beberapa individu dipercayai ada kaitan dengan kumpulan itu dalam beberapa serbuan berasingan di Kedah oleh polis Bukit Aman. Apa reaksi Ustaz?

MOHD LOTFI: Ternyata dakwaan itu tidak benar kerana sehingga saat ini, saya masih berada di Syria. Ketika itu, saya baru pulang dari Ribat, tiba tiba dikhabarkan rakan konon media Malaysia menuduh saya militan.

Bagi saya, mereka yang buat tuduhan itu tidak tahu bezakan siang atau malam, kemarau dikatanya hujan, pagi dikatanya petang. Saya serah kepada saudara untuk menentukan.

SINAR HARIAN: Apa tujuan sebenar dan perancangan Ustaz ke Syria?

MOHD LOTFI: Saya mahu berjihad ke jalan ALLAH SWT. Ada kepelbagaian jihad; antaranya,

(1) membantu menyediakan ratusan ribu khemah untuk pelarian Syria yang berada di penempatan selamat di sempadan Turki, Jordan dan lain lain.

(2) Mengagihkan pakaian musim sejuk, selimut, bantal, tilam untuk mereka.

(3) Juga sediakan peralatan memasak di perkhemahan pelarian dan agih bantuan makanan dan minuman, termasuk barangan asas seperti tepung, minyak, gula dan sebagainya.

(4) Ada pihak mengagihkan ubat-ubatan bantu para doktor dan pembantu perubatan dengan menyediakan hospital untuk ribuan rakyat Syria yang parah akibat bom tentera Assad.

Kesemuanya adalah Jihad Fisabilillah membantu mereka yang ditindas. Persoalannya, adakah orang yang datang untuk menghalang tentera Assad dari terus meratah, menyeksa dan membunuh kalangan warga tua, wanita dan kanak kanak dikatakan militan dan pemberontak?

Kenapa hanya empat jihad yang disebut itu disepakati sebagai Jihad Fisabilillah, tetapi yang terakhir itu bukan jihad?

SINAR HARIAN: Apakah takrif Ustaz terhadap aktiviti jihad?

MOHD LOTFI: Jihad sebenarnya merujuk kepada mengorbankan harta atau nyawa agar orang lain beroleh kesenangan atau tenang dalam kehidupan.

Maka ALLAH kurniakan kepada orang yang mati kerana jihad sebagai syuhada, dengan darjat tinggi itu mendapat syafaat 73 orang keluarga terdekat untuk dibawa ke syurga dan kepada sesiapa yang tidak dapat berjihad dengan nyawanya, maka bahagiakan orang-orang susah dengan kebajikan. Sebenarnya hidup pejuang untuk kebahagiaan manusia sejagat.

SINAR HARIAN: Apa reaksi Ustaz mengenai pandangan yang mengatakan individu yang pergi ke Syria dan Mesir untuk berjihad dikatakan mereka salah anggap bahawa itu jihad, sebenarnya ia ditakrif sebagai pemberontakan. Bermakna jika menyertai pemberontakan, salah di sisi agama walaupun menentang pemimpin fasik.

MOHD LOTFI: Sebenarnya kita perlu fahami bahawa, pemimpin yang wajib ikut ulama, bukan ulama ikut pemimpin. Berapa banyak ulama terdahulu dipenjara, dizalimi dan dibuang daerah manakala ulama hari ini mendapat kedudukan di sisi kerajaan.

Ada yang mengatakan mereka yang berjihad ke negara-negara bergolak tidak boleh diisytihar sebagai jihad, sebaliknya dikatakan terpengaruh dengan perjuangan pemberontak yang mahu guling kerajaan?

Saya andaikan kebanyakan ulama negara ini terlalu mengikut telunjuk pemimpin. Jika pemimpin itu kata wajib laksana hudud, maka para ulama akan hurai bab hudud. Begitulah seterusnya.

SINAR HARIAN: Anggaran berapa ramai rakyat Malaysia kini berada di Syria?

MOHD LOTFI: Saya difahamkan terdapat puluhan rakyat Malaysia di merata tempat di bumi Syria.

SINAR HARIAN: Ustaz meninggalkan keluarga dan tanah air tercinta demi jihad?

MOHD LOTFI: Ya, saya tinggalkan isteri dan enam anak demi mempertahankan golongan ditindas, selain mahu membantu masyarakat di sana menyekat kemaraan tentera Assad dari terus menyeksa dan membunuh manusia yang tidak berdosa.

SINAR HARIAN: Adakah Ustaz tidak ingin kembali ke pangkuan keluarga di Malaysia setelah membuat keputusan ini?

MOHD LOTFI: Mengenai kepulangan saya ke Malaysia… belum pasti kerana kerajaan anggap orang seperti kami sebagai musuh mereka. Di Syria, kami tidak dipenjara, tetapi jika kembali ke Malaysia, belum pasti dapat bebas dan bertemu anak isteri. Mungkin nasib kami berakhir di penjara.

SINAR HARIAN: Apa yang Ustaz harapkan daripada perjuangan ini?

MOHD LOTFI: Dalam perjuangan ini jangan harapkan pujian, sambutan atau taburan bunga rampai, sebaliknya tunggulah saat diberi hukuman. Akan ada dalam kalangan saudara-saudara dipilih ALLAH SWT untuk berjihad fisabilillah di bumi Syam.

Ya! Orang seperti kami sanggup siapkan dada sebagai benteng kepada mereka yang lemah dan ditindas.

SINAR HARIAN: Pengorbanan yang Ustaz lakukan ini untuk siapa sebenarnya?

MOHD LOTFI: Kami berperang untuk pertahankan insan-insan yang kini menjadi pelarian di bumi sendiri. Rakyat Syria tidak ada tempat tinggal lagi selepas dimusnahkan, sebahagian besar masih di tempat persinggahan.

Bak kata pepatah Arab, ‘Ahli Makkah lebih memahami lorong-lorongnya’, bermaksud orang Syria dan ulama lebih mengetahui apa yang berlaku di sini. Saya tidak mahu berbalah tentang
ini.

SINAR HARIAN: Boleh Ustaz kongsi gambaran sebenar yang berlaku di sana?

MOHD LOTFI: Kami berjuang menentang tentera Assad dari terus menzalimi umat Islam di Syria. Jika konflik di Mesir kita tunjuk perasaan, di Syria kenapa senyap?

Air mata kanak-kanak ini menjadi air mata kami semua. Hati dan perasaankami seakan berhubung, yang ada anak kecil, pasti terasa hibanya jika ia berlaku kepada anak sendiri. Semoga mereka kuat menempuh ujian ini dan jadi pejuang di jalan ALLAH SWT.

Bedilan jet pejuang Assad ke arah Mujahidin yang sedang mengepung benteng pertahanan adalah lumrah, juga sangat hampir dengan kediaman kami. Saya sudah lali melihat bom barmil jatuh berhampiran dengan kami sehingga rakan-rakan gugur syahid atau parah.

SINAR HARIAN: Ustaz sanggup hilang nyawa demi pertahan bumi Syria dan adakah ini yang dikatakan jihad?

MOHD LOTFI: Kami akan hadapi tentera Assad, biar berkecai tubuh kami, biar nyawamelayang demi agama Islam. Islam tidak sunyi daripada pejuang dan penegak keadilan sehingga hari kiamat. Biar mereka menyusun agenda namun ingatlah kepada jaminan Nabi Muhammad SAW, sehingga di akhir zaman, ‘Yahudi terpaksa bersembunyi di sebalik pokok-pokok dan batu-batu’. Itu janji nabi kita, seperti tersebut dalam al-Quran dan hadis.

SINAR HARIAN: Difahamkan semakin ramai ingin berjihad ke Syria dan mengikutjejak seperti yang Ustaz lakukan? Adakah berlaku proses merekrut ahli dari Malaysia?

MOHD LOTFI: Kami hanya menegakkan dan memartabatkan Islam, sebagaimanayang disebut dalam al-Quran dan hadis.

Saya juga ingin menegaskan tidak bertanggungjawab terhadap manamanapihak yang menyalahguna nama saya bagi mengutip dana untuk ke sini. Mereka datang secara sukarela, tiada paksaan atau janjijanji manis.

Semua memburu jihad dan syahid, itu sahaja. Sebenarnya jemaah jihad ada di setiap penjuru bumi Syam. Ada pelbagai kumpulan bergabung menentang tentera Assad.

Kami difitnah…

SINAR HARIAN: Nasihat Ustaz terhadap pihak yang memandang serong terhadap perjuangan yang didokong pejuang di Syria?

MOHD LOTFI: Kita jangan salahkan mana-mana pihak (jemaah) yang berusaha menegakkan Islam dengan apa jua cara yang difikirkan sesuai di tempat masing-masing.

Bagi saya kalau mereka tidak sempurna kitalah orang yang berusahamenyempurnakan. Bukankah Nabi Muhammad melihat nabi-nabi terdahulu, bagaikan bangunan hebat cuma masih tertinggal seketul bata, maka Nabi Muhammad bersabda: akulah bata itu.

Proton Saga BLM diguna dalam serangan bom?

WARTAWAN SINAR HARIAN
Proton Saga BLM diguna dalam serangan bom?
Rakaman yang menunjukkan kereta mirip model Proton Saga BLM. 
11 Mei 2014
SHAH ALAM – Sebuah klip video berdurasi 3 minit 32 saat, dikesan tersebar di laman YouTube sejak beberapa bulan yang lalu, menunjukkan sebuah kereta dipercayai Proton Saga BLM digunakan untuk melancarkan serangan bom.

Difahamkan video berkenaan dirakam di Syria oleh anggota kumpulan pejuang di sebuah bandar bergolak.

Durasi satu setengah minit pertama, menunjukkan individu terbabit mengisi bom serta memasang alat kawalan jauh pada kereta berkenaan agar dapat dipandu secara elektronik.

Pada minit terakhir, kereta itu dipandu oleh seorang lelaki menuju ke satu lokasi dan ditinggalkan. Kereta itu kemudiannya, dikawal menggunakan alat kawalan jauh ke  sasaran sebelum bom diledakkan.

Video yang dimuat turun ini telah ditonton sebanyak 4723.

Penduduk Homs mula pulang



PENDUDUK Syria kembali ke kawasan perumahan mereka di Hamidiyeh di bandar lama Homs, kelmarin. - AFP
HOMS, Syria 10 Mei - Kumpulan terakhir penentang kerajaan Syria mula meninggalkan bandar Old City di Homs, semalam di bawah perjanjian yang dilihat memberi kemenangan simbolik kepada kerajaan ketika penduduk bandar itu mula pulang ke kediaman masing-masing yang hanya tinggal runtuhan batu.
Pengunduran itu menyaksikan kumpulan penentang kerajaan tersebut hanya akan berada di satu daerah di pinggir bandar ini yang pernah menjadi ‘pusat revolusi’ bagi menentang Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Ketika tentera memasuki bandar ini bagi membersihkan kawasan itu daripada bahan letupan, beratus-ratus penduduk mula kembali bagi melihat keadaan rumah mereka di Hamidiyeh, sebuah daerah dihuni penduduk Kristian di Old Town yang menjadi sasaran serangan bom setiap hari dalam tempoh dua tahun.
Tinjauan wartawan AFP mendapati, kebanyakan penduduk sedih dan menangis ketika mereka memeriksa kerosakan rumah mereka.
Seorang penduduk dikenali sebagai Wafa berkata, rumahnya musnah teruk ekoran pertempuran antara tentera kerajaan dan kumpulan penentang.
“Saya telah melihat gambar rumah saya musnah menerusi laman Facebook, namun saya sukar mempercayainya. Saya mahu melihat dengan mata saya sendiri," kata seorang lagi penduduk di Hamidiyeh, Jaqueline Fawwaz, 30.
Konvoi terakhir kumpulan penentang mula keluar daripada Old City selepas proses pemindahan itu tertangguh semalam sehari ekoran tindakan satu lagi kumpulan penentang kerajaan dari utara Syria menyekat penghantaran bantuan makanan ke dua bandar prokerajaan di wilayah Aleppo.
Penghantaran bantuan itu merupakan sebahagian daripada pertukaran yang menyaksikan kira-kira 2,000 orang kebanyakannya penentang meninggalkan Old City dengan jaminan laluan yang selamat.
Gabenor Homs, Talal al-Barazi berkata, mereka telah selesai mengundurkan pasukan bersenjata dari bandar Old City, proses yang bermula sejak Rabu lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140511/lu_02/Penduduk-Homs-mula-pulang#ixzz31LznFUrU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penentang Bashar mengaku kalah


SEBAHAGIAN penduduk kembali ke Kota Lama, di bandar Homs, Syria kelmarin.


HOMS - Ratusan penduduk Syria kembali semula ke Kota Lama di Homs sejak kelmarin dengan berjalan di celah-celah runtuhan bangunan dan kediaman mereka selepas kumpulan penentang Presiden Bashar Al-Assad bersetuju untuk meninggalkan bandar itu menerusi satu perjanjian.
Setiap bangunan di kota tersebut mengandungi lubang peluru dan bedilan meriam selepas ia menjadi lokasi pertempuran hampir dua tahun.
Kota Lama itu dikepung hampir dua tahun dalam peperangan saudara yang meletus di Syria sejak Mac 2011.
Ramai orang yang kembali ke kota itu berada dalam keadaan penuh emosi kerana mereka hampir tidak dapat mengenal pasti lagi tempat tinggal masing-masing yang dipenuhi lubang-lubang akibat tembakan senjata api dan meriam serta sebahagian lagi mengalami kemusnahan teruk.
"Suami saya pergi ke rumah kami dan mendapati ia telah musnah. Dia datang semula ke rumah itu untuk mengambil barang-barang kami," kata Rima Battah, 37, di daerah Hamidiyeh, Bandar Lama.
Puluhan keluarga turut melakukan perbuatan yang sama dengan suami Rima.
Mereka mengambil barang-barang yang masih boleh digunakan di rumah masing-masing yang musnah akibat konflik di Syria.
"Kami sebelum ini mempunyai apartmen baharu tetapi kini semuanya telah musnah," kata seorang wanita.
Gabenor Homs, Talal Barazi memberitahu agensi berita SANA, kawasan Kota Lama kini selamat dan bebas daripada senjata api dan kumpulan penentang.
Menurutnya, keadaan itu berlaku disebabkan pengorbanan yang dilakukan anggota-anggota tentera Syria untuk membebaskan kota tersebut daripada golongan penentang.
Stesen televisyen kerajaan menunjukkan kebanjiran penduduk ke Kota Lama dan mereka mengucapkan terima kasih kepada tentera dan Bashar kerana berjaya mewujudkan situasi selamat.
Sebelum ini, Bashar mengumumkan pilihan raya Presiden akan diadakan pada 3 Jun depan.
Syria dilanda konflik sejak Mac 2011 selepas sebahagian penduduk bangkit menentang pemerintahan Bashar yang dianggap tidak demokratik dan korup.
Lebih 150,000 orang dilaporkan terbunuh dalam peperangan saudara itu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0511&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz31LwOjg6f 
Hakcipta terpelihara 

Penentang Bashar mengaku kalah


SEBAHAGIAN penduduk kembali ke Kota Lama, di bandar Homs, Syria kelmarin.


HOMS - Ratusan penduduk Syria kembali semula ke Kota Lama di Homs sejak kelmarin dengan berjalan di celah-celah runtuhan bangunan dan kediaman mereka selepas kumpulan penentang Presiden Bashar Al-Assad bersetuju untuk meninggalkan bandar itu menerusi satu perjanjian.
Setiap bangunan di kota tersebut mengandungi lubang peluru dan bedilan meriam selepas ia menjadi lokasi pertempuran hampir dua tahun.
Kota Lama itu dikepung hampir dua tahun dalam peperangan saudara yang meletus di Syria sejak Mac 2011.
Ramai orang yang kembali ke kota itu berada dalam keadaan penuh emosi kerana mereka hampir tidak dapat mengenal pasti lagi tempat tinggal masing-masing yang dipenuhi lubang-lubang akibat tembakan senjata api dan meriam serta sebahagian lagi mengalami kemusnahan teruk.
"Suami saya pergi ke rumah kami dan mendapati ia telah musnah. Dia datang semula ke rumah itu untuk mengambil barang-barang kami," kata Rima Battah, 37, di daerah Hamidiyeh, Bandar Lama.
Puluhan keluarga turut melakukan perbuatan yang sama dengan suami Rima.
Mereka mengambil barang-barang yang masih boleh digunakan di rumah masing-masing yang musnah akibat konflik di Syria.
"Kami sebelum ini mempunyai apartmen baharu tetapi kini semuanya telah musnah," kata seorang wanita.
Gabenor Homs, Talal Barazi memberitahu agensi berita SANA, kawasan Kota Lama kini selamat dan bebas daripada senjata api dan kumpulan penentang.
Menurutnya, keadaan itu berlaku disebabkan pengorbanan yang dilakukan anggota-anggota tentera Syria untuk membebaskan kota tersebut daripada golongan penentang.
Stesen televisyen kerajaan menunjukkan kebanjiran penduduk ke Kota Lama dan mereka mengucapkan terima kasih kepada tentera dan Bashar kerana berjaya mewujudkan situasi selamat.
Sebelum ini, Bashar mengumumkan pilihan raya Presiden akan diadakan pada 3 Jun depan.
Syria dilanda konflik sejak Mac 2011 selepas sebahagian penduduk bangkit menentang pemerintahan Bashar yang dianggap tidak demokratik dan korup.
Lebih 150,000 orang dilaporkan terbunuh dalam peperangan saudara itu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0511&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz31LwOjg6f 
Hakcipta terpelihara