Thursday, 26 June 2014

Seorang wanita meratapi kematian anak perempuannya berikutan serangan udara tentera penjenayah Al Assad..

Seorang wanita meratapi kematian anak perempuannya berikutan serangan udara tentera penjenayah Al Assad... Keadaan kanak kanak perempuan yang telah mati Syahid sangat mengayat hati, maka pihak kami berpesan supaya berjaga jaga dengan kandungan video ini yang agak bahaya bagi mereka yang mempunyai hati yang lemah...

http://youtu.be/6CcCLffLn1o

serangan kejam pesawat Al Assad ke atas penduduk pekan Al Haritan di Aleppo

Berikutan serangan kejam pesawat Al Assad ke atas penduduk pekan Al Haritan di Aleppo. Hanya yang tinggal anak patung sahaja, pemilik anak patung ini telah tiada.. Allahu..

syria berdarah

Wahai ibuku... betapa aku merinduimu dan andainya jika ibu ada bersama aku di sini, kerana aku telah jauh dari kebencian manusia dan juga jauh daripada kezaliman.

Benarlah wahai ibuku.. sejak aku meninggalkan pelukkanmu yang hangat, aku hidup di suasana yang selamat dan aman.

Jangan bimbang wahai ibuku... aku hanya perlu melihat matamu yang amat aku rindui, dan aku akan meninggalkan ibu dalam jagaan Allah dan peliharaanNya..

Sumbangan boleh disalurkan melalui:
CIMB
Syria Care
8601-89-4560

Sebarang urusan boleh ke pejabat kami:
No. 38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Allahu Akbar!!

Allahu Akbar!! 
Kekuatan yang Allah beri bukanlah satu yang boleh dijangka. 
Separuh badannya telah mendahului Syurga. 
Serangan dari pengeboman rejim yang semakin hari semakin menggila.. & umat Islam masih berdiam diri dengan hanya memerhati..?? 
Hasbunallah wani'mal wakil..

43 orang terbunuh di Syria, termasuk 3 wanita & 6 kanak-kanak.

Selasa- 24/06/2014...43 orang terbunuh di Syria, termasuk 3 wanita & 6 kanak-kanak. 
Si kecil ini juga antara salah seorang mangsa. 
cuba diselamatkan oleh malaikat dunia. 
kisah selanjutnya, hanya Allah yang mengetahui. 
Kanak-kanak terus dijadikan sasaran kekejaman. 

Sumbangan boleh disalurkan melalui:
CIMB
Syria Care
8601-89-4560

Sebarang urusan boleh ke pejabat kami:
No. 38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

syria berdarah

Lembaga Syariah bagi Damsyik dan desanya - Timur Al Ghotah
Institut Syam untuk pengajian Islam...

Setiap kanak-kanak lelaki akan tetap menjadi seorang Ulamak selagi mereka masih menuntut ilmu...
Apabila mereka berfikir bahawa mereka sudah cukup ilmu, maka mereka akan terjerumus dalam kejahilan 

Laknat Allah ke atas Basyar!

Laknat Allah ke atas Basyar! 
Ibu ini terpaksa mencari sisa makanan di timbunan sampah bagi mengalas perut bersama anaknya. 
Sedangkan bahaya menanti di mana-mana. 
Rezeki untuknya di tangan Allah. 
Moga malaikat rahmat datang membawakan seribu rahmat dari Allah buatmu ibu.  

Sumbangan boleh disalurkan melalui:
CIMB
Syria Care
8601-89-4560

Sebarang urusan boleh ke pejabat kami:
No. 38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Allahu Akbar!

Allahu Akbar! 
Sungguh kanak-kanak hanya tahu menggembirakan hati mereka. 
Tidakkah kita juga merasa senang melihat & berkongsi kegembiraan dengan mereka? 
Ya, tapi tidak bagi pemimpin mereka.. Basyar laknatullah. 
Kebencian tahap gila terhadap ahl Sunni. 
Moga Allah memelihara malaikat kecil ini, hingga ke Jannah..amin!

Kongsikan kegembiraan anda dengan menghulurkan sumbangan.

Sumbangan boleh disalurkan melalui:
CIMB
Syria Care
8601-89-4560

Sebarang urusan boleh ke pejabat kami:
No. 38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

syria berdarah

15 militan di Syria dikenal pasti


2014/06/26 - 03:43:42

Bukit Kayu Hitam: Polis sudah mengenal pasti identiti sebahagian daripada 15 individu yang terkorban dalam kegiatan keganasan dan jihad di Syria, pada pertengahan bulan ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata bagaimanapun pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mendapatkan butiran tepat sebelum mendedahkan sama ada 15 individu itu adalah rakyat Malaysia atau sebaliknya.

“Setakat ini, apa yang boleh saya sahkan, sebahagian daripada mereka sudah dikenal pasti, namun kita masih menjalankan siasatan untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai mereka yang terkorban dalam pertempuran kumpulan militan di Syria.

Masuk melalui negara ketiga

“Kesukaran ini disebabkan kebanyakan militan dari negara ini bukannya pergi terus ke negara Islam yang bergolak termasuk Syria, sebaliknya memasuki negara berkenaan melalui negara ketiga seperti Jordan,” katanya selepas melancarkan Unit Risikan Sempadan (URS) Pangkalan Utara Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, di sini, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Wisma Putra bekerjasama dengan pihak berkuasa di Syria bagi mendapatkan pengesahan berhubung dakwaan 15 rakyat Malaysia yang terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad terbunuh di Syria.

Wisma Putra dalam kenyataan kelmarin, memaklumkan Malaysia meminta pihak Syria mengesahkan dakwaan pegawai Syria yang berpusat di New York, Amerika Syarikat, dalam satu sidang media pada 18 Jun lalu.
Kenyataan itu turut menegaskan Malaysia adalah sebuah negara yang cintakan keamanan dan tidak pernah merestui tindakan keganasan.

Polis siasat dakwaan 15 rakyat Malaysia terkorban di Syria


KUALA LUMPUR 25 Jun - Polis akan bekerjasama dengan pihak berkuasa di Syria bagi mendapatkan kesahihan maklumat tentang 15 rakyat Malaysia yang didakwa terkorban setelah terlibat dengan kumpulan militan di negara bergolak itu.
Dakwaan oleh Wakil Tetap Syria di New York itu dipercayai kurang tepat kerana setakat ini pihak berkuasa Malaysia hanya boleh mengesahkan seorang pemuda iaitu Ahmad Tarmimi Maliki, 26, terbunuh di Al-Anbar, Iraq.
Sumber keselamatan memberitahu, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai rakyat Malaysia yang terkorban di negara bergolak tersebut.
Malah, hasil perkongsian maklumat dengan pihak kedutaan Syria juga tidak memperoleh sebarang maklumat seperti yang didakwa dalam laporan berkenaan.
"Bukan senang untuk mendapatkan identiti mereka yang terbunuh dalam negara bergolak terbabit apatah lagi mengatakan mereka rakyat Malaysia.
"Di sana sememangnya ada rakyat Malaysia yang menyertai peperangan itu, namun ada juga rakyat dari Indonesia, Filipina dan Thailand yang mempunyai wajah orang seperti rakyat kita. Mereka boleh mendakwa yang terbunuh itu dari negara ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ditanya mengapa dakwaan berkenaan itu timbul, sumber menjelaskan, kemungkinan itu terjadi ekoran aktiviti mengemaskini akaun sosial oleh sebuah kumpulan pemberontak yang mengaitkan kematian ahli kumpulan mereka dengan rakyat Malaysia.
"Kita difahamkan, lebih 20 rakyat Malaysia di sana yang menyertai Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) atau Jabhat Al Nusra dan sumber maklumat mengenai kematian itu adalah tidak sah," kata sumber.
Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi memberitahu, pihaknya sedang menyemak dakwaan kematian 15 individu di Syria itu.
"Kalau betul pun itu adalah rakyat Malaysia, yang mereka menyibuk ke sana (Syria) tu mengapa? Berjihad? Untuk siapa mereka nak berjihad?" katanya.
Terdahulu, dalam sidang akhbar di Kubang Pasu hari ini, Khalid memberitahu, polis turut mengesan kegiatan merekrut anggota baharu untuk menyertai kumpulan militan yang masih berlaku di negara ini walaupun di sebalik beberapa siri tangkapan ke atas anggotanya sejak kebelakangan ini.
Katanya, kegiatan merekrut itu lebih menyasarkan kepada golongan muda iaitu di kalangan berusia belasan tahun dan awal 20-an dengan cara melalui laman sosial seperti Facebook selain memperdaya golongan tersebut menggunakan pujuk rayu bagi meraih simpati.
"Memang masih berlaku (merekrut militan) dan kita menyedari perkara itu. Di negeri mana, tidak perlulah saya sebut tetapi kami akan menjalankan beberapa lagi tangkapan selepas ini sebelum memberitahu anda (wartawan).
"Hendak katakan amat serius itu tidaklah tetapi selagi rakyat kita terlibat, kami akan memandang berat perkara ini untuk menanganinya," katanya demikian selepas melancarkan Unit Risikan Sempadan dan Pangkalan Utara, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di Balai Polis Bukit Kayu Hitam, di sini hari ini.
Mengulas lanjut katanya, pergerakan anggota-anggota militan itu ke negara bergolak didapati tidak menggunakan penerbangan terus ke destinasi mereka sebaliknya ‘melompat’ dari satu negara ke satu negara bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140626/je_04/Polis-siasat-dakwaan-15-rakyat-Malaysia-terkorban-di-Syria#ixzz35hD3uw00
© Utusan Melayu (M) Bhd