November 24, 2011
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, kelmarin, menggelar Presiden Syria, Bashar Al-Assad sebagai pengecut kerana tindakan pemimpin itu menggunakan kekerasaan ke atas rakyat Syria.
ANKARA - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, kelmarin, menggelar Presiden Syria, Bashar Al-Assad sebagai pengecut kerana tindakan pemimpin itu menggunakan kekerasaan ke atas rakyat Syria.
“Bashar kerap berkata beliau akan berjuang sehingga mati. Tetapi berperang sehingga mati dengan rakyat sendiri bukan karakter seorang pejuang. Ianya adalah sikap seorang pengecut.
“Anda (Bashar) perlu mengambil iktibar daripada pemimpin Libya (Muammar Gaddafi) yang memerangi rakyatnya sendiri dan hanya lebih sebulan lalu, dia juga menuturkan kata-kata yang sama seperti anda,” kata Erdogan dalam kritikan pertamanya terhadap Bashar.
Erdogan turut menuntut Bashar meletak jawatan, meningkatkan lagi tekanan negara rantau Timur Tengah ke atas Damsyik selepas kerajaan Syria dilaporkan menggunakan kekerasan melampau bagi menghentikan protes menentang Bashar yang bermula, Mac lalu.
Namun Erdogan menegaskan gesaan beliau itu tidak bermakna Ankara menyokong sebarang campur tangan ketenteraan di Syria yang dianggapnya perlu menyelesaikan konflik dalaman mereka sendiri.
Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyebut 3,500 terbunuh setakat ini sepanjang protes di Syria yang tercetus semasa revolusi Arab di Timur Tengah.