SABTU, 16 MEI 2015 @ 9:28 AM
BEIRUT: Militan Negara Islam (IS) melaksanakan hukuman mati terhadap 23 orang awam termasuk sembilan kanak-kanak, dekat bandar purba Palmyra di Syria semalam, kata pertubuhan bukan kerajaan.
"Kumpulan IS menembak mati 23 orang awam termasuk sembilan kanak-kanak di sebuah kampung di Amiriyeh, utara Tadmor," kata Ketua Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman.
Katanya, ahli keluarga kepada kakitangan kerajaan adalah antara yang dibunuh dekat Palmyra ketika militan IS memasuki tapak warisan UNESCO itu. - AFP