Wednesday, 28 September 2016

Tentera Syria lancar misi tawan Aleppo



GAMBAR yang dirakam menggunakan dron menunjukkan tanah perkuburan di kelilingi bangunan yang rosak di kawasan yang dikuasai kumpulan penentang Presiden Bashar al-Assad di Aleppo. - Reuters


Beirut: Tentera Syria menawan pusat kawasan kejiranan yang dikuasai kumpulan penentang di Aleppo semalam selepas seminggu melakukan serangan udara.

Seorang pegawai tentera Syria berikrar, serangan itu akan diteruskan hingga semua penentang dihapuskan dari bandar itu.

Stesen televisyen Syria melaporkan, tentera menawan Farafra dan pertempuran tercetus berhampiran kawasan bersejarah di utara Aleppo.

Bandar terbesar dan bekas pusat komersial di Syria itu menjadi lokasi pertempuran sengit sejak kumpulan penentang menawan beberapa kawasan kejiranan di timur bandar itu pada 2012.

Kawasan kejiranan itu kini dikepung dan beberapa minggu lalu serangan udara yang dianggap terburuk sejak peperangan meletus menyebabkan lebih 200 penduduk maut dan beberapa bangunan runtuh.

Pertempuran bagi menguasai bandar itu dilihat masih belum dimenangi oleh mana-mana pihak.

Tentera kerajaan berusaha menawan bandar purba Aleppo yang menempatkan Masjid Umayyad yang juga tapak warisan dunia UNESCO.

Pemantau Syria untuk Hak Asasi Manusia mengesahkan tentera kerajaan mara ke kota purba berkenaan.

“Terdahulu kawasan ini dihujani dengan serangan meriam. Kelihatan tentera kerajaan bersedia untuk melancarkan serangan darat,” kata anggota Pertahanan Awam Syria, Ibrahim Alhaj.

Menurutnya, maklumat dari medan tempur menunjukkan pergerakan besar pejuang prokerajaan di dalam bandar itu. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 September 2016 @ 10:44 AM

Khidmat doktor makin terhad di Aleppo

SELASA, 27 SEPTEMBER 2016 @ 12:22 AM

GENEVA: Hanya 30 doktor masih berbaki di bahagian timur Aleppo yang ditawan pemberontak ketika bekalan perubatan dan pembedahan amat diperlukan untuk merawat ratusan warga yang cedera dalam kalangan 300,000 penduduk.

 Menurut pegawai perubatan di Syria, hari ini, sekurang-kurangnya 40 orang tercedera di hospital yang masih berfungsi perlu dipindahkan bagi mendapat rawatan lebih baik di tempat lain.

Berpuluh-puluh serangan udara terkena bahagian dikuasai pemberontak berikutan kempen kuat oleh rejim kerajaan Syria serta tentera bersekutu sejak gencatan senjata menemui jalan buntu, minggu lalu.

 "Ada 30 doktor yang masih berada dalam bahagian timur di Aleppo," kata seorang pegawai perubatan, Abd Arrahman Alomar, yang bekerja untuk Masyarakat Perubatan Arab Syria (SAMS) di kawasan ditawan pemberontak. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/196453

Aleppo: Umat Islam diseru zahir kemarahan


27 September 2016 2:33 PM

Serangan Aleppo

Serangan Aleppo
SEORANG wanita Syria mendukung mayat anaknya yang dijumpai di bawah runtuhan bangunan selepas satu serangan udara pada 23 September lalu. - AFP
ISTANBUL 27 Sept. - Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Ali Al-Qurrah Daghi menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya menzahirkan rasa marah mereka Jumaat ini berhubung nasib yang menimpa umat Islam di Aleppo, Syria.
Beliau berkata, usaha itu yang bertemakan 'Marah Demi Aleppo, Syria' adalah antara usaha untuk menghalang kemusnahan dan keganasan bandar itu akibat serangan pihak rejim Syria dan sekutunya secara terbuka.
"Harapan kami agar Allah S.W.T. sentiasa bersama rakyat Syria dan memberi kemenangan kepada mereka, dan rakyat dunia juga bertanggungjawab untuk merealisasikan usaha ini," beliau dipetik berkata demikian oleh agensi berita Turki, Anadolu pada Isnin.
Beliau juga menyeru imam-imam di seluruh dunia untuk menyampaikan khutbah Jumaat tentang kesengsaraan penduduk Aleppo dan kesabaran mereka dalam menghadapi jenayah pembunuhan beramai-ramai.
Sheikh Ali Al Qurrah berkata ulama-ulama Islam perlu memberi tekanan bagi menghentikan keganasan dan penindasan di Syria dan negara-negara bergolak yang lain. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/aleppo-umat-islam-diseru-zahir-kemarahan-1.387831#sthash.XLCeYXOd.dpuf