Wednesday, 29 May 2013

Syiah tidak kira umur..asalkan Ahlussunnah habis dibunuh.

 

Syria didakwa guna senjata kimia


PARIS 27 Mei - Akhbar Perancis, Le Monde hari ini mendakwa tentera Syria menggunakan senjata kimia bagi menentang pemberontak di pinggir bandar raya Damsyik.
Akhbar itu membuat dakwaan tersebut selepas memetik kenyataan dua kakitangannya yang membuat liputan di Syria pada bulan lalu dan awal bulan ini.
Seorang daripada wartawan itu, Jean-Philippe Remy mendakwa dia menyaksikan sendiri penggunaan senjata kimia selama beberapa hari ke atas pemberontak di perkampungan Jobar, pinggir Damsyik.
Jurugambar Laurent Van der Stockt, pula mendakwa pada 13 April lalu, dia melihat anggota pemberontak mengalami sesak nafas dan muntah-muntah selepas satu serangan senjata kimia dilancarkan di kampung itu.
Kedua-dua wartawan itu telah mengumpulkan saksi yang menyaksikan penggunaan senjata kimia di kawasan yang besar di sekitar Damsyik, selain kenyataan seorang doktor yang menyatakan senjata tersebut menyebabkan kesukaran bernafas, sakit kepala serta loya dan boleh membawa maut jika tidak dirawat. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130528/lu_07/Syria-didakwa-guna-senjata-kimia#ixzz2UexcHl6q
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Konflik Syria sangat menakutkan - Navi Pillay


GENEVA 27 Mei - Ketua Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia, Navi Pillay berkata, konflik saudara di Syria kini mencapai tahap 'sangat menakutkan' dan satu perbahasan segera akan dijalankan minggu ini berhubung situasi tersebut.
"Bencana kemanusiaan, politik dan sosial sedang berlaku di Syria dan ia adalah satu mimpi ngeri," katanya kepada para diplomat semasa perasmian sesi persidangan Majlis Hak Kemanusiaan di sini hari ini.
Beliau dalam pada itu turut memberi amaran bahawa pencabulan hak di Syria telah mencapai tahap ‘mengerikan’, sambil menyifatkan situasi itu sebagai 'satu penghinaan kemanusiaan yang sangat dahsyat'. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130527/lu_14/Konflik-Syria-sangat-menakutkan---Navi-Pillay#ixzz2UexNeQiY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rusia hantar senjata antipesawat ke Syria


MOSCOW 28 Mei - Kerajaan Rusia menegaskan penghantaran sistem peluru berpandu anti-pesawat ke Syria sebagai ‘faktor kestabilan’ dengan tujuan untuk menghalang sebarang campur tangan luar di negara bergolak itu.
Timbalan Menteri Luar, Sergei Ryabkov berkata, penghantaran senjata S-300 buatan Rusia itu merupakan perjanjian antara Moscow dan Damsyik yang ditandatangani beberapa tahun lalu sebelum pemberontak tercetus di Syria.
"Kami menyifatkan penghantaran senjata tersebut sebagai faktor kestabilan dan menyekat sebarang campur tangan antarabangsa di negara terbabit," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130528/lu_10/Rusia-hantar-senjata-antipesawat-ke-Syria#ixzz2Uewn6ThI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Roket dilancar ke wilayah Israel


BEIRUT 27 Mei - Satu bedilan roket dilancarkan dari selatan Lebanon ke wilayah Israel lewat malam tadi, kurang sehari selepas dua letupan roket menggegarkan kawasan kubu kuat Hezbollah di selatan bandar raya ini, semalam.
Menurut agensi berita kebangsaan milik kerajaan Lebanon, roket itu dibedil daripada satu lokasi berhampiran bandar Marjayoun, kira-kira 10 kilometer ke utara sempadan Israel.
Namun, masih tidak diketahui siapa yang melepaskan tembakan roket itu dan adakah serangan itu menyebabkan sebarang kematian atau kerosakan.
Tentera Israel turut enggan mengesahkannya, tetapi menyatakan penduduk di kawasan terbabit mendengar bunyi letupan dan mereka sedang berusaha merungkai insiden itu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130528/lu_06/Roket-dilancar-ke-wilayah-Israel#ixzz2UewfXK9A
© Utusan Melayu (M) Bhd 

22 pejuang Hezbollah terbunuh bertempur tentera Syria


BAALBEK, Lebanon, 27 Mei - Sekurang-kurangnya 22 pejuang Hezbollah terbunuh dalam pertempuran bersama tentera kerajaan Syria menentang pemberontak Syria yang menguasai bandar Qusayr, kelmarin.
"Kira-kira 22 ahli pergerakan itu terbunuh kelmarin. Sembilan mayat dibawa pulang pada hari yang sama manakala selebihnya, semalam," kata sumber yang dekat dengan pergerakan Lebanon itu tanpa mahu dikenali, semalam.
Tentera Syria mengumumkan bahawa tenteranya telah menyusup masuk ke lapangan terbang tentera Dabaa, sebuah pos pemberontak di utara Qusayr, selepas seminggu usaha mereka menawan semula bandar strategik berhampiran sempadan Lebanon itu.
"Pertempuran berlangsung di dalam lapangan terbang selepas mereka menembusi barisan pertahanan pemberontak," kata jurucakap tentera. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130527/lu_02/22-pejuang-Hezbollah-terbunuh-bertempur-tentera-Syria#ixzz2UewWto2D
© Utusan Melayu (M) Bhd 

3 askar Lubnan ditembak mati

3 askar Lubnan ditembak mati
Askar Lubnan memeriksa orang awam di pusat pemeriksaan di Arsal, sebuah kawasan puak Islam Sunnah di timur negara itu yang bersempadan dengan Syria Februari lalu. Beirut: Kumpulan bersenjata membunuh tiga anggota tentera Lubnan di pusat pemeriksaan tentera di timur Lembah Bekaa semalam sebelum melarikan diri ke sempadan Syria, kata pegawai Lubnan.

Tidak dapat dipastikan siapa melancarkan serangan, yang menjadi kejadian terbaru di wilayah sempadan yang terjerumus ke dalam keganasan di negara jirannya itu.
Perang saudara Syria memecahkan penduduk Lubnan, dengan kebanyakan penduduk Syiah menyokong Presiden Bashar al-Assad dan ramai golongan Sunnah menyebelahi pejuang pembebasan, meletakkan tentera Lubnan dalam tekanan memastikan ketegangan mazhab tidak berlaku.


Kebanyakan kumpulan Sunnah di utara dan timur Lubnan menyalahkan tentera kerana menghalang usaha mereka menyokong pejuang pembebasan di Syria dengan senjata dan pejuang tetapi pada masa sama gagal menyekat Hizbullah daripada menghantar anggotanya membantu Assad.

Kejadian semalam berlaku sebelum subuh berhampiran bandar Arsal, di kawasan yang digunakan pejuang pembebasan Syria dan rakan mereka di Lubnan untuk menyeludup senjata dan pejuang ke Syria.

“Tentera di pusat pemeriksaan berdepan penyerang dan pertempuran berlaku yang menyebabkan kematian tiga askar,” kata tentera dalam kenyataan.

Tentera memburu penyerang, yang mungkin sudah melarikan diri ke Syria, kata Menteri Pertahanan, Fayez Ghosn.
REUTERS

EU tarik sekatan penentang al-Assad


 
Brussels: Kesatuan Eropah (EU) memutuskan untuk menarik balik sekatan senjata ke atas pembangkang Syria tetapi mengekalkan semua sekatan terhadap rejim Presiden Bashar al-Assad selepas 1 Jun, kata Setiausaha Luar Britain, William Hague, lewat kelmarin.

Keputusan itu menghantar mesej keras dari Eropah kepada rejim Assad, kata Hague selepas mesyuarat seharian yang menunjukkan keraguan EU untuk membekalkan senjata dalam konflik negara luar beberapa bulan selepas ia menang Hadiah Nobel Keamanan.
Hague menegaskan Britain tidak mempunyai rancangan menghantar senjata kepada Syria.

“Ia memberikan kita fleksibiliti untuk bertindak balas pada masa depan jika keadaan terus buruk,” katanya.

Tiada anggota EU lain mempunyai pelan membekalkan senjata kepada pejuang pembebasan.

“Saya tidak mengesan sebarang kesediaan daripada sesiapa pun pada masa ini untuk menimbang pilihan tertentu,” kata Menteri Luar Sweden, Carl Bildt.

Britain dan Perancis yang juga kuasa tentera terbesar EU menggesa blok itu menarik balik sekatan penghantaran senjata ke Syria untuk membantu pembangkang.
Semua 27 negara anggota EU bersetuju sesuatu perlu dilakukan untuk mengawal eksport dan memastikan ia tidak jatuh ke tangan pelampau atau pengganas.

AP

From Palestine, Long live free Syria

From Palestine, Long live free Syria

syria

How are we going to run away from our humanity, from our conscience?? How are we going to look our children in the eye, when we see Syrian children being killed and we did nothing to help them?!
A child from al Qusair, injured due to warplanes shelling.

syria

When the regime intends purposely to destroy everything to punish the people,
When the world lets down the innocent people,
When the UN is diverted from its original role of keeping peace in the world,
When humanity does not care about human beings any more,


Then the children of Syria are forced to change their little wooden beds into cement graves !!!!!!