Keputusan itu dibuat selepas dua diplomat Majlis Keselamatan mengadakan perbincangan secara tertutup, kelmarin lapor al-Arabiya.
Draf akhir telah dikemukakan kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dan proses pengundian dijangka dilakukan pada hari ini jika tidak mendapat bantahan daripada mana-mana pihak.
Bagaimanapun, Washington dan Moscow gagal untuk mencapai persetujuan berhubung langkah bagi menamatkan konflik di Damsyik yang berlarutan selama hampir lima tahun.
Difahamkan, dokumen tersebut turut menuntut Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon bekerjasama Ketua Pengarah Pertubuhan bagi Larangan Senjata Kimia (OPCW), Ahmet Uzumcu mengemukakan cadangan kepada UNSC untuk menubuhkan Mekanisme Siasatan Bersama PBB-OPCW.
Sebelum ini, AS telah berulang kali mendesak UNSC untuk mengambil tindakan tegas terhadap dalang bertanggungjawab susulan peningkatan serangan gas klorin di negara bergolak tersebut.