Sebahagian daripada ribuan pelarian Palestin di Syria yang terkorban akibat pertempuran tentera kerajaan dan pemberontak.
DAMSYIK - Kumpulan pelindung rakyat Palestin di Syria melaporkan, seramai 1,354 pelarian Palestin dibunuh oleh pasukan keselamatan kerajaan Presiden Bashar al-Assad serta pemberontak sejak tercetusnya pergolakan menggulingkan kerajaan lebih dua tahun lalu.
Aktivis berkata, seorang pemuda dan wanita Palestin, Alla Abdul-Lail dan Hanan Abdullah dibunuh, kelmarin, membabitkan serangan bersenjata di kem pelarian Husseiniya.
"Pada waktu itu, beberapa set mortar membadai keseluruhan kawasan kem ini dan menyebabkan puluhan pelarian Palestin cedera," katanya kepada MEMO.
Insiden itu didakwa berpunca daripada pertempuran antara tentera Assad dan pemberontak di pusat pemeriksaan Al-Muatamarat, pinggir Damsyik.
Sementara itu, kem pelarian Dara'ah turut dihujani peluru yang dicetuskan dua pihak di negara itu tetapi tidak mendatangkan kecederaan kepada penghuni kem.
Tambahnya, situasi di kem pelarian Dara'ah lebih teruk apabila tiada pihak sanggup tampil membantu penghuni yang terdiri daripada rakyat Palestin susulan pergolakan melanda Syria.