Thursday, 17 December 2015

Menangis panggil ibu selepas serangan udara

16 DISEMBER 2015

 SEBUAH video yang merakam mangsa serangan udara 14 Disember lepas meminta tolong meruntun hati pelayar laman sosial, hari ini.

Menerusi laman Facebook Syrian Civil Defense, video tersebut merakam seorang kanak-kanak yang diselamatkan dari timbunan runtuhan di Douma, Syria dan mencari ibunya.

"Saya mahu ibu! Saya mahu ibu!," kata kanak-kanak perempuan selepas diterjermah Metro UK.

Seorang petugas kecemasan kemudian dilihat mengangkat dan membawa kanak-kanak terbabit jauh dari tempat kejadian.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut kemudian berjaya disatukan dengan ibu dan seorang lagi adiknya di sebuah trak dan dibawa ke tempat yang selamat.

Dalam serangan tersebut, dua orang kanak-kanak dilaporkan maut.

Kelmarin, serangan udara dari rejim Bashar al-Assad dan Rusia dilaporkan membunuh 31 orang awam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat Assad, Putin bunuh 31 orang awam]