Friday, 14 February 2014

Russia ancam veto

Moscow: Russia mengecam draf resolusi Arab-Barat Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai akses penghantaran bantuan kemanusiaan ke Syria.
Ia menyifatkannya sebagai langkah persediaan untuk serangan tentera terhadap kerajaan Presiden Bashar al-Assad. 
Timbalan Menteri Luar Gennady Gatilov berkata, tujuan resolusi itu adalah untuk membuka ruang bagi mengambil tindakan ketenteraan terhadap kerajaan Syria jika tidak memenuhi syarat diketengahkan.

“Pada kami ia tidak boleh diterima dan kami pasti memveto draf ini kerana terlalu bersifat berat sebelah terhadap kerajaan Syria,” katanya.
Foto
BEBERAPA kanak-kanak menunggu untuk dipindahkan dari bandar Homs yang dikepung tentera Bashar hampir dua tahun lalu.

Bagaimanapun, Russia dan sekutunya China bersedia merundingkan draf baru jika ia mampu membantu penghantaran bantuan.

Russia turut bersetuju membantu majlis berkenaan merangka draf baru malah menyerahkan pindaan dicadangkannya kepada anggota tetap Majlis Keselamatan yang dikenali sebagai P5.

Sehubungan itu, anggota P5 akan membincangkan cara terbaik untuk menggabungkan semua teks terbabit.

Russia menentang draf itu sejak menerimanya minggu lalu, malah Menteri Luar Sergei Lavrov menyifatkannya tidak realistik.- Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/14

syria

#SYRIA

#SyriaNeedYou

#StopKillingInSyria

Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke / Help in abundance, maximize your contributions :

NAME : SALAM SURIAH RESOURCES
MAYBANK: 5645-5733-8496
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: donation.mllfs@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057

Para doktor di Aleppo melakukan pembedahan tanpa elektrik!

#SyriaNeedsYou

The Unsung Hero! 

Para doktor di Aleppo melakukan pembedahan tanpa elektrik!

Semuanya manual.... dalam kegelapan mereka berusaha sehabis kudrat menyelamatkan nyawa rakyat Syria yang tidak berdosa...

Apa sahaja yang mampu mereka lakukan, mereka akan lakukan....

Mereka perwira!

(Bekalan elektrik telah diputuskan oleh rejim Bashar Assad semenjak dua tahun yang lepas. Hospital yang sempat kami ziarah kebanyakannya bergantung kepada penjana elektrik (generator) yang menggunakan diesel dan terpaksa menanggung kos yang mahal saban bulan bagi memastikan mereka terus beroperasi dan menyelamatkan nyawa mereka yang tidak berdosa)

Bantulah atas apa jua kapasiti yang termampu dari diri kita. Waima hanya doa agar mereka terus tabah dan tidak meninggalkan tanah air mereka dan terus berkhidmat walau tanpa gaji.

KEMPEN #SyriaNeedsYou:

Jumlah sasaran adalah untuk mengumpulkan dana bantuan sebanyak RM500,000 yang akan merangkumi bantuan kecemasan untuk hospital, pendidikan anak-anak Syria, makanan serta keperluan bayi.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui:

Maybank : Salam Suriah Resources
No. Akaun : 5645-5733-8496
E-mel: donation.mllfs@gmail.com
No. telefon : 03-41416732/013-2226057

Sila klik pada pautan berikut untuk borang sumbangan :
http://form.jotformpro.com/form/40387652728968

Ayuh, sebarkan kebajikan!

Gunakan #tag : #syrianeedsyou bagi sebarang kemaskini mengenai kempen ini.

"Demi Syria, untuk Ummah"

syria

Adakah kalian akan mati jika memberi makan kepada yang memerlukan?

Adakah kalian akan mati jika memberi makan kepada yang memerlukan?

Apa erti susah kepada kita?

Enggan mengaku kalah!



Muhammad Awda adalah antara bayi yang lahir di dalam sekatan dan himpitan Kem Yarmouk pada 20 Disember 2013 lepas.