Tuesday 24 July 2012

Abu Hanna, Pengobar Semangat Kaum Sunni Di Suriah


Selasa 5 Ramadhan 1433 / 24 Juli 2012 08:20
Usku-Agung-Atallah-Hanna

KERUSUHAN di Suriah seakan tak akan beranjak selesai dari negara itu. Kemajuan dan berita baik rasanya sulit sekali didapat dari sana. Masih ingat dengan Shabiha? Kawanan pembantai yang menjadi mesin pembunuh pemerintah. Bekerja sama dengan pasukan militer, membabat ‘para pemberontak’ hingga habis terbantai.
Belum lama ini, ada satu nama lain yang cukup berpengaruh mengobarkan semangat masyarakat Suriah. Semangat untuk menggulingkan presiden mereka tentunya, Bashar Assad. Orang ini menggunakan nama samaran Abu Hanna.
Abu Hanna, seorang kakek tua dengan suara seraknya, yang mampu memesonakan pendengarnya. Ia tinggal bersama sekelompok pejuang Suriah, bersembunyi di sebuah rumah kosong dekat pusat kota Hama. Rumah kumuh yang penuh sesak dengan masa, senjata dan amunisi.
Hanna (60), mantan guru bahasa Inggris yang beragama Kristen ini mengatakan bahwa dia hanya terlibat dalam memberikan saran kepada pejuang Sunni. Masyarakat yang selama ini menentang rezim Assad dalam konflik yang telah menewaskan ribuan orang.
Ia juga mengaku telah menjadi berjuang sejak tahun 1970. Ketika Hafez al-Assad, mantan presiden dan ayah dari Bashar Assad merebut kekuasaan.
“Saya menentang kediktatoran militer, saya seorang aktivis politik,” imbuhnya. Ia berkomitmen untuk revolusi Maret 2011- bulan ketika pemberontakan terhadap rezim ini meletus.
“Kami awalnya menunjukkan aksi damai, tapi pihak kami ditembaki. Apalagi yang bisa kami lakukan selain mengangkat senjata,” katanya.
“Saya hanya memandu dan menyarankan mereka yang muda. Karena kebanyakan dari mereka masih miskin pengalaman hidup. Mereka membutuhkan panduan, karena mereka bisa melakukan sesuatu yang buruk jika mereka tidak dinasihati.”
“Dan perlu diketahui, rezim ingin menunjukkan bahwa semua pejuang adalah Muslim Sunni,” katanya. Ia menambahkan bahwa ketika pemberontak Kristen dibunuh, pihak berwenang menyalahkan “kelompok teroris” – istilah yang digunakan oleh rezim untuk menyebut pejuang.
Warga yang beragama Kristen di Suriah mencapai 7-8 % dari 22 juta penduduknya, atau sekitar 1.760.000 jiwa beragama Kristen.
Dan kebanyakan dari mereka, menurut Abu Hanna, meninggalkan Suriah meskipun mereka tidak mendukung Assad karena mereka takut dibantai.
“Mereka takut. Tapi masih ada pemuda Kristen yang berperang melawan rezim di Hama, Aleppo, dan Homs,” katanya, menambahkan bahwa pemberontak Sunni juga mengemukakan pernyataan bahwa ‘revolusi kita’ bukanlah perang sektarian.”
Abu Mohammed, komandan dari kelompok pejuang setuju.
“Dia adalah seorang Kristen, tapi untuk revolusi tidak ada perbedaan antara Muslim dan Kristen,” tutur Abu Mohammed.
“Muslim dan Kristen adalah saudara dalam membangun negara Suriah yang baru,” tambah pejuang Abu Omar, ketika ia memeluk Abu Hanna.
Di masa depan Abu Hanna berharap pejuangan terhadap rezim Assad akan berhasil.
“Enam bulan setelah kemenangan revolusi, akan ada pemilu yang demokratis. Saya akan menjadi anggota parlemen dan saya akan memutuskan hubungan ekonomi dengan Rusia, sekutu yang paling kuat dari rezim Assad,” katanya. [hf/islampos/afp]

Syria ancam guna senjata kimia

Syria ancam guna senjata kimiaSyria mengancam untuk menggunakan senjata kimia dan biologi jika terdedah dengan serangan kuasa asing.

DAMSYIK - Syria memberi amaran untuk melepaskan senjata kimia dan biologi mereka jika negara itu berhadapan dengan ancaman serangan dari luar.
Amaran itu dikeluarkan untuk pertama kali berikutan banyak pihak mula menggesa Presiden Bashar al-Assad meletak jawatan sedangkan beliau tetap berkeras untuk mengekalkan kuasanya walaupun kumpulan pemberontak telah menguasai hampir keseluruhan Damsyik.

Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar, Jihad Makdissi berkata, kesemua senjata kimia itu disimpan secara selamat dan di bawah kawalan keselamatan tinggi.

"Tiada senjata kimia atau senjata biologi akan digunakan walaupun keadaan semakin buruk di Syria melainkan negara ini terdedah dengan ancaman kuasa luar," tegasnya.

Menurut Tentera Pembebasan Syria (FSA), rejim Bashar dipercayai mempunyai senjata kimia seperti agen saraf dan gas mustard serta pelbagai kelengkapan canggih lain untuk menghadapi serangan musuh.

Mereka turut mendakwa rejim Bashar telah memindahkan kesemua senjata kimia tersebut ke lapangan terbang di sempadan negara itu dan Israel.

"Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, kerajaan telah mengambil langkah pemindahan secara besar-besaran tersebut sejak beberapa bulan lalu.

"Ia bertujuan untuk meningkatkan lagi ketegangan di rantau ini dan negara antarabangsa," menurut FSA menerusi satu kenyataan.

Dalam satu kenyataan, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama turut mengecam Syria dan menyifatkan tindakan Assad melepaskan senjata kimia akan menjadi satu kesilapan tragik.

Sunday 22 July 2012

Ramadhan Bersama Huffaz : Rasai Derita Saudara Kita Di Syria

huffaz-uiam-01

GOMBAK, 22 Julai 2012 – Para jemaah di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah berpeluang mendapat maklumat perkembangan terkini di Syria apabila seorang hafiz daripada Program Ramadhan Bersama Huffaz Palestin, Syria dan Somalia telah mengimamkan solat terawih di sini.
Program yang dianjurkan oleh Kelab Journalism UIAM dengan kerjasama HALUAN Malaysia itu menjadi pembuka tirai program Ramadhan di masjid tersebut di mana lebih 3,000 orang siswa dan masyarakat setempat mendirikan solat terawih dan mendengar tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Sheikh Muhammad Anas Naji.
Pada malam 1 Ramadhan, Sheikh Muhammad Anas telah menceritakan bagaimana anak-anak Syria dibunuh dan wanita-wanitanya diperkosa dan dibunuh di hadapan suami-suami mereka. Aksi kejam dan barbarik  menjadi perkara biasa di mana orang awam dibunuh dengan menggunakan pisau dan disiksa dengan menyiat kulit badan.
Menurut Sheikh Muhammad Anas, oleh kerana mereka melalui penyiksaan ini secara berterusan selama lebih setahun setengah tanpa sebarang bantuan luar, masyarakat di Syria atau bumi barakah Syams ini terpaksa hidup dengan slogan “kami tidak perlu bantuan daripada manusia kecuali bantuan daripada Allah SWT.” “Seperti yang kita maklum, perjuangan utama kita adalah untuk membebaskan Al-Quds. Dipetik dari kata-kata Sheikh Raed Salah dan Ismail Haniyyeh, tiada pembebasan Al-Quds kecuali terbebasnya bumi Syams ini," kata beliau.
huffaz-uiam-02Sebahagian daripada jemaah terawih di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM.Beliau juga mendedahkan bagaimana rakyat Syria dipaksa supaya sujud pada gambar Bashar Al-Assad dan ada juga daripada kalangan mereka yang sujud ini dibunuh kerana dituduh sujud dengan tidak ikhlas. Terkini, ibukota Damsyik sendiri dibom sehinggakan sebuah penempatan yang terawal di Syria hancur sama sekali dan tiada bangunan yang berdiri utuh. “Di setiap kampung pasti kita akan dapati orang yang terkorban, ditawan dan juga mereka yang terpaksa lari ke negara-negara jiran iaitu Jordan, Lubnan dan Turki. Bahkan rejim Bashar hari ini menggunakan senjata kimia untuk menggempur orang awam dan menghalau mereka yang bersembunyi di dalam rumah supaya keluar mengambil udara bersih, justeru memudahkan pihak rejim untuk membunuh mereka,” ucap beliau lagi.
Di akhir tazkirah beliau, Sheikh Muhammad Anas menyeru para jemaah supaya tekad berjihad membantu rakyat Syria. “Marilah sama-sama kita menerima sepakat ulamak yang mengatakan berjihad di bumi Syams adalah fardhu ain kepada umat Islam. Jangan kita menyempitkan maksud jihad. Jihad ini adalah luas, bukan sahaja di medan tempur malahan jihad dari segi harta benda dan doa boleh dilakukan terutama di bulan Ramadhan ini. Manakala berdoa di bulan Ramadhan akan lebih dimakbulkan,” seru beliau.
Alhamdulillah, dengan kemuliaan dan rahmat bulan Ramadhan ini lebih RM10,000 berjaya disumbangkan oleh para jemaah. Sebentuk cincin emas turut diinfakkan. Semoga Allah menerima semua sumbangan dan doa ikhlas ini sebagai bekalan amal jariah dan amal soleh yang dilipat-gandakan ganjarannya sempena Ramadhan yang mulia ini.
Program Ramadhan Bersama Huffaz Palestin, Syria dan Somalia akan diteruskan sepanjang Ramadhan di seluruh negara. Orang ramai yang ingin menjemput huffaz pilihan ini ke masjid, surau, sekolah atau pejabat mereka boleh menghubungi sekretariat program di talian 03 78315741 (Pejabat Biro HALUAN Palestin) atau 013 3536723 (Syed Hassan) atau 013 3019956 (Shahrul) atau melalui emel palestin@haluan.org.my. Anda juga boleh menghubungi pejabat atau wakil cawangan HALUAN di negeri masing-masing.
Selain itu, pembaca yang ingin menghulurkan sumbangan sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini bolehlah menyalurkannya melalui akaun-akaun seperti di bawah.
Sumbangan untuk projek bantuan di Palestin:
    Nama Akaun: Tabung Palestin HALUAN
    No Akaun - BIMB: 14-023-01-003429-2
    No Akaun - Maybank: 5644 9020 8528
Bantuan untuk misi kemanusiaan di Syria dan Somalia:
    Nama Akaun: Tabung Kebajikan Dan Kemanusiaan HALUAN
    No Akaun - Maybank: 5622 6350 2611
----------------------
Laporan Mus'ab Saari dari Biro HALUAN Palestin.

Saturday 21 July 2012

Assad masih di Damsyik

Assad masih di DamsyikPertemuan Assad (kiri) bersama Jeneral al-Freij selepas insiden pembunuhan tiga pemimpin kanan kelmarin.

DAMSYIK - Khabar angin yang mendakwa Presiden Syria, Bashar al-Assad melarikan diri, akhirnya terjawab apabila stesen televisyen tempatan, kelmarin menyiarkan kemunculan beliau semasa upacara mengangkat sumpah Menteri Pertahanan baru, Jeneral Fahad Jassim al-Freij.

Difahamkan, rakaman video tanpa tarikh tersebut dipaparkan bertujuan untuk menamatkan spekulasi berhubung 'kehilangan' Assad selepas insiden serangan pengemboman berani mati yang mengakibatkan kematian abang iparnya, Aseef Shawkat dan dua pemimpin kanan beliau.

Sebelum ini, pembangkang mendakwa Assad berada di bandar pelabuhan Latakia yang majoritinya dihuni pengikut puak Alawite.

Dalam perkembangan lain, Asma, isteri kepada Assad dikhabarkan telah melarikan diri ke Rusia.

Sementara itu, sebuah laman sesawang Perancis bertindak memaparkan sebahagian daripada 2.5 juta kandungan e-mel yang didedahkan oleh laman pembocor maklumat, WikiLeaks pada 5 Julai lalu.

Ratusan e-mel yang dihantar oleh Assad beberapa bulan sebelum\ konflik di negara tersebut tercetus didakwa mengandungi mesej gurauan berunsur seksis (sikap merendahkan kaum wanita).

Pendedahan 538 emel memalukan itu dikatakan turut menunjukkan sifat kebudak-budakan beliau termasuk kebencian terhadap golongan wanita.

Kebanyakan emel 'gurauan' tersebut yang menyentuh isu semasa dan pemimpin dunia telah dihantar kepada beberapa teman rapat serta bapa mertuanya.

Awal bulan ini, WikiLeaks mendedahkan 2,434,899 emel pegawai kerajaan termasuk kementerian di Syria yang bertarikh dari Ogos 2006 sehingga Mac lalu.

Friday 20 July 2012

tinggal seko lagi...tunggu masa jer lagi insyaallah...Aminnnn!!!



>>>>>>>>>>

Allahu Akbar! Operasi syahid Mujahidin tewaskan menteri pertahanan rejim Assad dan saudara ipar Assad

Menteri Pertahanan rejim Syi'ah Nushairiyah dan wakilnya Asif Syawkat-saudara ipar Bashar Assad-tewas hari ini, Rabu (18/7/2012), dalam operasi syahid Mujahidin di Damsyik, berdasarkan laporan tv nasional Syria.

Menurut laporan yang disiarkan UmmaNews, As Syahid (insyaAllah) melakukan amaliyat Istisyhadiyah di bangunan Keselamatan Nasional rejim Alawiyah itu, Allahu Akbar.

Pada saat itu, di bangunan itu, sedang digelar pertemuan antara menteri dan sejumlah kepala keselamatan negara. Kemudian tiba-tiba bangunan itu dihentam oleh operasi syahid Mujahidin Syam.

"Ledakan 'pengganas' menyasarkan bangunan keselamatan negara di Damsyik, yang terjadi pada saat sebuah pertemuan para menteri dan sejumlah kepala badan keselamatan," lapor tv nasional Syria.

As Syahid, dengan izin Allah, berjaya menyusup ke bangunan itu dan meletupkan diri di dalamnya, hingga menyebabkan menteri pertahanan Daud Rajiha dan wakilnya Asif Syawkat tewas serta melukai yang lain, termasuk menteri dalam negeri Muhammad al-Sya'ar dan pemimpin perisikan Hisham Bakhtiar, kemungkinan jumlah 'korban' akan meningkat disebabkan letupan yang dahsyat itu.

Awalnya, laporan mengatakan bahawa Syawkat berada dalam keadaan kritikal, kemudian laporan selanjutnya datang mengatakan bahawa dia tewas di rumah sakit.

Operasi syahid itu berlaku selepas empat hari pertempuran sengit terjadi di Damsyik, pasukan Assad benar-benar dihentam oleh serangan-serangan Mujahidin, sebagai balasan atas pembunuhan dan kekejaman lainnya yang mereka lakukan terhadap Muslim Syria.

Semalam, Brigade Sayful Islam (salah satu brigade FSA) melakukan serangan besar terhadap istana presiden Assad dengan mortar hingga menyebabkan kebakaran hebat di istana itu, namun belum ada laporan berkaitan 'korban' dari jajaran rejim Assad.

"Maher Assad"

This man "Maher Assad" Brother of Bashar al-Assad, Used to Say:
"حتي الله لن يستطيع ان يسلبنا الحكم"
"Even Allah Cannot Take Our Kingdom!"
.
.
We Say What Allah Said in His Book:
( يَوۡمَ هُم بَـٰرِزُونَۖ لَا يَخۡفَىٰ عَلَى ٱللَّهِ مِنۡہُمۡ شَىۡءٌ۬ۚ لِّمَنِ ٱلۡمُلۡكُ ٱلۡيَوۡمَۖ لِلَّهِ ٱلۡوَٲحِدِ ٱلۡقَهَّارِ (١٦)) غافر

(The Day when they will (all) come out, nothing of them will be hidden from Allâh. Whose is the kingdom this Day? (Allâh Himself will reply to His Question): It is Allâh's the One, the Irresistible!) 40:16 Surat Ghafir

Iaitu hari mereka keluar (dari kubur masing-masing) dengan jelas nyata; tidak akan tersembunyi kepada Allah sesuatupun dari hal keadaan mereka. (Pada saat itu Allah berfirman): Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya! (16) : 40 Ghafir.

Friday 13 July 2012

angkara syiah

wahai kaum muslimin apa yg masih bermain di fikiran anda...adakah kita hendak melihat semua kanak2 di syiria mati dalam keadaan menyanyat hati..marilah kita sama2 berdoa untuk mereka semoga allah melepaskan apa yg mereka hadapi sekarang...ini gambar seorang kanak2 yg syahid pada hari ini...semoga allah merahmatinya...amin...

Monday 9 July 2012

syria berdarah

mereka masuk kedalam rumahnya...
mereka mengikat tangannya dibelakang badannya..
meraka berkata kpdnya : kalau kau nk hidup,kau mesti kata( tiada tuhan melainkan bashar )...
akan tetapi dia menjawab: tiada tuhan yg disembah melainkan allah) ...
hanya disyria saja bila engkau kata ( tiada tuhan melainkan allah ) kau akn mati...

Thursday 5 July 2012

syria berdarah

Berapa lama lagi kita perlu berdiam diri ??
Adakah kita perlu tunggu sehingga Bashar membunuh semua anak2 kecil di Syria??
Demi Allah kamu semua akan ditanya dihadapan Allah tentang Anak2 kecil,perempuan2 dan orang2 tua yang shahid di Syria...
Dimana orang islam??
kenapa hati mereka menjadi keras seperti batu ??
mereka melihat gambar ini..kemudian menangis kemudian mereka melupakannya!!