Beirut: Kumpulan yang ada kaitan dengan al-Qaeda semalam tersilap memancung rakan penentang rejim Syria al-Assad selepas menyangka mangsa pejuang Syiah Iraq yang membantu tentera Presiden Bashar al-Assad.
Mereka mendakwa lelaki itu pejuang Syiah yang berjuang bersama-sama tentera Bashar.
Ahrar al-Sham adalah sekutu ISIL yang menentang tentera Bashar.
“ISIL mengaku kesilapan mereka dan menahan seorang anggotanya, warga Tunisia yang memenggal mangsa. Dia dihadapkan ke mahkamah Syariah. Lelaki kedua, juga warga asing dibebaskan,” kata Rami.
Video yang dimuat naik ke Internet Rabu lalu menunjukkan dua anggota Negara Islam Iraq dan Syria (ISIL) memegang kepala seorang lelaki berjanggut di depan orang ramai di Aleppo, utara Syria.
Mereka mendakwa lelaki itu pejuang Syiah yang berjuang bersama-sama tentera Bashar.
“Beberapa minit selepas video itu disiarkan, ada pihak mengenal pasti lelaki itu sebenarnya Mohammed Marroush, anggota kumpulan Ahrar al-Sham,” kata kumpulan Pemerhati Syria Rami Abdel Rahman.
Ahrar al-Sham adalah sekutu ISIL yang menentang tentera Bashar.
“ISIL mengaku kesilapan mereka dan menahan seorang anggotanya, warga Tunisia yang memenggal mangsa. Dia dihadapkan ke mahkamah Syariah. Lelaki kedua, juga warga asing dibebaskan,” kata Rami.
Marroush sebelum ini cedera dalam pertempuran di sebuah pangkalan tentera di timur Aleppo, bandar raya kedua terbesar Syria dan bekas hub komersial. - Agensi