Monday, 1 February 2016

Bom tangan ditemui di pusat pemohon suaka

Bom tangan ditemui di pusat pemohon suaka

31 JANUARI 2016

Polis menunjukkan model bom tangan M52 yang ditemui di pusat perlindungan pemohon suaka di bandar Baden- Wuerremberg.- Foto AFP

BERLIN - JERMAN . Sebutir bom tangan yang masih aktif ditemui di pusat perlindungan pemohon suaka politik di selatan Jerman, kelamrin.
Bom tangan tersebut ditemui anggota keselamatan dan berjaya dimusnahkan.
"Bom tersebut dilontar dari luar pusat tersebut berhampiran kawasan pendaftaran kira-kira jam 1 pagi (waktu tempatan). Sehingga kini suspek yang melancarkan serangan itu belum dikenal pasti," menurut kenyataan polis.
Susulan kejadian itu, pusat perlindungan di bandar Baden-Wuerttemberg itu dikosongkan.
Kawalan keselamatan juga dipertingkatkan untuk tempoh beberapa hari.
Insiden itu berlaku ketika Canselor Jerman Angela Merkel mempertimbangkan peraturan imigresen lebih ketat untuk membendung kemasukan pendatang ke negara itu.
Tahun lalu, Jerman membawa masuk lebih sejuta pendatang yang melarikan diri dari konflik di Timur Tengah. - AF
P

Jet pejuang Rusia ceroboh Turki

31 JANUARI 2016

 ANKARA – TURKI. Jet pejuang SU-34 milik Rusia didakwa telah menceroboh ruang udara Turki kata Kementerian Luar Negeri Turki, kelmarin, lapor Al Jazeera.
Kedutaan Rusia di Turki dikatakan telah dipanggil berhubung insiden itu.
Melalui satu kenyataan semalam, kementerian itu berkata, kejadian itu jelas menunjukkan bahawa Rusia mahu ‘menambah’ isu antara kedua negara.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan Rusia menyifatkan tuduhan itu sebagai propaganda tidak berasas.
“Tiada satu pun pencabulan di ruang udara Turki yang dilakukan oleh pesawat pejuang Rusia di Syria,” kata jurucakap Rusia, Igor Konashenkov seperti dipetik oleh agensi berita Rusia.
Namun, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bertegas bahawa jet pejuang Rusia telah mencabul ruang udara di negaranya dan memberi amaran terhadap akibat kepada Rusia jika ia berterusan.
“Bukan ruang udara Turki sahaja dicabul tetapi NATO juga.
Jet pejuang Rusia ceroboh Turki

“Jadi, Nato meneliti situasi ini. Malah NATO telah mengesan insiden ini sebelum kami. Saya ada cuba bercakap dengan Putin (Presiden Rusia, Vladimir Putin) namun dia tidak menghubungi saya kembali melalui telefon,” katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg menggesa Rusia mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan perkara sama tidak berulang.
“Pesawat pejuang Rusia menceroboh ruang udara Turki semalam walaupun telah diberi amaran beberapa kali oleh pihak berkuasanya.
“Saya menggesa Rusia bertindak dengan bertanggungjawab dan menghormati ruang udara NATO sepenuhnya. Kejadian sebelum ini sudah menunjukkan betapa bahayanya tindakan itu,” katanya.
November lalu, Turki menembak jatuh sebuah pesawat perang Rusia yang merosakkan hubungan kedua-duanya
.

16 lagi penduduk Madaya mati kebulur


GAMBAR fail bertarikh 14 Januari lepas menunjukkan 50 trak Bulan Sabit Merah Syria meninggalkan ibu kota Syria, Damsyik untuk menuju ke bandar Madaya.


DAMSYIK – Sekurang-kurang­nya 16 orang mati kebuluran di bandar Madaya yang dikepung di Syria sejak sebuah konvoi bantuan memasukinya awal bulan ini, menurut pertubuhan kemanusiaan, Doktor Tanpa Sempadan (MSF).
Pertubuhan itu memberi amaran, beberapa puluh penduduk bandar itu kini di ambang kematian kerana kekura­ngan zat makanan.
MSF berkata, kematian terbaharu itu menjadikan mangsa yang mati ke­buluran di Madaya sejak Disember 2015 meningkat kepada 46 orang.
“MSF mempunyai laporan perubatan bahawa terdapat 46 kematian akibat kebuluran (di Madaya) sejak 1 Disember 2015.
“Namun, korban sebenar tentunya lebih tinggi selepas MSF menerima laporan terdapat penduduk yang kebuluran di kediaman mereka,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan kepada agensi berita AFP.
Terletak di wilayah Damsyik, Madaya telah dikepung oleh tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad.
Keadaan di Madaya dilaporkan antara yang paling teruk di Syria selepas kira-kira 42,000 orang awam di bandar itu dikepung askar-askar Bashar. Mereka juga menanam periuk api di sekeliling bandar itu bagi menghalang penduduk daripada keluar.
Pada 19 Januari lalu, beberapa konvoi membawa makanan dan ubat memasuki bandar Madaya, Fuaa dan Kafraya tetapi bantuan itu tidak mencukupi. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3yrqii5Md 
Hakcipta terpelihara 

‘Hilang’ di Eropah


Pelarian kanak-kanak jadi hamba seksual, mangsa pemerdagangan
01 Februari 2016 12:54 AM
Embedded image permalink



Puluhan ribu pelarian kanak-kanak termasuk dari Syria hilang sejurus tiba di Eropah seorang diri. Dalam satu pendedahan mengejutkan, Europol menyatakan pihaknya mempunyai bukti kanak-kanak tersebut dipaksa menjadi hamba seks dan mangsa pemerdagangan manusia. AGENSI

LONDON 31 Jan. - Lebih 10,000 pelarian kanak-kanak termasuk dari Syria, dilaporkan ‘hilang’ dan menjadi hamba seksual serta mangsa sindiket pemerdagangan manusia sejurus tiba di Eropah.
Pengarah Jabatan Polis Eropah (Europol), Brian Donald berkata, pihaknya memiliki bukti kanak-kanak terbabit menjadi sasaran sindiket jenayah terancang ber­kenaan.
Pendedahan itu dibuat badan kebajikan Save The Children yang mendapati, sebanyak 26,000 kanak-kanak dipaksa ke Eropah seorang diri pada tahun lalu.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 5,000 kanak-kanak dilapor hilang di Itali, manakala lebih 1,000 lagi di Sweden.
“Bukan semua daripada kanak-kanak itu menjadi mangsa kes jenayah. Mungkin sebahagian daripadanya diserahkan pihak berkuasa kepada keluarga masing-masing,” kata Donald dalam wawancara bersama akhbar harian Britain, The Observer, semalam.
Donald berkata, bilangan pela­rian kanak-kanak yang hilang mungkin lebih tinggi berbanding yang direkod pihaknya.
Lebih mengejutkan katanya, kanak-kanak pelarian menjadi hamba seksual dan mangsa pemerdagangan di kawasan bandar, bukannya hutan.
The Observer melaporkan, pegawai di Trelleborg, selatan Sweden mendedahkan, sebanyak 1,000 pelarian kanak-kanak yang bersendirian hilang sejurus tiba di bandar berkenaan.
Satu laporan berasingan juga di Sweden menyatakan, tiada maklumat diterima berhubung kehilangan tersebut, mencetuskan kebimbangan mereka mungkin menjadi sasaran sindiket pemerdagangan manusia.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/8216-hilang-8217-di-eropah-1.185566#sthash.6UuYrhtM.dpuf