Thursday, 23 January 2014

syria

Allah ya Allah!!!!! Help the Syrian people Ya Allah!!!! :(

Regim bashar assad telah membunuh 13 orang Mujahideen FSA dan jasad mereka telah di ikat di kereta dan diheret disepanjang jalan. Laknat Allah ke atas regim assad dan sekutunya !

Jenayah yang dilakukan regim bashar assad dalam pembunuhan besar-besaran.. [lihat dari kanan ke kiri]



Jenayah yang dilakukan regim bashar assad dalam pembunuhan besar-besaran.. [lihat dari kanan ke kiri]

"LEBIH DARIPADA 100,000 NYAWA HILANG DI SYRIA"



Ahli-ahli Pertubuhan Amal Oxfam meletakkan bunga putih pada 'batu nisan' simbolik menentang kekejaman regim bashar assad pada rakyat Suriah.
 

Ini adalah gambar Mounir Al Fakir, sebelum dan selepas penahanannya.

Ini adalah gambar Mounir Al Fakir, sebelum dan selepas penahanannya. Dia hanya dapat dikeluarkan selepas dua tahun berada dalam penjara regim assad. Tiada siapa yang akan percaya bahawa kedua-dua imej ini adalah orang yang sama kerana isterinya sendiri tidak mengecamnya. 

Beliau antara orang yang 'bertuah' kerana masih hidup kerana selalunya apabila sudah berada dibawah tahanan regim assad, kesudahannya adalah kematian yang penuh dengan penyeksaan. 

Semoga semakin ramai lagi tahanan yang boleh dibebaskan.

Kelaparan anak- anak Syria di bumi syam.

Laknat Allah ke atas regim assad dan sekutunya !

Regim bashar assad telah membunuh 13 orang Mujahideen FSA dan jasad mereka telah di ikat di kereta dan diheret disepanjang jalan. 

Laknat Allah ke atas regim assad dan sekutunya !

Kisah Ajaib Yang Berlaku Di Syria. Seakan-akan Kisah Di Dalam Filem, Tetapi Ini Realiti! SubhanAllah!



Lelaki ini telah ditembak oleh sniper milik rejim Assad di bahagian dada. Tetapi dengan kuasa Allah, beliau telah diselamatkan oleh ALLAH kerana peluru itu terkena syiling yang diletak di poket bajunya. Alhamdulillah! Allahuakhbar!

Kekejaman rejim Bashar didedah


23 Januari 2014
Kekejaman rejim Bashar didedah
Kekejaman rejim Bashar didedah Beberapa gambar menunjukkan tahanan diseksa dan dibunuh secara kejam oleh rejim Bashar.



DOHA - Rejim Presiden Syria Bashar al-Assad didakwa melakukan kekejaman dan membunuh 11,000 tahanan, menurut satu laporan menggemparkan didedahkan kepada umum, kelmarin.

Pendedahan dibuat berdasarkan pemeriksaan ke atas 55,000 gambar dipercayai diseludup keluar oleh bekas jurugambar polis di negara bergolak tersebut.

Difahamkan, bukti perbuatan tidak berperikemanusiaan rejim Bashar tersebut turut memaparkan bukti patologi forensik yang melakukan pemeriksaan ke atas kubur besar di Kosovo sebelum ini.

Menurut Al-Jazeera, bekas ketua pendakwa raya mahkamah khas di Sierra Leone menyifatkan, laporan setebal 31 muka surat itu sebagai kebenaran membuktikan rejim Bashar melakukan pembunuhan kejam secara besar-besaran.

"Koleksi gambar jelas menunjukkan cara pembunuhan sistematik dilakukan ke atas tahanan. Mereka dibiarkan kebuluran dan diseksa dengan kejam hingga mati.

"Misteri kehilangan ramai penduduk Syria sejak perang saudara tercetus di negara itu kini terjawab," katanya lagi.

~Tangisan Bumi Syam~

Allah... Kau letakkan jasadnya di sini... 
untuk aku lihat & renung ke dalam mata iman,
apakah yang tersirat di sebalik hilangnya sinar di bumi Syam. 
Apakah nilainya sekujur tubuh kecil ini dari sudut mata imanku? 
Apakah jawapan tersurat pengorbananku dalam memperjuangkan tafsiran kalam?"

~Tangisan Bumi Syam~

syria berdarah

ALEPPO, SYRIA

Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Setitik darah seorang Muslim adalah lebih bernilai dari seluruh Kaabah dan sekelilingnya” [Riwayat Bukhari dan Muslim].

Wahai umat Islam! Tidak ada galang ganti kepada tumpahan titisan darah umat Islam di Syria melainkan dengan jihad, dan tentunya dari tentera-tentera Allah yang berperang berpandukan syariat dan bukannya semata-mata menurut hawa nafsu.
 

syria

SAVE SYRIA  FREE SYRIA 


Sokongan penuh dari Recep Tayyip Erdoğan... Allah Akbar!!!
 —

syria

Setem yang dikeluarkan pada 1948, bagi mengenang jasa angkatan tentera. Ramai yang tidak tahu bahawa gambar bendera di setem ini adalah bendera asal Syria.

KRISIS KEBULURAN - UMMAT ISLAM MASIH MEMBISU

Tiada makanan dan minuman, tiada bantuan perubatan, dan ini salah seorang daripada ribuan kanak-kanak Suriah yang meninggal dunia akibat KEBULURAN.

Lokasi : Timur Ghouta, Syria 

Daripada Ibnu Umar r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,

“Orang Islam itu adalah saudara kepada seorang Islam yang lain, tidak boleh dia menzaliminya atau membiarkannya dizalimi. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya nescaya Allah akan memenuhi hajatnya dan sesiapa menolong seorang Islam lain untuk melepaskan daripada satu kesusahan nescaya Allah akan melepaskannya daripada kesusahan dan penderitaannya dihari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat.”

- Hadith Riwayat Al Bukhari dan Muslim -

Link : http://www.youtube.com/watch?v=-rSOpD_yUOE&feature=youtu.be

syria

Berharap sangat patung itu adalah Bashar yang sebenar... InsyaAllah suatu hari nanti... Yang batil tetap akan tenggelam!

syria

ALEPPO | SURIAH 

Selamat keluar dari runtuhan, namun kanak-kanak ini telah kehilangan keluarganya... Bom barrel yang digugurkan regim assad telah membunuh ummat Islam yang tidak berdosa, tidak bersenjata.

حسبنا الله ونعم الوكيل

syria

syria

syria

He is 22 years old and suffers from sever Muscular Atrophy due to the lack of food in Old Homs 
#Homs 
#Act2EndAssadsWar #AssadWarCrimes

Dialog krisis Syria bermula


Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon (kanan) menyampaikan ucapan pada rundingan damai dikenali sebagai Geneva II di Montreux, Switzerland, semalam. Turut hadir ialah (kiri), utusan PBB-Liga Arab ke Syria, Lakhdar Brahimi. - AFP
MONTREUX, Switzerland 22 Jan. - Kerajaan Syria dan pembangkang negara itu buat kali pertama bertemu dalam rundingan damai dianjurkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini, dengan kedua-dua pihak dilihat saling menyalahkan antara satu sama lain.
Mengeruhkan lagi keadaan, pemimpin-pemimpin kuasa dunia yang hadir, turut tidak sependapat tentang masa depan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Pemimpin pembangkang, Ahmed Jarba menuduh kerajaan melakukan jenayah perang menyamai kekejaman Nazi Jerman dan menuntut supaya satu pelan peralihan kuasa di negara itu dipersetujui segera.
Menteri Luar Syria, Walid al-Moualem pula menegaskan, Assad tidak akan tunduk kepada tuntutan pihak luar, malah menyatakan bahawa kumpulan penentang kerajaan adalah 'pengganas' sebenar yang disokong negara Arab serta Barat.
Amerika Syarikat (AS) dan Rusia yang bersama-sama menganjurkan dialog itu turut berselisih pendapat dalam ucapan pembukaan rundingan tersebut yang berlangsung selama sehari, hari ini.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon yang bertegang urat dengan Walid apabila menteri itu bercakap melebihi masa ditetapkan sebanyak tiga kali, turut menggesa supaya akses kepada bantuan kemanusiaan dibenarkan segera ke kawasan-kawasan yang terkepung akibat perang saudara berkenaan.
"Selepas hampir tiga tahun penduduk Syria menderita akibat konflik ini, hari ini mungkin memberikan sedikit harapan. Cabaran yang hebat sedang menanti, tetapi boleh diatasi," katanya.
Negara-negara Barat dan Rusia dilihat mengenepikan perbezaan tentang sama ada Assad perlu membenarkan pembentukan kerajaan sementara dan menyokong rundingan damai itu sebagai cara menghentikan krisis di Syria.
Moscow dan Washington pula menegaskan, Assad perlu meletak jawatan secepat mungkin.
Pertemuan dikenali sebagai Geneva II yang turut dihadiri wakil Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Perancis dan negara-negara Arab itu, dibuat sehari selepas tersebarnya kira-kira 55,000 keping gambar penderaan dan pembunuhan dilakukan tentera Syria ke atas 11,000 tahanan.
Di sebalik rundingan damai yang diadakan, keadaan di Syria masih tidak berubah apabila tentera kerajaan terus melancarkan bedilan di seluruh negara termasuk bandar Aleppo, sehingga mengakibatkan kematian. - REUTERS/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140123/lu_04/Dialog-krisis-Syria-bermula#ixzz2rAVdsw9H
© Utusan Melayu (M) Bhd