Friday, 19 July 2013

. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan dan barakah dari Allah swt.



Pada pertengahan Ramadan ini , kami ingin bersama mengingatkan kita akan kewajipan kita ke atas keluarga Mujahideen dan anak-anak kita di Syria
Marilah berdoa untuk mereka dalam bulan Ramadan yang mulia ini
Dan membantu mereka dengan menyimpan dua hari gaji setiap bulan bagi didermakan kepada mereka.. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan dan barakah dari Allah swt.

Saudara dan saudari sekalian… Jangan biarkan niat baik anda terhalang untuk berbakti kepada kebaikan yang datang dari Allah SWT.

Pihak kami di Syria Care HANYA menghulurkan bantuan ke Syria seperti bantuan KEWANGAN dan KEPERLUAN ASAS SAHAJA (spt makanan ,pakaian & ubatan).

Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di :

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Emel: SyriaCareBeliDanDerma@Gmail.com
Akaun Maybank: 562106630487
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia

Pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak di bandar Yalda Luar Bandar Damsyik

Kami tidak akan meminta maaf atas gambar yang menyayat hati ini kerana ia tidak seburuk daripada hati nurani umat-umat islam yang memekakkan telinga dan membutakan mata akan penderitaan yang dialami mereka.

Pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak di bandar Yalda Luar Bandar Damsyik

AMARAN AKAN BERLAKU PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI DI BANDAR NAWA

| Nawa | Daraa | 19-7-2013 | 



Nawa telah dihujani serangan dan pengeboman menggila dari tentera rejim semenjak dua hari lepas dan telah membunuh sekuramg-kurangnya 50 orang awam dan mencederakan lebih 200 orang.

Awal pagi tadi (antara jam 5-6 pagi waktu Syria), tentera rejim telah memutuskan sepenuhnya semua medium perhubungan di bandar ini.

Dilaporkan puluhan ribu penduduk awam telah dipaksa keluar dari bandar itu dan menjadi pelarian tanpa dapat digambarkan kesengsaraan yang bakal mereka lalui.

Manakala seramai lebih kurang 35000 orang penduduk awam masih berada dalam Bandar Nawa dalam 'belas kasihan' rejim Basyar dan sekutunya termasuk tentera Syiah Iran dan Hizbullat.

Dikhuatiri akan berlaku pembunuhan beramai-ramai dalam keadaan talian perhubungan telah diputiskan sepenuhnya. Dan semua aktivis telah digesa untuk membuat panggilan kecemasan (SOS call) untuk bantuan terutamanya dari Jordan, antaranya ialah untuk membuka sempadan kepada pelarian Syria melepasi sempadan Syria-Jordan, dan menyediakan bantuan perubatan/rawatan kecemasan kepada mangsa-mangsa yang cedefa parah.

Bandar Nawa adalah terletak 25 km dari kota Daraa ke arah Barat, dan 10 km dari sempadan Syria-Jordan. Apa yang paling membimbangkan adalah bandar ini terletak di bawah kawalan ketat regim kerana salah sebuah markas terbesar ketenteraan iaitu Briged ke 61 adalah terletak di bandar ini. Dalam masa yang sama bandar ini juga menjadi pengkalan ketententeraan Rusia dan Pengawal Revolusi Iran.

Semoga Allah melindungi saudara kita di sana.
Hasbunallah Wa Ni'mal Wakeel.

Peta terkini untuk Syria menunjukkan kawasan yang dikuasai oleh kedua-dua belah pihak. Doakan mujahideen. Kemenangan makin hampir InsyaAllah. Wallahua'lam Peta terkini untuk Syria menunjukkan kawasan yang dikuasai oleh kedua-dua belah pihak. Doakan mujahideen. Kemenangan makin hampir InsyaAllah. Wallahua'lam

Cukuplah Allah bagimu, kerana hanya Dialah sebaik-baik pelindung.


Duhai anak... Andai dapat aku hilangkan semua kesakitanmu... Andai dapat aku melindungimu... Namun maafkan aku kerana aku hanya tahu mengecewakan kamu. Cukuplah Allah bagimu, kerana hanya Dialah sebaik-baik pelindung.

Ini ialah di Khalidiya, Homs


Ini ialah di Khalidiya, Homs. Makhluk-makhluk kecil ini juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa kekejaman rejim. Mereka juga terpaksa berjuang untuk meneruskan hidup. Mungkin sebelum ini mereka pernah dijaga dan disayangi oleh keluarga yang berhati mulia...Baru sekejap tadi saya terbaca satu info bahawa tentera-tentera rejim terutamanya Hizbullat sangat membenci kucing dan sering menzalimi makhluk ini kerana Mujahidin Syria sangat akrab dan sangat kasihkan kucing, dan kucing juga merupakan makhluk kesayangan penduduk Syria. Wallahua'lam.