Budak jual tisu menangis takut ditangkap Sedutan video yang viral di Facebook. |
SEORANG kanak-kanak perempuang dipercayai warga Syria dirakam menangis sambil memeluk kaki orang awam kerana dipercayai menjual tisu dan tak mahu ditangkap pihak berkuasa Turki.
Melalui laman Facebook OhBulan!, kanak-kanak tersebut didakwa salah faham apabila beberapa anggota polis Turki menghampirinya dan mula menangis.
Anggota polis tersebut bagaimanapun memujuk kanak-kanak tersebut supaya bertenang.
Polis juga dirakam mendukung dan membawa kanak-kanak tersebut pergi ke sebuah lokasi dan dipulangkan kepada sebuah pasangan dipercayai ibu dan bapanya.
Sebelum ini, terdapat laporan kemasukan pelarian Syria ke negara Turki yang kebanyakannya melarikan diri dari Aleppo akibat peperangan.
Julai lalu, seorang kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun dibelasah seorang pemilik restoran kerana menjual tisu di kaki lima restorannya di Izmir.
Kanak-kanak tersebut, Ahmet tinggal di sebuah apartmen sempit bersama 12 ahli keluarganya yang lain.
Kerajaan Turki kemudian menjanjikan bahawa ayah Ahmet, Abdo akan diberikan pekerjaan.