Agensi berita SANA melaporkan, dia yang juga dikenali sebagai al-Farouq al-Suri merupakan pe­mimpin veteran kumpulan al-Qaeda dari Damsyik yang memegang jawatan sebagai Komander Tentera Umum kumpulan berkenaan.
Minggu lalu, anggota-anggota kumpulan bersenjata berkata, Abu Hammam terbunuh dalam serang­an udara oleh tentera Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun kelmarin mereka berkata, pemimpin kumpulan itu dibunuh ketika sedang bermesyuarat dengan seorang lagi komander Barisan al-Nusra.
Serangan udara tersebut berlaku sehari selepas kumpulan bersenjata mengaku bertanggungjawab dalam serangan maut terhadap ibu pejabat perisikan tentera udara di Aleppo.
Portal Al-Jazeera melaporkan dari Lebanon, Abu Hammam dianggap ‘perancang’ kepada Barisan al- Nusra dan kematiannya dianggap tamparan hebat kepada kumpulan tersebut.
Jurucakap Pentagon, Kolonel Steve Warren berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan laporan media mengenai kematian ber­kenaan.
Barisan al-Nusra buat pertama kali muncul di Internet pada awal tahun 2012 dan mengaku bertanggungjawab dengan serangan berani mati di wilayah Aleppo dan Damsyik.