Monday, 10 February 2014

Konvoi bantuan PBB diserang


Aktivis yang terperangkap dalam kepungan di wilayah Homs, Syria bimbang pemindahan keluar orang awam yang dirancang tidak akan dapat dijalankan.

Kebimbangan itu disuarakan sehari selepas serangan ke atas konvoi bantuan PBB dan Bulan Sabit Merah yang membunuh lima orang dan mencederakan 20 yang lain.


Rancangan pemindahan itu sebahagian daripada perjanjian PBB untuk menyelamatkan penduduk di Homs dan mengurangkan angka korban di kawasan yang dikepung tentera sejak lebih 600 hari lalu.



Perjanjian itu juga merangkumi pengagihan bantuan kemanusiaan kepada sekitar 3,000 orang yang terperangkap dalam kepungan.


Tetapi serangan yang berlaku Sabtu lalu ke atas konvoi PBB dan Bulan Sabit Merah membunuh lima orang dan mencederakan 20 yang lain.


Rejim Presiden Bashar al-Assad dan pejuang penentang kerajaan saling menuding jari, menuduh satu sama lain bertanggungjawab terhadap serangan yang menghalang penghantaran bantuan kemanusiaan.

“Kami tidak pasti sama ada pemindahan ini akan diteruskan atau tidak. Kami tidak menjangka konvoi akan diserang,” kata seorang aktivis yang terperangkap sejak Jun 2012, Abu Bilal.


“Kami berharap lebih banyak bantuan tiba dan kami berharap dapat memindahkan orang awam keluar dari sini. Tetapi semuanya masih tidak pasti lagi,” katanya.

Dalam kenyataannya Sabtu lalu, Gabenor Homs, Talal al-Barazi berkata, pihak berkuasa komited dengan operasi bantuan kemanusiaan itu.


Abu berkata, tidak masuk akal jika penentang melakukan serangan ke atas konvoi bantuan, tambahan pula ia menyebabkan komander mereka terbunuh dalam serangan itu.


Kumpulan hak asasi manusia mengecam tindakan mengepung wilayah berkenaan yang membabitkan sekurang-kurangnya 1,200 mangsa wanita, kanak-kanak dan orang tua.


Operasi kemanusiaan dilancarkan selepas sesi dialog keamanan yang menemukan wakil rejim dan penentang di Switzerland.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/10

syria berdarah

syria

Guilty of crimes against humanity in Syria - world top 10 most wanted terrorists

Bustan Al-Qasr,Halab Beginilah mereka terpaksa mengangkut orang yang cedera dan sakit, kerana mereka tidak mempunyai ambulans lagi.

syria berdarah

Apa lagi yang anda mahukan wahai mereka yang ta'sub dan menutup sebelah mata.dengarkan sendiri dari mulut seorang tua Syria muslim dengan linangan air matanya.masih tidak ingin mempercayai semua ini?Adakah kamu berhajat untuk dibangkit di mahsyar bersama dengan pembunuh kedua syuhada ini?

Hanya Allah s.w.t yang boleh membuka hati

[ISIS membunuh seorang lelaki dan anak perempuannya]:
http://youtu.be/YrZOVUwN7uE