Sunday, 1 March 2015

20 serangan udara terhadap IS di Syria


Gambar fail serangan udara oleh tentera Amerika Syarikat di Kobani, Syria pada 22 Oktober tahun lalu. - Foto AP
WASHINGTON: Pakatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) melancarkan 20 serangan udara di Syria sejak awal semalam, termasuk terhadap 13 sasaran militan IS berhampiran bandar sempadan Kobani.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pasukan Petugas Khas Bersama menyatakan serangan udara di Syria itu turut dilancarkan terhadap kawasan berhampiran al Hasaka, Dayr az Zawr dan Tal Harris.
Menurutnya, 11 serangan udara turut dilancarkan terhadap kumpulan IS di Iraq sejak awal semalam.
Serangan udara itu menyusul selepas 14 serangan sebelum ini kelmarin dan semalam. - Reuters